Assalamualaikum...
Pertama sekali aku ingin meminta maaf yang teramat sangat kerana tak dapat menghadirkan diri pada perjumpaan ALUMRA yg diadakan di Kelab Shah Alam semalam. Situasi tak mengizinkan... Tapi walau bagaimanapun aku mengucapkan syabas kepada ALUMRA yang berjaya menarik perhatian warga SMJ untuk menghadirinya. Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada warga darah59 yang menghadirkan diri seperti Koden, Kamal, Mazlee dan Roshita. Yang ni je yang aku tau hadir..yg lain aku belum dapat lapuran lagi. Walau bagaimanapun, Attatirk kata nak hantaq gambaq2 yang di rakamkannya di majlis tersebut untuk dimuatkan kedalam laman ni nanti.
Musibah menimpa lagi kepada aku. Tengoklah gambaq. Baru 3 hari aku bawa balik Jeep aku ke Gurun, depa dah "initiatekan" dia dah. Depa pecah cermin aku tu dan berjaya lah ambik beg kamera aku kat belakang. Aku tak kisah sangat kamera tu, tapi cermin tu yang berat nak mencarinya..Tapi walau bagaimanapun aku terpaksa lah menerima ngan hati yang terbuka dugaan dan cubaan nya..Insyaallah..
Repot polis semua dah buat..Cepat jugak lah tindakan depa menerima repot dan sebagainya. Syabas aku ucapkan kepada S.M Sekaran, pegawai penyiasat IPD Kuala Muda yang buatka aku rasa selesa semasa di siasat tadi. Thanks.
Aku akan menunggu lah cerita cerita dari perjumpaan ALUMRA semalam..
WASSALAM...
5 comments:
Salam,
Sedih aku tengok n baca komen hang tentang cermin Jeep hang yg kena pecah tu. Lebih2 lagi dlm sembang kita aku dpt gambaran parts kereta tu susah nak dapat. Justeru harga pun susah nak bayaq!
Pengajaran kat semua kita juga utk tak tinggai barang2 yg berharga atau nampak berharga expose di dlm kereta. Sabaq banyak2 la bro.
Tentang ALUMRA, syukur all went well n objektif pun tercapai.
Aku amat bangga dgn Kamal, Mazlee n Mazlan yg mai semata2 utk tujuan ni. Ta pun timboi. Kebetulan dia on the way back dari JB, adjust line elok2 dgn Kamal n Mazlee maka Ta pun berkesempatan join Kiambang Bertaut.
Gah, Kurnia n Madud pun ada. So Darah59 was well represented. TQ semua.
La ni kita nak kena pikiaq agenda apa kita nak sumbang balik kat SMJ, SATS n SKJ.
Mai kita ramai2 ribut otak (brain storm) utk pikiaq satu idea utk tujuan ni.
Wassallam,
CIOW.
KODEN
kalau pakat ribut otak,,,, aku rasa tak ke mana sebab brain storm ni istilah brain tu memang tepat otak tapi storm dlm brain storm ni, dia lebih ker merempuh, bukan ribut, maka makna brain-storm ni ialah merempuh otak kita beramai2 mencari apa2 yang kita nak cari lah,, hahahaha
sorry about your loss DZ, am so sad, but what to say when it already happened? tapi kalau ada apa2 kain buruk kaa tutup beg tu mungkin tak jadi tapi mungkin juga depa nampak hang dok galaih beg hang tu n folo hang ,, jadi depa dah tau beg tu ada kamera di dalam nya. so just remember where u were last before the theft.
Thank you guys for ur concern
HAI TOK PENGHULU..KESIAN I DENGAQ N TENGOK UR KERETA DI PECAH MCM TUU..ANYHOW INGATLAA ITU ADALAA YG TERBAIK BAGI KITA DARI ALLAH...TUNGGU LAA SEMBANG2 KITA HARI TUU...I PUN DAH DAPAT CALL N V TO GO DOWN TO SINGAPORE...
SORRY FAZIE TAK DAPAT ATTEND ALUMRA MLM TUU..HUBBY TAK BERAPA SIHAT N ANAK2 DAH BALIK SEMUA SO NOBODY KAT RUMAH..NAK TLONG TENGOK BAPA...
FAZIE
Post a Comment