Aku terima sebuah email daripada En Aziz Md Nor. Aku nak share gak ngan gang semua..Tapi aku rasa lebih baik aku masukkan kedalam forum tu kerana apa yang diperkatakan oleh Jit is open to discussion. Cos, definitely aku tak leh nak buat decision sorang diri. Kalau hampa dah rasa ok dan reti nak masuk komen dalam forum silakan lah. Kalau sekiranya masih was was, tanya lah aku. Tak reti reti lagi ka?
Aku ada sms TA tanya habaq dia dan inilah jawapan dia.
"Aku, alhamdulillah sihat. TQ tambah gemok, hg tengok tak teringin. Aku la ssh hati tp mkn lalu"
Lega jugak dengaq dia camtu. Recoveringlah tu.
Lupa nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu ibu di dunia ni.
Masa kita kecik kecik dulu, mana ada hari ibulah, bapalah, toklah, neneklah dan apa kejadah lagi. La nie semua dah terlampau commercialise. Bila ada hari ibu, ada sajalah Hotel hotel buat promotion itu dan ini. The best thing is banyak yang boleh terima kenyataan ni dan sambut dengan meriahnya. Perhabis duit dengan banyaknya.
Hari Ibu ni bukan tak dak baiknya, ada. Dia membuatkan kita mengingati jasa jasa ibu kita selama ni. Dia membuatkan kita sedar akan pengorbanan ibu kita. Dia menyedarkan kita bahawa ibu kita tak pernah minta a single terima kaseh pun dari kita bila dia bela kita dari kecik, menyusukan kita, jaga kita bila sakit dan pukui kita bila kita nakal. Kita take it for granted all this while. Tapi bila kita dah jadi ibu, barulah kita tau apa pengorbanan ibu tu yang sebenarnya. Apa yang ibu kita buat is basically out of sheer love. Nothing else. Thats how I feel with my kids. I dont have to wait for Fathers Day to feel it.
Anyway, masa ni lah towkay bunga buat duit. Macam Valentines Day jugaklah. Masa nilah hotel hotel sembelih untuk buffet. Tapi apa salahnya kalau setahun sekali. Tapi jugak apa salahnya kalau kita balik jumpa mak kita dan masak untuk depa dan sebagainya. Lebih feel camtu.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa, treasure them. Kalau depa nyanyok pun, jagalah depa. Jangan sekali kali dok hantaq pi rumah orang tua tua. Kesian depa. Kalau teroaksa hantaq apa boleh buat, tapi make sure u visit them always.
Kepada yang yatim piatu sekarang ni, well this is the time to cherish all the good times that u had with ur mom n dad. Hadiah lah doa kat depa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.
AMIN
No comments:
Post a Comment