Sunday, August 2, 2009

PRO @ ANTI

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia...

Bukan niat aku nak triggerkan isu politik disini. Saja untuk renungan kita bersama dengan isu semasa. Well, komen yang masuk pun sihat2 belaka. Ada yg against dan ada yang berselindung walaupun ternyata bersimpati dengan kumpulan yang pro. Whatever it is..DEMOKRASI Maaa...

Demokrasi terpimpin..freedom untuk melaungkan suara, freedom untuk menunjukkan perasaan dan freedom sebagainya yang di tagihkan kepada kerajaan oleh rakyat. Pada aku kita mestilah dibenarkan untuk exercise rights kita selagi kita tak menganggu "RIGHTS" orang lain. Maksud aku bila nak buat benda camni, program lah elok2. Cari lah tempat atau buatlah perarakkan yang tak menganggu lalu lintas, yang tak menganggu peniaga2 dan yang tak menyusahkan rakyat lain yang ingin juga exercise "RIGHTS" depa untuk meniaga dan beriadah.


Apa pun yang aku baca 500 lebih orang yang kena cekup dan masuk dalam. Tapi sat je kut no..pas tu depa lepas lah. Bukan senang nak bagi makan kat 500 org tu..

Anyway ni saja sembang2 je lah. Bukannya serius sangat isu yang aku utarakan ni. Pas tu lagi satu yang buat aku musykil ialah banyak pulak by election kali ini. Yang terbaru nampak gaya Pmtg Pasiaq kat Penang nak kena ngundi lagi sekali setelah ADUN nya pulang ke rahmatullah semalam..Al Fatihah.

Kempen sekali nie mesti banyak isu yang diutarakan oleh kedua2 pihak. Sempoi betui kan. Rasuah lah, mati dalam tahanan lah, salah guna danan lah danmacam2 lagi. Very interesting. Kawan kita Non sibuk pulak lah nampak gaya. Reporter lah katakan...

Dalam shout ada bunyi sora bertanyakan TAL18..aku baru dapat sms dari dia mengatakan dia ada pi Kelantan pastu balik singgah di KL. Hari ni dia ada kat KL klu tak silap aku. Honeymoon kedua.

Kanak2 berumur 11 tahun dari JB adalah mangsa kematian H1N1 yang keenam di negara kita. Dia menghembuskan nafas terakhirnya jam 8:30 pagi tadi(2/8/09). Budak lelaki yang ni. Sebelum ni budak Bgan Serai umoq 10 tahun..pompuan...Camana nak buat ngan benda ni ha? Jaga kebersihan dan jangan pergi ketempat2 yang terlalu ramai orang berkumpul..seperti perarakan tunjuk perasaan ke..hindarkan...

WASSALAM

14 comments:

Bulat said...

Salam Semua,

Bagi aku,aku tetap sokong ISA..selagi kepala2 yg ada tak d sumbat d Kamunting selagi tulah perarakan jalanan akan d jalankan dan ini menimbulkan kesulitan pada semua rakyat..tengok brapa ruginya org berniaga dan pelancung takut nak mai..tengok Malaysia dlm keadaan huruhara..apa inikah kebudayaan org malayu..pikiaq ambilah.....

KODEN said...

