Thursday, March 12, 2009

CUCUK HIDUNG AAAAHH..

Cucuk mulut baru tau...Tak leh mengata dah..
Heheheheee...

Dapat satu lagi hasil nukilan "KUDA TUA" untuk kita semua renungkan...

Anonymous said...

Artikel 2

LAGENDA JITRA

Ana merasakan sedikit kecewa dengan sahabat2 sekelian yg tidak menerima pelawaan Dz untuk menyumbang artikel untuk darah59 ini, Apatah lagi penyumbang komen yg begitu lantang. Pandai memberi idea tajuk yg harus diutarakan tapi hakikatnya beliau sendiri terus tidak menyumbang dan dipersoalkan kewujudannya oleh rakan2.

Atas semangat TERUS MENYOKONG perjuangan Dz, ana terasa ingin bertanya samada anda semua menyedari yg Jitra telah menghasilkan banyak lagenda dalam bidang masing2.

Jitra telah menghasilkan ramai tokoh2 yg ana amat bangga dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran Awam, Koperat, Sukan dan politik.

Tak kurang juga yg akan terus di ingati sebagai penyangak besar. Ana tidak berhajat untuk menulis tentang tokoh2 yg dibanggakan atau pun yg dicercakan tetapi mengutarakan lagenda jalanan Jitra masa zaman persekolahan serta remaja kita dahulu.

Ana lebih berminat untuk mengimbau kembali ingatan kita kepada seniman2 jalanan Jitra yg pernah mewarnai dan mendenyutkan nadi Jitra.

Adakah sahabat2 sekelian sudah lupa kepada En Gila? Bisu Stesyen Teksi? Ah Teik? Darai Malau? Meh Tunjang? (Adakah lagi nama2 lagenda jalanan yang ana miss?)

Dak Bangau pasti mempunyai banyak cerita untuk berkongsi dalam tajuk ini. Ana rasa Dz pun mempunyai cerita2 nostalgia tentang lagenda2 ni. Ana yakin Dz mempunyai cerita tentang Meh Tunjang kot.

Ana difahamkan Mazlee pun sering mengintai darah59. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mazlee membuka sedikit cerita Ah Teik pula.

Ana kurang minat dengan tajuk2 nak cerita kekayaan duniawi yg bertanah banyak, berduit banyak, berkereta accord, berkonsesi balak dan sebagainya. Kalau udah kaya, bersyukur lah kepada ALLAH s.t. dan berdoa lah supaya terus mengurniakan kepada kita rezeki yang HALAL!

Adalah menjadi harapan ana, artikel ini mendapat pelbagai komen. Tak kira lah positif atau negatif. Apa yg penting ialah interaksi sesama kita dan tegur-menegur demi kebaikan bersama.

Bagus..baik..kira ok lah tu kalau boleh tulih camtu kan? Itulah sebabnya aku kena bagi nama kat penulis ni sebab dia nak remain anonymous..Aku mengidentitikan tulisan hang..KT...Thank you so much for the article..As usual aku tak leh nak recollect apa yg aku mark merah tu..Sorry..Sapa dia?

Dari cerita diatas tu kira macam Mazlee ni kamceng habis ngan Ah Teik ke? Aku dulu masa kerja kat Kangar tiap petang balik kerja mesti aku longsoq ke Jitra dulu walaupun bas tu melalui Pulau Nyoq..hahaha..pasai apa? Pi nganga ngan Mazlee dan gang yg lain lah..Lid polis lah, hamzah la..ramai lah. Tapi sepanjang pengetahuan aku, Mazlee tak pernah cerita yg dia ni tau kisah Ah Teik!! Cita lah..Takkan sampai terjadi affair kut..hahahah..joking bro..Tapi pasai apa KT sebut hang ngan Ah Teik ha? Hhhmmm...MISTERI...

Dalam KT baru je nak pos cita dia, Fazie siap ada jawapan untuk persoalan KT ni dan juga utk kita semua..Check it out..

ANONYMOUS NI McE ya..

Kalau u nak jumpa dengan EN GILA..dia ada kat KG MALAU.Dok pakai mcm tu jugak.Tak ada pbezaan.
Kalau jumpa kita sua lah makan minum bagi dia. Dia masih kuat bjalan macam dulu gakkk.

Bisu jitra dah tak nampak tapi dah diganti ngan hasan gila.. hasan ni dulu kerja kat lab SMJ. Dia ni kembar from Langkawi. Harta cukup banyak tapi dia tak nak..lebih suka dok macam tuu. Sekali we had took him back to Langkawi dgn ptolongan my father(aruah) tapi dia lari balik naik boat lain balik perlis.

Meh Tunjang tak dapat detack.
Darai Malau I tak ingat.
Kak Som Polis yg dok tunggu bas Tunjang dulu dah meninggal a few yaers back. I pi tengok on her last day di Tunjang.

Ingat dak Tomboy, kulit hitamanis dok kat jalan sungai korok. Berbadan tegap...la ni dia dok kat johore buat perabut secondhand.

Ingat Mr Fong ajak kita masa std 5 english class. Masih ada kat jitra. I jumpa dia last week, Rambut masih hitam...still ingat nama I...dok macam tuu gakk.

yg lain tuu..kalau ingat i bagitau.

fazie.

Hahahaha...Amacam? Kan ke best camni. Keluaq je persoalan ada saja kawan2 yg menjawab. Ini lah apa yg sepatutnya berlaku dalam blog kita ni...FYI Fazie..I don't think KT is McE..Longshot.Ikut sini kalau u nak tau pasai petua hari tu..KLIK SINI

WASSALAM

8 comments:

Anonymous said...

To ko juik den! hahahaha. (expletives) nasib baik aku tak lemah jantung.

Blog aku pun dok update jugak ni, mai laa tengok sat lagi, tengah upload gambark juga, tapi tak laa macam gambark yang hang boh ni. Nak antark orang pi sepital lekaih2 bleh laa kot? hhehehehee tadak expletive dah. dah cool dah. tadi hilang semangat sat-sat. hehehehe

Anonymous said...

Salam,

Dude, hang ni memang nak kena sekeh betoi. Aku cerita perbualan aku dgn Jan tu tentang kwn2 yg pernah tersepit tapi la ni bila terlepas n dah senang.
Awat hang terasa hang dah masuk dlm golongan yg dah senang lenang ka? Hang pun lebih kurang aku saja, kais pagi makan pagi.
Lain kali jgn jampok lawak bodoh bila kita nak mengutarakan topik yg mengguris hati kwn2 yg "terkena" oleh perbuatan kwn2 yg "pernah tersepit".
Hang bukan masuk kategori "yg pernah tersepit". Hang dok dlm kategori "masih tersepit". Hehehe.
Dz boleh komen sikit kot.
Sesekali pikiaq nak p Setapak. Sekeh hang sekali, n balik.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Salam,

Tu dia..., En Gila n Meh Tunjang pun dah jadi tajuk.
Aku keluaq dari Jitra dah dekat 15 tahun. Anak bongsu aku dah 20 yrs old tapi tiap2 kali balik n ternampak En Gila, anak2 aku masih ingat Lagenda Jitra ni.
Meh Tunjang pernah dok berteduh di bawah rumah (aruah) aunT aku bila hari ujan n dia letih n lapaq.
Dz tak kan tak ingat kot. Kadang2 dia naik bas sama dgn hang la bila dia nak p Jitra.
Aku tak terkejut Dz tak kenai orang sebab dia rabon n also pera...! Hehehe
Dak Bangau senyap lama. Tak kan dok ikut bangau Shanghai yg buat migrasi tahunan ke Australia.
Bisu Stesyen Teksi tu respek aku gila masa aku d zaman SMJ. Kalau (Aruah) Mak aku nak naik teksi, dia akan urus habis-habisan. Reason yg dia jaga kami gila2 is that abang aku polis. Dia ni mati kutu kalau dgn family polis. Padahai abang aku tak pernah kerja di Kedah pun. Apatah lagi di Jitra.
Memang syok bila pikiaq balik zaman remaja di Jitra dulu.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Dz takkan u tak tau Meh tunjang. kita dok jalan Tunjang, boleh kata tiap2 petang dia lalu depan umah i dan Pulau Nyoik dlm jam 5-6ptg. Dia nanti bawa kayu yg di ikat ngan plastik beg dua2 belah n dia boh tin kosong ikat kat kaki bgi bising mcm mulut dia. kadang2 dia ketuk tin kosong bgi bising.

darah59 said...

