Tuesday, August 25, 2009

MERDEKA?

Assalamualaikum....

Aku tak jadi ke Bazar kat Gurun tapi memba dah ajak pi ke Guaq Cempedak. Puh..kat situ lagi meriah. Ramai gila orang berniaga dan membeli. Terpikiaq lah bahawasanya la nie dah tak dak lagi orang yang memasak dirumah bulan2 puasa ni kut noo...

Kalau zaman dolu dolu, mai tengahari je mak aku dah mula lah dok pikiaq nak masak apa untuk berbuka malam nie. Kuih apa, lauk apa. Pastu pakat2 pulak berhantaq kuih dengan jiran. Jadi akhirnya terdapat jugak dua tiga jenis kuih muih atas meja. La ni tak payah nak pikiaq dan berhantaq lagi..pi je ke bazaar ramadan, pilih je apa yang teringin. Kenapa jadi camni? Mungkin sebab kita dah ada kuasa membeli. Jadi kita cuma bersusah payah untuk dapatkan duit, pastu perkara "remeh temeh" seperti memasak ni biaq lah org lain yang buat. Kita dah ada duit, kita beli je lah. Tapi dah hilang lah kisah berhantaq kuih muih dan secara tak langsung mengeratkan silaturrahim sesama kita. Apa nak buat la nie, neighbour sendiri pun ada yang tak kenal mengenali antara satu sama lain. Kalau tak pi surau ...lagi lah tak berdunia ngan orang kan?
PAS's Mohd Salleh Man celebrates his victory in the Permatang Pasir by-election on Tuesday.
Anyway terjawab sudah apa yang BAT bagi tahu tadi. PAS bagi 3000 undi kat BN. Sapa bet yang tu mesti tungging lah no, sebab PAS menang majoriti 4551. Tahniah...

Aku dok heran gak la nie kisah model yang kena hukum sebat tu lah. Sat cerita kata nak tangguh lepas bulan posa, ni dah suruh hamba allah tu buat rayuan supaya diketepikan hukuman sebat pulak. Rupa2 nya depa tak dak tukang sebat utk hukuman syariah ni. Kalu dah tak dak orang nak sebat, camana pulak boleh keluaq hukuman sebegitu rupa? Aku keliru. Kalau ada sapa2 tolong clearkan utk aku sat. Aku pun bukannya follow sangat, cuma bila dok dengaq cita ni maka naik kemusykilan...Bodo piangg...Satu donia do tengok outcome kes ni..

6 hari lagi kita sambut hari kemerdekaan yang ke 52. Apa yang kita tahu pasai Merdeka ni adlah ianya hari cuti. Tak ramai yang tahu sangat apa itu erti sebenar kemerdekaan sebab minda kita masih lagi tak berapa nak merdeka. Tetap dijajah. Mungkin bukan bangsa asing yang jajah tetapi bangsa sendiri yang menjajah minda kita. What say u guys...? Ha?

WASSALAM

3 comments:

madud said...

dah memang bodo piang status depa,, tu pun dok pakat2 sokong jugakkk hahahahha

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Sistem nilai kita telah jauh berubah.Dulu dengan la ni macam Putrajaya dengan Tok Kesop bezanya. Secara pelan kita sendiri hakiskan nilai-nilai murni budaya bangsa dan kita gantikan dengan rentak tari orang lain yang kita anggap lebih ringkas dan moden. Dalam semua aspek kehidupan. Hatta bubuh nama anak sekalipun. Cari la mana ada nama anak-anak la ni seperti Zainudin, Zambri, Mazli, Md Lazim apa lagi nama Ahmad yang koman tu. Nak buat ubat pun payah. Cucu sedara saya misalnya depa bubuh Qistina Artina ka apa , nak sebut pun tegeliat lidah.
Tabiat membeli atau mengamal makanan di luar ada sedikit baiknya tetapi banyak buruknya. Pertama kena bayar lebih. Kedua tahap kebesihan menyediakannya.Ketiga - status kesucian sumber bahan-bahannya. Semuanya memberi kesan kepada perilaku kita secara api bakar sekam.
Sebab tu jangan heran kalau kes macam Kartika ini berlaku. Orang yang mentadbir Kartika pun haru biru. Bezanya tempat duduk saja tapi dalam penerbangan yang sama. Apasai buleh jadi lagu tu? Hukum Islam ni dari sumber yang satu - tidak dua dan tidak tiga apa lagi empat lima belas.
Yang peliknya Kartika yang jadi riuh rendah. Nak ikut banyak lagi kes seumpamanya atau setidak-tidaknya setaraf seperti berjudi dan tenung nasib. Bahkan lebih teruk seperti tidak solat , tidak posa, berzina dan murtad.
Masa kat Langkawi, bersiar-siar waktu petang tepi pantai terserempak dengan sekumpulan orang kampong sedang berbual dan minum-minum. Saya bagi salam dan depa jawab salam, bila dekat dan jabat tangan siap ajak minum lagi, rupa-rupa baru saya perasaan yang depa tunggang tu tin-tin arak. Oopeeen brader....
Benar katamu wahai darah59. Kita belum merdeka walaupun sudah seumur kita tarikh keramat tu.Bezanya dulu dijajah orang putih la ni dijajah oleh orang kelabu.Dalam bentuk lebih kompleks dan berbahaya. Penjajahan minda.Patriotisme diukug dengan materialisme. Apakah tak pelekat kat mutu dan tempek bendera kat bonet kereta bermakna kita tidak patriotik? Saya berpegang kepada falsafah bahawa anjing yang sibuk menyalak dia tidak menggigit dan anjing menggigit dia diam meneram saja.

darah59 said...

Well said Mat..Aku setuju dan sokong sepenohnya..