Salam,

Pandai sungguh Dz cucuk tajuk. Dlm komen no.5 tajuk Deiii..., Madud pun berhujah padat dgn anoloji2 yg dpt dipupuk. Bulat pun dah kembali masuk.
Tahniah kwn2!
Ringkasnya kita semua sama2 tak setuju dgn democracy taken to the street la kan?1? Org yg tak berdosa n pencari nafkah pun terpalit tempias angin street democracy ni.
Aku nak ulang pendirian aku yg AKU PRO ISA tapi aku meluat dgn abuse of power in using this clause by the people in power. Sbb tu la aku minta kita bincang dgn sihat n put our political inclinations aside. Bagi la perbincangan kita ni lebih sihat n ilmiah. Bincang lah dgn facts, anoloji2 Madud pun orait jugak n sudut yg Bulat tonjolkan pun betoi jugak tu. Asalkan jgn la kita bincang dgn emotional.
Aku cuma nak highlite ni sbb aku sedih n hairan why pemerintah kita tak memperbetulkan fakta sejarah tentang pejuang2 kemerdekaan yg bertaut di bawah lambang/partai yg bukan UMNO/MCA/MIC. The fact that di Pahang saja di anggarkan +-1,000 anak2 muda Melayu yg terkorban dlm menentang penjajah masa pra 1957, tidak pernah disanjung n diingati dlm sejarah kita. Tapi partai utama ni dgn bangga menghebahkan kepada seluruh dunia yg ia berjaya mendapatkan kemerdekaan tanpa menitiskan setitik darah pun.
Aku nak tanya la kan, yg mana yg lebih zalim..., riot yg menimbulkan kesusahan n kesukaran utk jangka pendek mcm yg dialami Kuala Lumpur sejak kemarin sampai beberapa hari, minggu, bulan or tahun lepas ni OR distorting of historical facts yg menyebabkan anak cucu n warisan pejuang2 kemerdekaan yg terus dianggap radikal n pengganas?
Sejarah ni buat aku was-was kat partai peperintah yg macam tak mau lihat (kemungkinan) kebenaran dlm tuntutan segelintir rakyat yg vocal ni. Dan yg lebih merisaukan aku is that kemungkinan 20-30 tahun dari hari ni, rakyat2 yg vocal ni akan ditonjolkan dlm sejarah sebagai pengkhianat bangsa.
Dz menyebut tentang demonstrasi pelajar dlm tahun2 70an. Isu masa tu ialah kemiskinan n kebuluran yg masih ujud di kawasan2 pendalaman seperti Baling. Sampai today pemerintah tak ngaku keadaan ni memang ujud sangat2. Sejarah negara terpatri yg pemimpin2 pelajar masa tu adalah pencetus huru-hara. Aku setuju depa ni pencetus huru-hara tapi pokok nya isu tu betoi kan???
Aku nak ajak bro/sis renung, pikiaq n komen la kat pandangan aku ni yg tak minat dgn politik tapi sekadar sedih bagi pihak anak cucu pejuang2 kemerdekaan yg dilupakan atas sbb tidak bertaut dibawah partai main stream kita.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Sesungguhnya Koden, disebalik apa yang tersurat itu tersorok sangat banyak perkara tersirat. Dilupakan jika ia bersifat pasif dan akan direjam jika bersifat agresif.
Demokrasi sistem Barat. Islam adaptasi kehidupan kita. Dua benda ni selari dan tak mungkin bertaut. Bila kita cuba bengkokkan untuk tautkan mereka, inilah hasil yang kita dapat. Pada aku, setiap sesuatu mesti ada ISOnya. Dan kita umat Islam ISOnya ialah syariat iaitu garispanduan untuk setiap sesuatu itu yang disandarkan pada AlQuran, Hadith, Qias dan ijmak Ulamak muktabar. Jika semua pihak - pemerintah, pentadbir, rakyat etc etc - dapat memahami dan taat kepada ISO ini, InsyaAllah, tiada pertelingkahan kerana itu janjiNYa.Malangnya kita tidak ikut.

Penganiayaan dan kezaliman bukan cara hukuman dalam Islam. Mengacaubilau seperti tunjuk perasaan juga bukan budaya Islam.

Kedua-dua pihak sebenarnya telah dengan baik diekspolit dan terperangkap dengan permainan dan tipu daya syaitan.

darah59 said...

Well said ibnusaman..Aku setuju dengan sepenohnya pandangan mu itu. Pelbagai sudut kita boleh tengok dan tafsir...Pikirlah...

WASSALAM

KODEN said...

