Wednesday, September 2, 2009

SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum...

Kategori : IBADAH Puasa
Tajuk :
Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Riwayat at- Tirmidzi

Huraian
Pengajaran Hadis:

i)Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.

ii)Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii)Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

iv)Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

4 comments:

KODEN said...

Salam,

Amin ya Rabbal 'Alamin. Kudos to Dz yg banyak menyelit unsur2 sharing of ilmu d bulan yg kaya dgn rahmat NYA. Sharing of knowledge ni pun boleh d anggap sedekah juga. Lebih2 lagi knowledge dari Quran n Hadith.
Any form of sharing kelebihan yg kita ada (yg tak terpesong dari aqidah), adalah jariah.
So tak payah pikiaq duit saja lah utk berjariah.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

Own said...

Asm wm.,
My salutations 2 DZ.Ramadan triggers your mind and soul 2 b a daie.Iman, integrity and profesionalism may lead u 2 b alert with what u owned now - yourself. Happy fasting!

darah59 said...

Own...long time no hear..

glassman said...

aku pun rindu own ni, tapi aku rasa macam tak ada acknowledgement saja dari dia,, entah lah, perasaan aku saja kot? minta maaf laa own... aku ingat lagi