Friday, May 30, 2008

KELAS DEWASA JLN SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Murid murid,

Hari ini cikgu akan mengajar cara cara unutk mendaftarkan diri murid murid sekelian ke dalam forum portal darah59, agar murid murid sekelian boleh berinteraksi dengan kawan kawan lain yang dah teruja dengan penggunaan forum.


Murid murid semua boleh klik ke gambar ini untuk membesarkannya. Bila mula mula buka forum beginilah rupa paras skrin anda. Klik kat tempat yang cikgu tandakan.

Skrin ini akan muncul. Teruskan klik tempat yang cikgu tanda...

Ikut arahan seperti yang tertera dalam gambar skrin diatas. Klik untuk membesarkannya.

Kalau murid2 sekelian ikut dengan betul arahan tadi, maka ini lah skrin yang akan terima selepas Submit.
Skrin ni memberitahu bahawa anda kena buka email yang anda masukkan tadi dan hidupkan akaun yang telah di cipta untuk anda. Dari email tu hampa semua boleh klik dan gunakan forum.

WASSALAM.....

Wednesday, May 28, 2008

JIT

Salam kawan kawan,

Apa habaq hampa semua..Harap sihat lah kut no. La nie kita semua dok sibuk sebab nak buat perjumpaan pada 5hb Julai ni di Jitra. Tempat yang dicadangkan adalah Kelab Darul Aman Jitra. Kemungkinan besaq kita buat ala ala BBQ gitu. Jadi, kalau boleh jangan lah dok tangguh lagi, segeralah buat tempahan tempat agar kita semua boleh bersama sama hari tu untuk bersembang dan sebagainya lah. Hahahaha.

Aku ada terima email dari Jit lagi, katanya dia tak setuju dan tak puas hati gambaq yang aku boh untuk id dia kat dalam forum tu. Katanya nampak misai saja. Jadi dia pun hantaq lah satu lagi gambaq dia. Aku teruja sangat ngan gambaq tu maka dia nak marah ka dak ka, aku nak boh kat sini bagi hampa semua tengok betapa hemsem nya JIT>>>

Wednesday, May 21, 2008

ROOM RATES

Salam semua...

Aku dah dapatkan room rates utk Kelab DarulAman Jitra. Ianya adalah seperti dibawah..

TYPE OF ROOM & RATE

Studio RM 125.00

Standard Suite RM 145.00

Deluxe Suite RM 185.00

Family Suite RM 225.00

Chalet Acasia (2 room) RM 185.00

Chalet Ixora (1 room) RM 225.00

Royal Palm II (1 room) RM 248.00

Hampa pikiaq lah camana. Klu need more info, let me know.

Sunday, May 18, 2008

MENU

Salam,

Aku dah dapat menu untuk BBQ by the pool side untuk venue Kelab Golf Darul Aman. Aku boh kat sini utk paparan semua. Tiap satu item tu pilih hanya satu. Harga nya 28++ satu kepala.

PROPOSED : CHEF RECOMMENDATION
PLEASE TICK TO INDICATE YOUR SELECTION

1. A COUNTRY STYLE BBQ CHICKEN
B BBQ AYAM SATE A’LA MALAYSIA
C GRILLED CHICKEN STEAK KAPITAN
2. A IKAN PANGGANG A’LA MALAYSIA
B PAN-GRILLED FISH FILLET WITH LEMON BUTTER SAUCE
C BUTTER GRILLED FISH FILLET WITH TARTARE SAUCE
3. A CHAR-GRILLED BLACK PEPPER RIBEYE STEAK
B GRILLED SIRLOIN STEAK A’LA FORRESTIERE
C CHAR-GRILLED GARLIC RIBEYE STEAK
4. A BBQ NEW ZEALAND LAMB CUTLETS
B BBQ NEW ZEALAND LAMB CUBE
C BBQ SHISH KEBAB OF LAMB
5. A PAN GRILLED STUFFED SOTONG BEREMPAH
B BBQ SOFT SHELL CRAB
C BBQ ASSAM KING PRAWN
6. A BBQ JUMBO CHICKEN SAUSAGES
B FRIED EGG SUNNY SIDE
C FRIED EGG OMELETTE
FARM FRESH VEGETABLES
7. A FRENCH FRIED POTATOES
B JACKET POTATOES & SOUR CREME
C MASHED POTATOES
8. A BAKED CAULIFLOWER AU GRATIN
B MALAYSIAN FRIED MIXED VEGETABLES
C SAUTED CABBAGES
THE SALAD BOWLS
9. A TOSSED EGG SALAD
B POTATOES AND PRAWN SALAD
C CHICKEN AND PASTA SALAD
10. A TOSSED SALAD & THOUSAND ISLAND DRESSING
B CRUNCHY COLESLAW
C SEAFOOD AND CORN SALAD
11. A GREEN PEPPER AND CROUTONS
B POTATOES AND EGG SALAD
C POTOTOES AND FRUITS SALAD
12. A MIXED BEANS SALAD
B CHEESE AND SAUSAGES SALAD
C TOMATO AND CUCUMBER
MALAYSIAN CUISINE
13. A CLASSIC FRIED RICE
B KAMPUNG FRIED RICE
C PINEAPPLE FRIED RICE
DESSERTS
14. A FRESH FRUITS TROPICANA
B FRUIT ROJAK
15. A KUIH MUIH
B CHOICE OF PUDDING
16. A ICE KACANG
B LENG CHEE KANG

