Thursday, June 11, 2009

CERITA CERITI...


Assalamualaikum....(Peace be upon you)

Aku terbaca artikel SINCERE GREETINGS dalam The Star hari ni. Azmi Sharom tulis. Prof ni rugged. Rambut panjang, pakai jeans dan aku berpeluang tengok dia jam kat Duta Vista dengan membawakan lagu NIrvana. Rock habis..Klik and u can read also..Interesting.

Jumpa Madud for b/fast tadi kat Gurun. Terkezut jugak aku bila dia call. Anyway, dia ni macam kita mula2 dapat basikal je kecik2 dulu. Berjalan merata ngan skuter dia tu. Sambil makan dia bercerita lah tentang exploit dia 2/3 hari ni. Banyak kawan yang dia jumpa. Tak lupa pulak dia untuk bertanya pasai apa depa tu tak hadir BB50. Ada yg bagi reason jauh(Koden tak suka dengaq), mahal dan kenduri. Semalam pun ada gak gang yang call aku bertanyakan pasai BB50. Depa tak dapat hadir pasai depa ada kenduri. bila aku tanya berapa lama depa dok kat kenduri tu, banyaklah reason2 lain lagi yang depa masukkan. Moralnya ...depa memang tak nak mai lah. Tak kisah lah.

Ada satu kisah Madud cerita kat aku yang aku nak share  kat sini. Bila dia berjumpa ngan sorang member ni, makan, pastu member dah bawak keluaq duit dan nak bayaq serta bagi tau kat dia yang dia cuma ada banyak tu saja. Terguris hati Madud sebab dia menyangkakan Dude nak minta duit dari dia.. Sabaq je lah Dude. Persepsi orang ni susah cakap. Depa cuma nak cover cepat2 sebelum apa2 terjadi..hehehehe.

Macam tulah bila aku berjumpa dengan sorang memba kita kat MBR hari tu. Dia anggap aku sebagai musuh dia. Aku pun tak tau pasai apa. Selama ni aku ni dok terhemoi sana sini ingatkan dia kawan aku, rupanya aku ni musuh dia. Dia jugak lepas cakap kat memba lain yang dia ni meluat tengok aku dsb. Memba pun kata mai jelah. Tak yah dok tengok muka dia kalau dah meluat. Hahahaa..Bila dia mai dok semeja, aku pulak tak berani nak tengok muka dia, takut dia meluat. Meluatlah kamu sebanyak mana yang larat, aku macam aku jugak lah. Tak meluat sesiapa, tak marah sesiapa dan tak memusuhi sesiapa.

Untuk yg bagi cadangan bahawa tiap kali member buat kenduri, kita make a point pergi bersama2 tu memang baik sekali. Sesiapa yang dekat atau ada lapang utk pergi boleh lah buat 
plan utk pergi sama2. Tak kurang pentingnya dan aku rasa mat penting sekali ialah jemputan tu hendak lah di panjangkan dulu. Mungkin ada yang tak kena panggil maka sikit masaalah akan timbul lah. Haram tu kalu tak di jemput.

Buat je cam Mat Lazin, semua nya dijemput. Kad jemputan siap masuk dalam blog lagi. Ini baru I.T. hehehehe. 

Aku ingin nak dapatkan feedback dari semua yang hadir BB50 hari tu. Kalu ok, katalah ok. Kalu tak ok, cakaplah tak ok dan bagilah pendapat supaya kita boleh improve lain kali. Sekiranya ada "lain kali" lah.

Kalau nak kira pasrah, memang aku pasrah sungguh dengan kehadiran hari tu. Sepatutnya lebih ramai yang turn up. Tetapi jemputan yang kami buat ni nampaknya kalah kepada jemputan kenduri yang berlambak di musim cuti sekolah ni. Kalau tak buat musim cuti pun susah, buat musim cuti nampak gaya lagi susah. Betui2 macam pakai kain pelikat lah. Tak leh nak tutup seluruh tubuh. Tutup kepala, nampak kaki, tutup kaki nampak kepala. Cam tu lah situasi kami yang cuba menganjurkan majlis yang bersejarah ni. 

