Tuesday, January 13, 2009

PERANG


Assalamualaikum wbrt...

Dah masuk 13 hari kita masuk ke tahun 2009. Ramai yang berpendapat bahawa kita akan mengalami kemerosotan ekonomi yang agak serius dalam suku tahun pertama 2009. Memang dah dok merasa dah pun dari last year lagi dah. Pas tu kita ni kena jadi Chameleon lah kan? Blend dengan keadaan sekeliling. Kurangkan perbelanjaan yang tak perlu, pendek kata kena bajet betui2 lah kan. Takut tergelinciaq je..Apatah lagi yang ada anak dok bersekolah, mai tahun baru ni macam2 yang nak kena beli. Pakaian saja pun dah makan ratusan RM tak kira keperluan lain lagi.
Yang dok Pusat Pengajian Tinggi pung serupa gak lah kan? Belanja, belanja dan belanja...

Kita sambut tahun baru dok pikiaq camana anak nak pi sekolah, sapa nak jaga lepas dia balik sekolah, ekonomi merosot, kena jaga perbelanjaan dan sebagainya...

Tetapi orang2 di Semenanjung Gaza sambut tahun baru dok pikiaq samada sempat ka nak tengok matahari keesokkan hari, samaada selamat ka anak2 depa, samaada rumah depa akan ranap di bom oleh Israel ka?

Well...Kita ni kena bersyukur lah kan?Cerita kisah Israel ngan Palestin ni dah lama sangat dah kita dok dengaq kan? Tak habis2. Dari kecik sampai ke tua dok dengaq kisah depa bercakaq.

Aku rasa kejadian yang terbaru ni adalah salah Hamas. Aku bukan pro Israel dan aku jugak tak pro ngan tindakan dia tu..Tapi aku rasa they had it coming. Hamas ni dah tau depa ni serba kekurangan dalam peralatan perang ni. Depa tau sangat2. Tapi sat2 depa dok tembak missile pi sebelah Israel. Sat2 depa tembak pi. Lama2 mamat tu pun tak tahan dok kena cucuk sikit2, rimas agaknya lalu depa kata jom kita pi luku depa ni. Ajaq depa sikit suruh dok diam2...

Tapi bila dah jadi perang ni casualty dia memang lah tak leh nak nafikan, banyak yang tak berdosa yang menerima padahnya...

Here we are, protesting sana sini. Apa dapat? Israel tak endah pung...Cuma yang nampak kelainan nya la nie adalah sokongan atau pun kebencian terhadap tindakan yang diambik Israel tu rasa aku bertambah la nie...Rata2 ada saja protes. Chavez, terus halau Duta Israel dari negara dia.

Kalau ramai yang dah benci ngan dia dan kalau tak bendung betui2 silap silap boleh jadi Perang Dunia III dak? Maka masa tu barulah ada akai....

WASSALAM

Mailah kita sama2 doa lah untuk depa tukaq perangai depa tu. Kalau nak derma pun silalah..

Klu ada yang lama tak jumpa dan berhutang ngan kawan2, elok2 lah kita jumpa dan mohon ampun dan maaf...Klu dah meletup, jumpa di Pdg Ma'syar je lah...

No comments: