Saturday, June 21, 2008

AGENDA POLITIK

Sebenaqnya aku kena buat cerita ni selepas perjumpaan kami hari tu kat Shah Alam, tapi hampa tau sajalah, lanie asyik lupa saja...

Dik Di ada dapat satu SMS dari salah seorang sahabat kita lah jugak berkenaan dengan perhimpunan ini yang mengejutkan aku jugak. SMS tu meminta agar kita jangan membabitkan isu politik UMNO dalam perhimpunan nanti. Aku heran lah jugak, sebab sejak dok buat perjumpaan yang sebegini rupa, tak pernahlah pulak aku dengaq sapa sapa yang dok berkempen atau sesiapa yang dok mengutuk parti politik mana mana pun.

Walau camanapun, sapa sapa yang nak bercakap pasai politik ka, ugama ka, apa ka, kita tak leh nak halang. Kalau ada sapa2 yang nak sponsor majlis hari tu, walaupun dia seorang ahli politik ka, atau orang yang baru nak berjinak ngan politik ka, selagi dia ada kena mengena ngan sekolah kita dulu, aku rasa tak salah kalau kita terima. Kalau Pak Lah ka, Khairy Jamaluddin ka, Anwar Ibrahim ka nak sponsor, apa salahnya..Kalau Tun kata nak sponsor aku terus pi jumpa dia dan ambik duit tu...hahahaha.

Bila sahabat ni kata tak mau agenda UMNO dimasukkan dalam majlis itu, aku nak tanya lah jugak. Agenda parti lain ok ke? PKR ke, PAS ke atau mungkin DAP, boleh ke?

Aku mungkin nak gunakan platform ni untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Amacam? Ada penyokong ke? Parti baru..59ers namanya...Hahahahahaaa..........

4 comments:

kamal said...

sallam
aku tak kisah lah sapa yg nak sponsor ahli politikus, jutawan tapi hasrat aku, semua yang aku hantar sms datang, tak kan kita nak harap sponsor saja... aku ingat colletion per head RM 35 memadai untuk kita buat gathering tu ..... TAPI kalau depa betul2 nak sponsor ALHAMDULILLAH...

darah59 said...

Betui sangatlah tu. Aku pung setuju sangat. Tak dak lagi ke yang confirm? Aku rasa dah elok kalau kita nak pi berkira ngan kelab dalam minggu depan ke.

Anonymous said...

Assallamualaikum,
Syok tengok Kamal komen n tepat sekali apa yg d katakan. Elok la nak mula apa2 pun. Dah kompom betoi2 tempat kita nak buat Perhimpunan ni?
Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

sapa yang dok rajin tulih dalam blog ni yang dari tengganu kite tu. koden aku kenai tapi yg sorang ni sapadia?

hanin hashim (hanihas - nama sulit)