Monday, September 8, 2008

Hampa atau Hangpa...

Pemandangan dari tingkap kapai , bila kapai dok keliling angkasa nak turun di Bayan Lepas sehari sebelum posa....
Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Apa habaq la hampa semua cik oi..Lama lah aku rasa aku tak berkeliaran kut alam siber ni. Apa nak buat..streamyx went down the drain. Now dah naik mencanak balik dah.

Posa selalu nya, 2 minggu pertama pada aku tu rasalah kemeriahan nya..pas tu dah jadi macam normal balik. Dah dok sibuk bershopping lah masa tu untuk anak2, famili yang lain dan sebagainyalah.

Bila anak2 dah besaq ni senang cikit. Ajak depa pi shopping ngan kita pun bukannya depa mau dah. Bagi duit, hampa pi sendiri beli lah apa yang hampa hendak, apa yang hampa berkenan. Aku pun dah huloq duit kat anak2 aku dan suruh depa pi cari sendiri lah .. Yang risau nya bila mai hari Raya hang tengok depa dok pakai benda yang lama jugak...Duit tu mana pi? Hahaha..biaq pi ke depalah.

Jit dan angkatan lain yang anak kecik2 lagi tentulah dok sibuk untuk membeli belah. (Nyoq selalunya lepaih kita beli kita belah lah no..) Tak lupa juga angkatan yang dapat pangkat Datuk dan Nenek, Tok dan Wan dsb. tentu sekali sibuk dok bersiap anak menantu nak balik mai especially cucu tu laah yang di tunggu. Anak tu dah tak kisah sangat.

ok lah gang semua..jampok2 lah sama. Aku sakit kepala lah hari ni. Tak leh nak celoteh panjang.

Satu persoalan aku nak tanya semua orang yang baca. Aku guna perkataan "hampa" . Tapi ramai jugak yang aku tengok guna "hangpa". Yang mana satu betui ha? Umpq dah separuh abad dah...Walaupun perkataan ni digunakan sebelah utara saja, tapi aku nak betuikan dgn "hampa" semua lah...Bagi idea sikit, atau aku buat polls...Apa yang betui.."HAMPA" atau "HANGPA"

5 comments:

ain said...

Assalamualaikum
Terima kasih banyak masukkan posting tu Dz…”Hampa” atau “ Hangpa” yang betui ikut Kamus Dewan ialah “Hangpa” (org DBP mestilah rujuk kamus Dewan kan) mungkin kita dok dengar orang sebut bunyi macam “Hampa”…tapi dari segi tulisan ialah “Hangpa”. Kalau guna “Hampa” bagi org yg bukan org kedah bila baca perkataan Hampa mungkin boleh keliru sikit la… nanti depa dok ingat makna dia kecewa, gagal or sia-sia…Apa pun kita semua org kedah tak kisah guna yg mana pun…

khalifah said...
This comment has been removed by the author.
darah59 said...

Tq Ain..Memang sah dah la kalu camtu sebab ikut DBP..

MINA said...

betui betui ... hangpa adalah ejaan yang betui ...

darah59 said...

Mina..Selamat Hari Raya..Tak balik Kedah ke?