Tuesday, February 17, 2009

HANG DIAM

Salam...

Betui apa yang Koden kata tu..Memang dia hantaq SMS tanya bila aku nak balik KL. Aku pung jawablah maybe early march ni aku ada kat KL. Definitely aku tanya pasai apa, mungkin ada apa hal penting ke apa ka? Dia jawab balik, Rindu...hehehehe. Aku pun senyum je lah..hahahaha.

Sapa jugak lah Guest yang masuk shout dan suruh Dik D belanja tu? Tak dak nama ka depa ni? Susah sungguh nak boh nama depa. Memang patut pun lah kalau Dik D nak buat kenduri kat kawan2, sebab dia dah senang la nie. Bukan senang lah, dah mewah..Alphard ada, dual purpose Kawasaki ada, siap pakai drebar lagi aku dengaq la nie dan yg terbaru aku dengaq dia beli rumah berharga 500k kat SP. Macam mana aku tau? Dia lah bagi tau aku dan aku tengok sendiri pung ada gak. Kan Dik D kang? Betul, betul, betul.... Ini bukan mengata, ini cerita benar. Aku salute kat dia kerana dapat menaikkan taraf diri dia. KUDOS...

Gambaq ni aku ambik using camera laptop, kat OldTown KopiTiam kat SP hari jumaat yg lalu. Jumpa dia punya pasai lah aku tak jadi balik Pg hari u..Sembang sampai kul 2:45am. Dari KopiTiam sambung ke kedai mamak..Maqbul...Disinilah aku dengaq cerita tu semua. Dia belanja aku. Yang dahsyat tu bila dia call aku sebelum keluaq jumpa dia tu, suruh bawa laptop aku. Nak dok kat tempat ada Wifi so that dia boleh surf blog 59ers. Computer savvy, sungguh pikiaq aku..
Telepon dia pung leh access Wifi gak..Maju kawang aku nie..

Anyway, aku ada satu pesanan untuk Dik D.."Dik D! Hang dok diam...jgn komen apa2"...hahahaha.

Dua tiga cerita dah keluaq dalam blog ni tentang musibah kawan2, apa salahnya kita tengok kawan kita yang berjaya pulak? Kan kan kan???...Betul betul betul!

Ok settle dengan promo kepada "ADUN to be"...oooppsss..Sorry tersilap..Backspace button rosak, nak kensel tak leh..

Terdengar al-kisah tentang pertemuan kita semua di Kelab Golf DarulAman tempoh hari..
KONONNYA: Bila ramai sangat gang "FORM" maka gang "TINGKATAN" tak rasa selesa dan menghindar diri dari hadir...walaupun ada yang dah siap nak datang tetapi selepas mendapat panggilan telepon dari yang telah hadir, terus KENSEL...

Hello??? Hello??? Last sekali aku sebut aku ni dari Form atau Tingkatan adalah 33 tahun yang lalu..33 tahun..Bukan nya sat...Lama... Masih nak kena mengasingkan diri ke. Masih nak kena cerita pasai kelas kita ke? Kalau tak silap aku(MAJOR decision maker utk majlis), majlis ni kita buat untuk bertemu kembali dengan kawan2, sahabat handai yang membesar sekali ngan kita, yg sama2 kena rotan ngan kita, yg sama2 dok sorak bila pasukan bolasepak SMJ main, yg lama kita tinggalkan...Mungkin dulu di sekolah kita tak pernah sembang, tapi muka mesti kita biasa tengok punya...apa salahnya kita guna masa yang tak banyak dah untuk kita semua ni, untuk mengeratkan lagi sillaturrahim sesama insan..

Sudah lah...!! Hentikan lah...! Berpuak puak ni semua tak dak seronoknya langsung..Meluat betui aku....


WASSALAM..

4 comments:

Anonymous said...

UNTUK DIK DEE!!!...

KALAU DAH SENANAG LA NII..IKUTLA...NASIHAT ABANG OWN KITA..JANGAN LUPA ZAKAT N JANGAN LUPA SEDEKAH .. KAWAN2 MINTA BELANJA HAI SETAKAT TEH TARIK TEPI JALAN PUN BOLEH KUT...BAGI LA RESPON...JANGAN DENGAR YANG SENSASI BAGHU NAK BERSUARA..AJAK BELANJA TERUS DIAM..MASA L CAL PUN DOK KAT JAKARTA..JANGAN DOK BUKA CAWANGAN LAIN PULAK...SATU LAGI..BILA TERDENGAK CERITA BARU.. FAHAM N DEFINE BETUL2..HAI DEEEE...TUU LA BUKA CAWANGAN TERLEBIH SANGAT..

Anonymous said...

ikut nasihat kaa ikut sunnah? heheheh

Anonymous said...

tengok gambark pun ada gaya muka orang kaya2. kena blajark jalan macam Ajis Sattar ,, tarik sluark naik sampai paras dada.. pastu jalan hanggok2... lepas tu,, bila duit dah banyak.. tabork2 saja kat orang ramai.. atau orang sorang2.... hehehehe

Anonymous said...

aku tengok gambark dekdi ni, nampak berisi skit dari time last kita jumpa di Kelab Shah Alam tu. Lama gak dah tu kan. tahniah la atas kejayaan hangpa semua.