Welcome back Own..lama sungguh tak dengaq berita. Last sekali aku berjumpa ngan Own kat depan pintu pagaq SMJ, kedai mamak apa ka aku dah lupa...
Koden pun bila mai bulan posa ni, serius je komen dia kan..Takkan lah sejak aku dok bubuh hadis2 ni hampa treat blog ni macam blog yang serius. Tak uummph lah. Aku saja je boh hadis ni untuk renungan kita semua agar boleh ambil iktibar darinya.
Kategori : IBADAH Pengurusan Jenazah
Tajuk :
Jenazah Yang Dipuji Dan Jenazah Yang Dicela
Hadith :
Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: “telah tetap!”. Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : “telah tetap baginya.” Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : “Apa yang telah tetap itu?” Nabi menjawab: “Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi,”
(al-Bukhari dan Muslim )
Huraian
Hadis ini menganjurkan kita agar menyebut-nyebut orang-orang yang telah meninggal dengan sebutan-sebutan yang baik kerana sebutan kita yang baik itu menjadi tanda bahawa orang yang mati itu adalah dari golongan orang yang baik-baik.
WASSALAM
2 comments:
Salam,
Sejak bila pulak aku hilang characteristic aku ni? Dlm Ramadhan ni aku kagum n salute hang sbb hang dah geletek kwn2 dgn ayat n hadith yg boleh dikongsi bersama bagi tujuan memperbaiki kualiti diri. Bagus kalau dok rajin Muhasabah diri gini.
Tapi kalau hang tengok dlm column shout, aku cerita pasai Madu p shopping sakan. Tapi sayang nya sapa pun tak melatah tanya Madud p shopping apa. Klau hangpa tanya, aku pasti aku tak payah jawab. Sebab Madud sendiri yg akan cerita dia shopping apa.
Hangpa pikiaq la tengok, apa agak nya yg Madud shopping. Sah handsome gila Madud lepaih ni. Bye2 peti ais..., hello gitar!!!
Wassallam,
CIOW.
KODEN.
hang tak boleh pilih kaler lain kaa nak buat cerita hadis ni? aku kena highlight kan untuk membolehkan aku membacanya. hahaha ampehh
dua hari lepas aku demam,, semalam aku tak puasa,, sebab aku rasa kalau aku tak makan ubat,, makin parah laa aku,, tapi walau pun tak puasa , perot tetap lapark serupa tu jugak.. hari ni aku puasa balik, sayang oiii puasa nii ooo
Post a Comment