Salam semua...
Panas..panas..tajuk yg di perbincangkan. Best tu..Klu kat kedai kopi siap dah 2/3 round ayaq kopi sebab dah semakin rancak. Harap jgn hentak meja dah le. Melambung habis segala cawan sebab meja kat kedai kopi kebanyakkannya plastik...
Seperti yang aku nyatakan lah, tahun ni aku akan selalu masukkan kisah2 semasa lah, supaya kita boleh pakat berbincang sesama kita dan bertukar2 pendapat sesama kita. Kan!!!!!
Kisah katak lompat kat Perak pun dah jadi besaq la nie. Sekoq lompat kesana dan katanya banyak lagi yg nak lompat kesini. Biaq betui kan! Kita ni dengaq je lah. Tapi..apa pendapat hangpa berkenaan perkara ni ha? Is it fair kepada orang yg mengundi dia dulu? Same goes to whichever side yg depa lompat lah kan.
Kisah bolasepak Malaysia ni nampaknya tak habis2 di perkatakan apabila pasukan negara kalah. Grow up lah. Aku rasa cam depa ni tak dak hala tuju langsung lah. Bukannya baru punya cerita ni. Pi mai pi mai dok cerita benda yang sama. Pi mai pi mai dok salahkan pemegang jawatan yang sama. Pi mai pi mai depa ni sajalah yang dok kena marah, dok kena buang kerja. Sekali ni yang kena cantas adalah Sathia ngan Soh Chin Aun...Soh Chin Aun?
"Managing Malaysia is not like managing Manchester United. I did it for the love of the game. I played at the highest level for Malaysia but if this is what it is meant to be, I accept," kata Chin Aun. Dia ni yang sebenaqnya ganti Khairi je. Bila politician masuk dalam organisasi ini lah jadinya. Aku rasa depa lebih sibuk nak jaga jawatan depa dari pasukan negara.
Team Kedah pun dengaq habaq dah jadi haru biru jugak. Kacau lah camni. Atau memang betui orang kata bila tak dak foreigners je, hancus Kedah ni...Any comments?
Walau camanapun aku rasa gang2 kita ni bertuah jugak sebab kita sempat melalui zaman kegemilangan bolasepak Malaysia. Kita sempat tengok Aruah Mokhtar, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Isa Bakar, Arumugam dan ramai lagi pemain yg dahsyat2 masa tu. Cuma yg muda2 la nie bila sembang pasai bola je depa cakap pasai MU, Arsenal, Liverpool, Chelsea and so on.. Patriotik hilang bila wira2 terpilih kecundang..
Pasukan Bolasepak Kebangsaan yang berjaya ke Olimpik tahun 1972..Aku ingat lagi tengok 1st match depa lawan Germany..0-3 kena. Pastu depa main ngan USA. Menang 3-0. Last sekali depa kena ratah ngan Morocco..6-0. Punyalah setia aku ni ngan team kita dulu...
Players dok sign bola untuk disepakkan pada penonton semasa pre Olimpik menentang Korea Selatan. Depa menang..2-1
Team kat atas ni lah yang terakhir berjaya pi Olimpik..Tup tup kerajaan pulak boycott Moscow..so depa ni tak jadi pi lah. Bila sukan pun di politiciseka..camnilah jadi nya.
Team ni yang last sekali menang gold dalam SEA games untuk Malaysia. Lepas tu kita asyik kecundang je..
Ok lah gua chow dulu..Semalam tunggu punya tunggu kata nak gi teh tarik ngan Koden dan kengkawan, tak jadi akhirnya...
4 comments:
Zaman Moktat & the geng dulu main bola memang depa main sungguh2 macam nak pi perang betoi. Main bola tu macam ketagih candu bagi depa tu. Depa tu kalau tengok peha besaq dan badan tegap ,bak kata kalau kena rempuh susah nak jatuh ,kalau jatuh cepat2 bangun tak la macam pemain Malaysia sekarang ni,peha cekeding kena rempuh sikit punya la liat nak bangun.Menyampah aku.Pemain bola sekarang ni tau nak kahwin ngan artis saja itu pasal la kurang fokus,betoi tak DZ, bila DZ siarkan gambaq lama bola sepak tu teringat aku masa menjadi permain bola dulu !!!!????
...yaaa
zaman dulu depa main bola...butul2 punya main bola. la nih depa main duit. hampeh betui.
...pasai apa hampeh? aku tengok gaya majoriti pemain mcm taik...lihat saja lopeh dep score gol. tunjuk gaya 'gay' pung ada.
nasihat aku toksah pi la tengok. buang masa dan buang duit saja. lebih baik tengok budak sekolah rendah main lagi syok apa...macam kita main kat sats dulu. sikit punya syok botoi kawang sampai masuk gol. anyway aku pong hampir dapat main kat stadium merdeka tapi...hampiaq saja.
la ni main bola golek bole la. apa depa panggi bowwlinggg
bola dan politik paTUt di pisahkan, dulu dah buat dah.. pastu tak jadi plak.. kata tak mau org politik pegang jawatan, kerabat2 raja2 pun jgan pegang jawatan sama, bagi bekas2 pemain saja pegang jawatan, baru laa boleh naik balik
Bola di Perak la ni lagi bagus.Sepak masuk gol sendiri.Belot!
Post a Comment