Saturday, August 1, 2009

Deiii....

Assalamualaikum gang..Salam semua...

Senag hati sikit dengaq Madud dah pi amik ubat di Spital..Elok lah tu. Makan ikut aturan lah..Ketegaq dah tua2 nie...Hang klu kayuh gerek pi rumah Maklang CT tu kirim salambanyak kat dia dan juga sesiapa saja yang hang jumpa Dude...



Hampa tengok sat gambaq kat atas tu..Tak risau ka tengok..Hehehehe..Protes ISA...

Ni dia lagi depa dok belarak kat Jln Tuanku Abdul Rahman.

Kat CM kena cekup dah sorang...Mamat ni sudah lebih kut, patut lah kena cekup, atau pung nasib tak baik betui lah..

Barisan penyambut tetamu di Mesjid Negara..Cun gak kan?

Tetamu mula dok masuk perkarangan Mesjid Negara

Beg semua kena selongkaq habisss...

Jadi jugak nampak gaya perhimpunan tu. Depa ni kira hardcore lah kan. Dah orang kasi warning pun depa teruskan gak. Biaq pi lah. Ini salah satu riadah org KL la nie..Berkumpul ramai2, mengeratkan silaturrahim dan menyesakkan lalu lintas..

Semakin hari semakin "vokal" rakyat kita nie. Dah berani bersuara. Best lah tu kan. Tapi jangan menyusah orang lain dah..Yang kat Kg Buah Pala tu pun sakan jugak. Dia tu cucuk dia ni, ghaplah jadinya semua.

Apalah nak jadi Malaysia ni kan..Tapi bagi aku kan, selama ni tak dak apa masaalah pun hidup disini. Sapa memerintah pun sama ja. Ada kerja, ada gaji, dapat buat reunion, anak2 dapat sekolah ok je semua...Hhahaaa..tulah pemikiran aku yang tak berapa mau masaalah banyak2 nie..Nak protes ISA pun aku rasa tak relevan ngan aku. Thats me...

WASSALAM

6 comments:

kamal said...

Salam semua,

Tadi ada cal zul bkt wang..dia dah buat bypass kat KMC..dah sihat dan istirehat kat rumah aje la ni..
Ari ni kenduri rumah Rohim kat Pdg Besar sapa2 yg p makan kenduri?

madud said...

Zul? Bukit Wang? Zul mana satu? yang dok batu 13 tu kaa? Zulkifli Zainal Abidin? Lqama sungguh tak jumpa, hari tu balik Kedah aku pi tala ke area ghumah dia jugak, tapi aku dah tak cam mana satu rumah dia, yang sorang lagi pompuan.. rumah lebih kurang setentang ngan ghumah zul tu pun aku tak ingat dah,, apa riah tah nama kaa apa kaa.. sapa ingat ?

madud lahh.. sapa lagi nak komen pepagi buta ni said...

aku komen skit laa pasal demo ni laa kan? aku pinjam komen org len laa. Malaysia ni demokrasi. Ada polis, ada hakim, ada pembanggang pembanggang dan macam2 lagi NGO lah kan. Tak kira lagi parti2? So dlm demokrasi siapa ramai dia menang laa kan? So, menang dulu laa pilihanraya baru mansuhkan, bukan dengan buat demo bodo ni? baghal betoi,! Dah 50 tahun lebih kita merdeka.. tak pernah pun org dok undi keluar kerajaan yang dok junjung ISA ni? Tak reti juga? OK Mansuhkan ISA, buat akta baru. tangkap masuk lokap buang kunci kelaut atau pun nama pendek akta ni Akta TMLBKL , uih ada KL kat ujung.. mesti jadi cadangan aku ni...

KODEN said...