Salam,

Aku terus kenyang lepaih baca ISA n Dz komen. Tak payah makan pun kenyang sbb hujah, komen n interaksi idea yg amat sihat.
Pikiaq p pikaq mai, aku makin nak jadi fan ISA ni la. Mat, aku buat Fan club utk sokong hang la. Tafsir sendiri la Fan yg aku maksudkan ni ialah peminat or pengipas!!!! Hehehe Melawak saja Mat oi.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

Anonymous said...

DAP & gang minta mansuh ISA, PAP di Singapura (mentor DAP) terus maintain ISA, so hangpa tak nampak ke niat yang tersirat depa tu?
kalau nak mansuh juga tunggu menang general election, majority decide the rules, itu baru demokrasi. anyway court case saiful bila nak start, asyik mengelak saja jadi di mana justice utk beliau...

Anonymous said...

Ini ruang untuk politik ke? pro dan kontra dan berjuang disini...dz...any action?

ain said...

Assalamualaikum

Sungguh tak sangka…bila saya jengok blog ibnusaman rupanya saya dh kenai dia dulu hujung taun 2007 kalau tak silap…saya rasa saya tak silap org. kami penah berurusan masa tu DBP bercadang nk beli system photo-library. Masa tu saya tau dia org kedah..(la ni baru tau rupanya satu kg dan sama sekolah!) .Dlm blog ibnusaman nama kwn2 kak ja , shatirah, basharah, Hashim, yati daud mmg saya kenai….semoga ukhwah ni terus berkembang melalui darah59 dan ibnusaman! Macam koden saya juga mula minat baca tulisan ibnusaman…

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

1. Well well well.. tu dia. Teknologi kecutkan dunia. Sapa sangka no. So, Ain, since chek duduk sini kat KL, jangn lupa join majlis kat rumah Maklang Siti Rokiah binti Saleh pada petang Jumaat ni 7.8.09 lepas balik kerja. Kak Ja siap turun lagi dari Tunjang dengan bas Tranasional. Address dan map kesana ada dlam blog isa.
2. Selalu juga berlaku Mentee modified idea Mentor, tertakluk kepada banyak faktor persekitaran. So, sungguhpun PAP mentor DAP, tidak semestinya dia ikut PAP kerana iklim politik Malaysia tak sama dengan Singapore walaupun jiran ketat. Kalau tak silap aku, tiga saja negara diplanet bumi ini yang amalkan ISA ni, iaitu Malaysia, Singapore dan Israel ( betulkan kalau silap).
3. Seperti kata Dara59, politik dalam kehidupan ibarat irama dengan lagu. Kedai kopi dengan teh tarik. Kereta dengan minyak. Tidak boleh dipisahkan. Dan tidak boleh dipisahkan juga bahawa setiap sesuatu apapun mesti ada pro dan kontra. Orang Arab kata - dimana ada Abu Bakar di situ ada Abu Jahal. Kita tepuk lah tangan tapi buka lah mata. Hantuk kepala perah minda.

Anonymous said...

ya "orang arab kata dimana ada abu bakar di situ ada abu jahal", maknanya orang2 yg macam abu jahal ni lah yang perlu di ISA kan kerana mereka ni orang bijak pandai tapi bijak dalam membuat kerosakan. pakai undang2 biasa tak jalan pasai putarbelit dan putar alam depa cukup hebat. mencegah lebih baik drp mengubat. biar yang ramai hidup aman drp melayan kerenah yang sedikit.

KODEN said...

Salam,
Jgn salah faham tentang yg ramai. Diam tak bermakna n tak boleh ditakrif sbagai menentang atau menyokong. Dlm isu ni, dua2 pihak pro n anti took the street. Yg silent majority tu kita biaq s silent la. Don't assume anything sbb assume is spelled ASS U ME.

ME..., i don't want to b in assumtions yg base on emotional inclination.
Yg analogy dua Abus tu memang boleh dpakai. Nak boh yg mana Abu B n yng mana Abu J, tu pandai2 kita sendiri la.

Anonymous ni komen sound emotional sikit la. Cuba tengok Mat ISA komen, ilmiah n neutral. Kan best gitu? Mat tak impose kat kita inclination nya.

Kita nak sokong sapa..., tu kita punya pasai la tapi Mat dah bagi points utk kita timbang dgn arif (menggunakan minda n NOT hati) utk nak lentokkan sokongan kita.

Pikiaq n timbang smartly. Sesuai dgn umoq n tahap intelek yg dah dpupuk.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Betoi juga kata anonymous tu Koden. Kalau tengok dari satu sudut dan dari kanta jarak dekat lah.
Tapi kita jangan lupa, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Dan jangan lupa juga, selalunya yang patah satu saja, tapi dia tumbuh tunas baru kalau tak dua, tiga atau empat. Pokok akan jadi makin rendang. Mungkin kita perlu ISA ini kerana faktor persekitaran dan cabaran masa depan kita . Tapi perlaksanaannya udah kurang sesuai atau terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu digagahperkasakan. Pemerintah dengan ikhlas kena admit lah. Kenapa tidak di Islamikkannya, diberi wajah baru, nama baru tapi maintain matlamat asal - demi kesejahteraan umat dan keamanan negara? Misalannya lah..
Pejuang ( tidak kira lah apa yang mereka perjuangkan) akan silih berganti. Sumbat sepuluh ganti dua puluh. Akan tetap ada fenomena ini berterusan.. Ambil iktibar negeri Iraq. Semua benci Sadam. Semua tidak aman dengan pemerinthan Sadam.Semua sokong guling Sadam. La ni bila Sadam tergulin, Iraq jadi macam bubog sora, lebih teruk dari zaman Sadam. Ini yang kita kena endap. Sebenarnya kalau purity ikhlas kedua-dua pihak 99.99% bermatlamatkan kebaikan, kita tak sampai bercakag macam ni. CheAzmi boleh baling bola boling tiap-tiap hujung minggu.
Abu Bakar dan Abu Jahal tu peribahasa Arab merujuk kepada hukum hidup dalam dunia ini, iaitu dimana ada kebaikan disitu juga ada keburukan. Tidak boleh tidak, pasti ianya berpasangan - betul lah topik Dara59 - Pro @ anti = pair. Dia mesti bersaing saperti arus letrik + dan - baru ada cas ( karan).

cbazmi said...

Salam saudara2,

Bila saudara ISA cakap pasai cas mengecas ni, aku pun kena kejutan juga la. Lebih-Lebih lagi saudara ISA juga dah sebut nama aku dan dikaitkan pula dengan perkara jatuh menjatuh walau pun benda tu benda main saja.

Masa main bowling, sukanya kita kalau dapat jatuhkan semua pin setiap kali kita lontar bowl, baling bowl nak kema kuat biaq bunyi pranggg .. pin jatuh baru puas. Kalau lontaran lembut gemalai kena pin jatuh semua terguling pun tak seronok pula , tak dak bunyi ... tapi kalau bowl tersasar atau tergelincir ke longkang mula la cari silap .

Kadang-kadang fikir macam orang bodoh la , dari awal sampai habis asyik kerja nak jatuhkan saja, kan ka tersangat la baiknya kalau dibiar yang tersusun kemas tu kekal macam tu , duit tak habis badan pun tak penat.

Apa pun ISA tetap jadi pujaan juga la kerana ISA telah mempertemu semula saya bukan setakat classmate tp schoolmate yang pernah bergelumang kat SMJ 36 tahun lalu.

Tq.

darah59 said...

Aku seronol bila tengok hampa pakat2 bagi komen yang amat membina sekali. Bernas dan padat ngan fakta. Walau camna pun darah59 jgn la jadi dara59. Dah hilang dara lama dah..hahahaha.

WASSALAM