Kita dah bagi masa yang cukup panjang untuk buat persediaan. Aku rasa jemputan BB50, kebanyakkan nya terima lebih awai lagi daripada jemputan kenduri yang di katakan. Tetapi oleh kerana BB50 ni tak penting bagi sesetengah sahabat, maka ia diletak tepi. Lagi pun mungkin pasai kena bayaq. Mungkin itu yang menghindarkan. Untuk menetapkan harga ni, aku terlebih dulu dah pi ke Jitra dan panggil 2/3 org disana untuk menentukan harga yang sepatutnya. Takut aku nak tetapkan sendiri. Kalau untuk warga Kota, aku tak kisah sangat. 

Ada jugak suara yang menyatakan bahawa next gathering ni kita tunggu sesiapa buat kenduri je lah, supaya depa mai tak yah keluaq duit. Elok jugak idea tu. Anak kita pun dah dok besaq dan akan sampai satu hari nanti bila nak terima menantu, kita buat kenduri, sekali harung panggil kawan2 mai. Aku ni lambat lagi kut nak buat kenduri anak. Yg no.1 baru dok cari kerja. Yg no.2 ada 3 tahun lagi nak habis kursus dia. Walau camanapun, selalu selalulah layari blog supaya dapat latest update kisah kawan2 kita ni.

Gah..call me yesterday. Dia bertanya samada aku kenai ngan Johariah, schoolmate kita kat SATS dulu. Aku ni sebagai yang selalu diperkatakan oleh Koden lah...lupa..tak ingat..tak kenai..Ok, back to Gah. Dia minta Chong yang mengenali saudara Johariah to check. Yesterday gamaknya, Gah dpt news yang Johariah baru pulang ke rahmatullah dua minggu yang lalu. Al Fatihah..

WASSALAM

3 comments:

glassman said...

Innaa lillahh hi waa innaaa ii llaa hhii rro jjee uunnj

Dari allah kita mai,, kepada allah kita pi.

amboi laju nyaa hang masuk ke dalam blog, delete saja laa komen di bawah tu, termasuk komen aku .

baik, soal kedua, Prof Azmi Shahrom. dia ni suka pertikai macam-macam juga. Hang suka bagi salam, hang bagi.. kalau tak suka toksah bagi, bukan wajib pun. sunat saja. Enuff said.

Aku slalu baca juga Prof Azmi ni. Dia ni memang laa very educated. Dia punya point of view aku tengok lebih kurang sama dengan kebanyakkan orang melayu Penang yg very educated.

Kalau aku jumpa dia pun, aku pun nak some clarifications on some of his writings jugak.

last but not least, cerita coffee break tu, ialah untuk your consumption only, yang hang buka mai di sini sapa suruh, ampeh betoi laa hang ni, kalau dia baca, terasa plak hamba allah tu nanti.

aku jumpa zan manggoi, yg kata nak bagi job hang tak cerita plak? heheehe hangpa doa2kan laa job zan manggoi tu menjadi, bley aku blanja hangpa makan plak nantii.

er tadi Tharu call, dia tatau sapa hantar SMS yg berbunyi " oit, ta nga chee, apa ada bikin sekarang?"
jadi dia call lah no aku.. tanya sapa dia ni? aku tak jawab.. aku ajak dia deting , mau dak? dia kata kena la kenaikan diri dulu. dia kata hari ni dia busy, jumpa klien so tak bley nak date laa hari ni. last baru aku habark ni "madud laa." Tharu .. tharu.. dok mai baca blog kaa tharu ?

KODEN said...

Salam,

Tadi aku dah taip tapi aku delete sbb terasa pointnya agak emosi sikit. La ni kita tok sah bincang tajuk nak buat lagi "perhimpunan" d dlm masa yg terdekat ni kot. Masa BB50 tu, more or less kita dah buat 1 resolusi yg pendekatan merencanakan "perhimpunan" akan berubah. Let's just keep to that n see if it'll work. Infact aku dah mula risik2 n dpt info yg MAS pun ada beberapa package yg menarik.
Resolusi kita mlm tu pun kata pendekatan ni tak perlu dhebah2 dlm blog. So aku stop tang ni on this tajuk k.
Pakat2 pikiaq utk kita move on. Tak ramai pun tak pa.

Wassallam.

CIOW.

KODEN

madud said...

well my view on that is, never to give up.

To err is human, to forgive, divine.

And about mas or air asia or qantas pun, for that matter is another story. But to cherish relationships need more than what we care to sacrifice.