Ya ka..Ish tak ingat sungguh la..mungkin malam ni boleh mimpi dia kut....

Anonymous said...

Assalamualaikum.... Mazlee sini.. Aku ucapkan terima kasih pasai ada member yg tau aku dok intai Darah59 ni. Aku ceritakan sikit sinilah sebagai sinopsis.. Pagi lepas hantar anak dara aku p sekolah, aku sampai office buka darah59, tgk comment member, pas tu gelak sorang2 dan start kerja..Balik kerja selesai buat apa patut, mlm buka lagi, intai lagi...
Bila baca cerita2 dalam darah59 ni, memang kita teringat masa kita muda2 dulu tapi pasai Ah Teik tu minta maap byk2 ler.. aku rasa aku tak ingat langsung.. pasai Meh Tunjang, Bisu stesyen teksi dan Darai Malau yang 2 aku ingat. Bisu steseyen teksi ingat sangat le pasai aruah bapa aku tu drebar teksi..
Bila Jan Darus cerita (Kat Koden) pasai kawan2 yang senang lenang dan tak menoleh belakang tu dan aku pun nak cerita sikit la pasai kawan2 lama... dulu yang dok support aku DZ la, makan, minum rokok, dia balik kerja terus mai Jitra, aku siap tunggu dah.. aku, Pa'at, Zan Manggol, Lid Tok Pa Li Bakar ramai lagi lah... apa pun aku tak pernah lupa kebaikan DZ..tq..
Madud.. aku nak cerita sikit sini.. Kisah di KL ler, Bukit Bintang.. aku disana dulu petang2 p la cari Madud di Bkt Bintang dok tgk dia tiup kaca, dua tiga jam lepas tu, dia nanti sound jom p makan... KFC ler, semua dia belanja, langsung tak pernah bersungut..aku harap Madud ni ingat lagi semua tu...
Aku dengan Koden ni pernah kerja di dua tempat yang sama. 1 kat USM dan satu lagi kat Maybank.. dari dulu sampai la ni dok kelolo mcm tu jugak. aku rasa dialah diantara member kita yg menghangatkan lagi blog ini. dan pada KT hang habaq mai la nama hang sapa, dok sembunyi buat apa..
dan sekali lagi tahniah buat Dz kerana blog ni buat ramai lagi kawan2 yang dok mengintai dan dok gelak sorang2..mcm aku.....
so.. setakat ini dulu buat masa ni.. utk Fazie jgn lupa cari sapa yang nak cari tu...
salam.

glassman said...

Aku belanja orang makan? betoi kaa?

Anonymous said...

Lebih kurang hang KODEN? Ya, ya, betoi, hang lebih aku kurang, hahahahahhahah

EKtuali kan, aku dah komen tadi, tapi bila kita klik kat "PUBLISH YOUR COMMENT" tetiba line putuih! lupa plak nak save text kita, langsung kena laa type semula. Tapi tak serupa dah dengan komen asal. Mungkin ALLAH Taala tak suka komen tu kot?

OK ni komen yang berlainan sikit dengan sedikit isi komen yg terpadam tu, kisah jual kambing kena langgark. hehehehe, Si Bisu laa, mai kat aku. Dia tarik aku, dengan cara dia, "jom! jom!" aku pun ikut laa. Rupa2nya ada kambing baru kena langgark dah. Dah mampoih pun. DIa kata bley juai kat hinoooo. SO, angkut laa kambing letak ataih blakang gerek bawa pi batu 13 1/2, jln changloon.
kami juai kat hinooo estet. hehehehe Bisu ni pun kira baik jugak ngan aku.

sekian saja.

PS: eh ada skit lagi, mazlee, betoi kaa aku dok blanja hang? aku lupa langsung aih, yang aku ingat cerita peserta ratu cantik yang mandi bunga, hehehehehe long time no see you bro. Pak Ard pun, aku pernah call masa aku lawat pak menakan aku di `spital alork stark, tapi dia tak bley mai ari tu.

end.