Thursday, August 19, 2010

KENDURI

KENDURI KESYUKURAN "darah59"

TARIKH : 1 HB OKTOBER 2010

TEMPAT : KELAB SHAH ALAM

JAM : 8:00 MLM

Assalamualaikum...

Ceritanya camni... Kami bercadang nak buat kenduri sempena sambut Syawal ni. Konsep kenduri sekali ni adalah sebagaimana kenduri yang lain lain lah.. Hampa mai makan je. Tapi paling best sekali kalau hangpa boleh sesama join buat kenduri ni supaya semua pakat2 contribute. Mungkin ada yang nak bawa kuih muih ka, yang nak bawak mai ketupat ka, yang nak bagi gula ka, bawang ka, asam ka dan sebagainya lah. Konsep ni dah lama tak dak kat kampung kita. Dolu dolu memang camni lah depa dok buat kenduri. Amacam?

Mungkin asam, bawang,gula dan garam kurang praktikal cikit kut di majlis ni...hehehehe. Apa yang aku cuba nak sarankan disini ialah kami tak mau adakan yuran untuk hadir. Macam makan kenduri lah..Mana ada tuan rumah habaq kat hangpa suruh bagi berapa duit...betui dak? Ikut pandai hangpa lah nak bagi ke dak...!

Kalau ada yang rasa cam nak tumpang kenduri, konteklah aku... 0175411285/dzamriabdulrahman@gmail.com. Kalau rasa yang nak bawak kuih pun kontek aku. Nak bawak ketupat pun kontek aku gak... Nak join dalam bentuk apa sajalah, hangpa kena kontek....Supaya aku dapat sediakan pinggan mangkuk untuk boh makanan hangpa tu..Alhamdulillah...Klu yang nak bagi duit tu, boleh lah aku sediakan poket..Tuan rumah lah katakan..Hahahahha...

Sebenaqnya, kenduri ni bukan utk gang2 darah59 je, hak lain pun dijemput juga. Janji gang SATS, SKJ, SMJ..kira oklah.

Aku terpaksa tetapkan dress code kat sini sebab kadang2 dia jadi isu besaq gak...

1. T shirt kola bulat tak leh pakai...
2. Slipper tak leh gak.
3. Yg paling penting, segala gelaran jugak tak leh pakai masa masuk dewan makan tu nanti...hehehehe

WASSALAM


Wednesday, August 18, 2010

SAMBUNG...


Salam...

Hahahaha..apa lagi bermalam lah di ADVENTIST...Doktor kata NASIK KANDAQ is a NO NO...Smoking apatah lagi...So berjogo jogo lah aku skrg..

2/3 hari lepas aku memang plan nak p Shah Alam sbb mak ngan pak aku ada sana, lagipun dengaq habaq mak aku demam..Aku baru nak p airport, adik aku dah telefon kata mak aku kena warded. Eloklah tu timing dia...

Terdengaq plak cita kawan kita yang tereksiden ngan kapcai kat Jambatan Sunway tu...Kapcai dh cilok pi cilok mai, tersangkut bampa dia... terbungkaih bampa tuuu.. Bukan lah turun mai seketui ka apa ka, tapi, dia punya klip dah tercabut lah.. Memba sudah bara...Kapcai tu pulak cuba menyelit nk blah..memba kita apa lagi..hon punya hon lah sampai polis kt situ pun realise. Mau tak mau kapcai ni terpaksa akur dan berenti...

Kapcai bawak keluaq duit offer dia, dia tak mau sebab dia nak kapcai tu pi repair keta dia. Pastu adalah depa bertengkaq pi mai pi mai, kapcai ni sudah sesak nafas...sambil dok pegang dada, terkezut nk dpt heart attack lah kut...Dah macam nak jatuh dah...Memba kita ni kan, punyalah dahsyat dan penuh dgn pengalamannya siap bersuara pada penunggang motosikal yang berbangsa India itu, lebih kurang gini lah,

"KALAU LU NAK MATI, BAIK LU MATI BETUI BETUI, KALAU LU JATUH DAN GEDIK2 SANA PUN SAYA TUNGGU JUGA"...

Kering betui hati dia nih. Kan? Itulah perkataan yang keluaq dari mulut aku bila dia bercerita kat aku...Yang bestnya pastu "Maniam"tu ok dan boleh ikut depa p workshop dan siap boleh bayaq cash lagi kat workshop tu... Jadi lain kali kalu sapa terkena cam tu, hampa ambiklah ni buat pengajaran...

Dalam perbincangan inilah maka terkeluaq idea untuk buat kenduri raya.. DARAH59 yang nak buat kenduri tu.. Tarikh 1hb Okt 2010.. Tempat di Kelab Shah Alam.. Jam 8:00 mlm.