Salam,

Aku ni kureng minat tajuk2 politik. Tapi tajuk ISA ni kena peka la jugak sbb aku rasa patut kekal kerana nak jaga kesejahteraan negara multi kaum ni.
At the same time jugak aku nyampah tengok ISA digunakan keatas orang2 yg mengancam pemerintah..., politically.
So duduk2 la berbincang utk capai titik "win-win" wahai peneraju partai2 politik tempatan ooi!!!
Tapi insiden kemarin agak lawak bodoh sikit la. Aku ingat tunjuk perasaan kemarin tu 100% yg dianjurkan oleh kumpulan Anti ISA. Kumpulan ini dikatakan didalangi oleh partai2 penbangkang. Rupa2nya pada masa yg sama ada jugak penunjuk perasaan yg Pro ISA. Lalu aku pun HAIRAN BIN MUSYKIL lah.
Kalau yg Anti ISA didalangi partai pembangkan. Yg Pro ISA pula didalangi sapa???
Bila jadi haru-hara, yg 1 pihak saja ditonjolkan sbgai penggugat kesejahteraan awam. Bila cota dihayun, ayaq FRU disemboq, gas pemedih mata ditembak n tangkapan dibuat..., semua dihalakan kpd 1 kumpulan saja. Menteri Kementerian Tinggi kata students of IPT yg di dapati terlibat dlm demo ni tak kira Pro or Anti, akan dikenakan tindakkan. Tapi sejarah Malaysia dari zaman Tanah Melayu terbukti sejak Emergency Ordinant 1948..., ZERO ( 0 ) dari kumpulan pro yg dikenakan tindakkan (contoh: Ahmad Boestamam, Ishak Hj Mohd n Wasi Annuar adalah orang2 API n not UMNO semasa ditangkap kerana menentang Malayan Union).
Statistik ni memang bunyi pelek sikit tapi pakat2 cek la. Maybe fakta aku ni berdasarkan rujukkan cetek yg aku sempat dapat.
Aku hairan camna depa boleh pikiaq utk buat kumpulan Pro-ISA tanpa menimbangkan persoalan yg bakal merayap di kepala rakyat yg nak memikiaq. Soalannya "Sapa kah yg menjadi dalang kumpulan Pro-ISA?"
It don't take a rocket scientist nor an interlectual mind to think the way i think. After all i'm just a street person yg tak minat mana pun dgn politik. Sekadar menjadi pemerhati saja.
Pemerhati yg nak pikiaq. Mai la kita sama2 pikiaq tanpa aligning ourself to any political inclination. Maybe kita boleh nampak dgn sedikit constructive kot.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

madud said...

tak semua yang ada bayang itu wayang, sebabnya wayang itu buatan orang dan bayang itu terjadi antara cahaya dan apa2 sahaja yang menghalang cahaya itu. wayang memang ada dalang, tapi bayang semula jadi dengan kuasa ALLAH. Jadi tak semestinya mesti ada dalang.
Umpama blog ini, ada dalang kah? Kita kena tanya Dz laa, blog moderator nya. Persoalan siapa dalang tidak lah penting tapi kenapa ada orang yang di dalangi? Ramai pulak tu? Adakah mereka mencari keamanan? kebebasan? harta? pahala? oleh sebab2 itu mereka membiarkan diri di dalangi?
Kita sedia maklum kenapa ISA itu di adakan, tetapi di tuduhnya kerajaan menyalah gunakan. dan kita juga pernah melihat akibat2 kelonggaran penguatkuasaan akta itu.
Kali pertama demonstrasi besar2an terjadi pada zaman reformasi akhir 90an. Kali ini anak2 kepada pendemonstrasi pulak mengambil alih tugas membuat demonstrasi. dulu mereka2 melihat ayah , abang dan mungkin datok turun padang, mencabar pihak2 berwajib dengan gah nya mencabar dan kali ini giliran mereka pulak nak cuba try test tengok. Perkara ini tentu akan berulang lagi dengan generasi seterusnya dan kita semua akan membayar dengan keluhan dan rintihan.

JEBONNN said...

Kenapa majoriti orang Melayu yang nak ISA dimansuhkan? Apa depa semua tu tak belajar sejarah ka? Fikir2lah apa akan jadi pada masa2 akan datang.....