Monday, August 31, 2009

KEJU & TUALA

Assalamualaikum...

Fikir fikir kan lah tentang artikel yang aku paparkan ini. Aku dapat dalam email jadi eloklah aku share ngan kawan2...

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL
oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan
dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika
didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas
berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan
pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK
MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

4 comments:

hok hek said...

Sedekah yang ikhlas sahaja, kalau sedekah untuk tayangan tak laku. Itu yang penting.

Menanam pokok buah2an pun sedekah jika buah2an itu di makan burung2 atau binatang2 mahupun manusia yang berteduh di bawahnya

Old friend said...

as salam,
elok juga dipapar cerita2 macam ni sikit sebanyak terkenang juga nasib kita di sana.

KODEN said...

Salam,

Aku setuju dgn Old friend. Pada Ramadhan yg mulia dan di usia yg senja, elok lah kita dpaparkan dgn cerita2 n hadith2 yg sbegini.
Sekadar menjadi bahan utk kita pikiaq hala tuju kita yg sebenar nya.
Wassallam,

CIOW.

KODEN

glassman said...

Bagi aku,, senja masih jauh,, kita ni masih tengah hari nak ke petang , sebab orang yang paling tua umornya zaman sekarang 115 lebih kalau tak silap,, so koden,, jgn perasan hang tu dah tua sangat,, hahahahahaha