CAra mnjemput dan siapa yang nak dijemput akan di beritahu kelak. Yang pastinya, ini adalah santai Hari Raya.. Pakat2 kenduri kalau siapa yang sudi. Klu ada kuih muih, ketupat rendang, bawak mai, kita pakat2 makan. For sure, tiada kutipan individu yang akan di jalankan untuk menjayakan Majlis ini...

So, tunggu dan lihat dan selalu2 lah kontek mengontek dalam FB atau pun disini....

WASSALAM

ASSALAMUALAIKUM / PEACE BE UPON U

Salam...

Lama sungguh aku menghilang diri. Ramai gak kawan2 dok sound, dok tanya apa jadi, dah burn out ka dan macam2 lagi..Apa lah jawapan yang paling best aku nak bagi nih? Aku naik segan yang sebenaqnya..tak taulah pasai apa. Beberapa kali jugak aku buka dashboard untuk posting baru tapi lepas 2/3 line aku dah ghaplah...Hari ni aku ada mood....

Lepas balik dari Sarawak tu, adus aku punya lah "qadho" makan, aku pun tak tahu pasai apa. Semuanya tengok sedap. Nasik kandaq ni tok sah cerita lah...

Paling best sekali hari aku sampai dari Kuching tu ada pulak kawan2 yang buat small gathering kat Kelab Shah Alam. Depa makan makan, minum minum dan sembang2... Aku terlewat jadi part minum ngan sembang je lah yg aku dapat...hehehehe...Gah n hubby, Koden n hubby dan Kurniawati n me... There is no mistake in my posting here...Hahahahaha. It was fun. Idea untuk buat family gathering kat Ulu Langat dilahirkan disini..yet to merangkak sebab kesibukan agaknye...

Kurnia pun aku tau, pastu dia sibuk ngan student dia dari US, aku pun sibuk kat AS, bonda tak sihat sampai tak dan nk jumpa Kurnia bila dia bertandang ke Penang. Sorry..will make up next time..

MAsa jumpa ngan depa ni kat Shah Alam, banyak gak lah cerita kisah ALUMRA yang keluaq. Bangga aku dengaq habaq ramai gang2 kita yang hadir walaupun secara keseluruhan nya turn out was poor. Well...ALUMRA patut buat sebagai satu pengajaran atau pun satu learning process lah dari pengalaman yang dapat dalam menganjur perjumpaan "sehebat" ini... Banyak suara yang kedengaran adalah acara santai tu tak menjadi santai sebaliknya banyak yang berbau petai kat situ. Depa katalah..Terlalu rigid, terlalu berprotokol depa kata. Aturan kerusi pun tak santai..Camano?

Dengaq habaq banyak gak duit yang spent kat situ...Tapi tak mendapat pulangan yang sepatutnya..Pulangan disini sebenaqnya bukan monetary. Kalau harap nak monetary kena buat fun fair baru boleh...kan? Langkah pertama dah pun jalan, keputusannya pun dah nampak, next gathering mesti lebih meriah sebab AJK dah tau camana penerimaan X-SMJian ni semua. Aku mesti join next one..Hari tu ada kat MIRI tak leh lah...

FB la nie memainkan peranan yg penting sungguh dan ramai sekali yang dh berjinak jinak ngan FB. dan dh jadi mcm satu kemestian pulak FB ni. Klu tak dak, kawan2 nanti kutuk plak..hehehe. Panggil makan kenduri, sakit demam, bersunat, pendek kata semuanya main FB je lah..Teknologi lanie sakan.........

2 minggu sudah aku pi satu pejabat insuran untuk ambik perlindungan budak2 yang kerja ngan aku kat PPC. Bila nak isi borang tu, tangan sblh kanan aku rasa kebas. Aku pun tak kisah lah. Kebas ni biasa sangat dah. Duduk lama sikit kebas. Bersila lama sikit kebas...Kebas ni selului lah. Tapi yg pelek sikit hari tu, aku tak leh nak pegang pen. Ibu jari ngan jari telunjuk aku tu tak leh nak kontrol. Langsung out of control. Panik gila..Aku pun massage2 sikit pastu ok balik. Tapi jari aku tu masih tak sekuat sebelumnya. After about 10min, aku ok.

Macam2 dok main dalam kepala jemala aku nih. Jantung ke ni? Parkinson ke? Panik.... Dok esok tu aku pun relax lah sikit. Berazam lah nak makan benda2 yang sihat, kurangkan nasik dsb. Tapi aku tak pi doktor. Dok plan aku sorang2 je lah. Hari Khamis 5hb Ogos, lebih kurang kul 6 ptg, rasa kebas tu mai pulak. Aku panik gila. Cepat2 minta SNQ hantaq aku gi spital..Paling dekat masa tu Adventist Hospital Pulau Tikus. Check pi check mai, Doktor kata aku terkena MINOR STROKE. Buat mcm2 lah, wayar sana sini kat badan aku..pastu pi scan kepala dan seluruh badan pastu xray plak...Last sekali Doktor tu suruh aku cuba penginapan dan hospitality depa untuk semalam...
Bersambung......