REFRESHMENT

17. ICE COLD ORANGE SQUASH

ICE COLD WATER

MIN 50 PAX TO 100 PAX RM 28.00++

Saturday, May 17, 2008

ISU

Assalamuallaikum,

Aku stuju kalau hang tapeh2 benda2 yg bincang dgn kwn2. Tambah2 yg pompuan. Takut macam2 kesan sampingan la d katakan.
Kalau kawan yg sorang lagi tu jantan, hang kena jaga juga sbb kot2 nampak belang zebra ka, belang kelasi kapai ka or belang rimau ka.
Apa2 pun aku yakin yg hang memang layak jadi kepten kapai blog n forum ni n hang tau tang mana nak d jadikan punch line n yg mana nak d jadikan punch drink!!!!

OK la, Q nak guna internet d rumah aku dah berjela. Kena stop dah la.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Ha tudia ...Jangan jadi Punch Gunalan sudah. Macam yang aku dah katakan dalam posting sebelum ni lah tentang jaga kesopanan. Lagi satu kalau hampa mengata kat aku teruk aku boleh padamkan sesuka hati aku...Hahahaha..Bapak suka.

Actually aku nak ajak hampa diskus pasai gathering kita tu lah. Aku nak tunjuk kat hampa isu isu dia yang aku rasa kita perlu settlekan. Aku dah masukkan kat dalam forum lah, so that senang hampa nak relate atau nak tambah atau apa2 pun. The forum tu is open to everybody yang melayari blog ni. Tak semestinya kita nak maintain cakap tajuk tu saja, hampa sendiri boleh create tajuk lain lain yang hampa rasa kita boleh diskus. Tapi sekali lagi aku ingatkan yang memang aku akan jadi moderator. Maksudnya kalau ada yang pada pemikiran aku atau pandangan aku bahawa benda yang dikata tu tak elok, berupa hasutan, kutukan dan sebagainya maka keputusan terletak di tangan aku dan aku sahaja. Sebaranh rayuan tidak akan dilayan.

WASSALAM....

ps..Utk KOden..Listen to GOD SAVE THE QUEEN....

Friday, May 16, 2008

UNDANG2

Aku dapat call baru baru ni dari memba kita lah jugak. Dia call sebab dia kata dia dah register nama sendiri kat forum tu dan aku boleh buang nama dia yang aku register dulu. Jadi ok lah. Sembang pi sembang mai dia la ni dah seminggu kena jaga anak anak sebab bini dia pi Indonesia. Lepas dia cerita ni semua dia bagi warning kat aku agar jangan masuk dalam blog. Nanti memba kutuk dia kata. Tapi aku rasa itu satu usaha yang murni, bapa mithali lah katakan.

Actually dia ni orang yang kedua minta jangan dimasukkan dalam blog apa yang aku communicate ngan depa. Sorang lagi, Ta. Dia dah baca blog dan tengok aku masukkan segala sms kami berdua, jadi the last sms dia kat aku...adalah kami bincang benda yang personal sikit, dia kata jangan dok masuk dalam blog. Malu kat orang. Aku hormat apa yang dia minta jadi aku tak masukkan.

Aku syok betui bila hampa semua pakat dok masuk dalam forum, tapi hampa dok sembang topik yang lari dari tajuk. Bukan aku nak marah, tapi aku rasa ada yang teruja sangat bila dapat masuk forum tu dan aku happy for all of you.

Apa kata kita stick to what kita nak diskus dan kalau rasa ada topik yang nak dibincangkan, buka je topik baru. So that tak kelam kabut. Ini sebagai undang undang dalam forum tu. Tapi jangan cakap benda tak elok, aku akan delete kan. Tapi aku tau hampa semua memamng tak cakap benda benda tak elok tu.

For everybody's info, Mat Lazim pun dok follow blog ni, cuma dia kata dia tak mau nak komen dan boh apa2. Mungkin bila dah pakat participate dalam forum banyak, Mat Lazim pun akan masuk jugak eventually.

Wednesday, May 14, 2008

MURID MURID SEKELIAN

Assalamualaikum Sobat Sobat sekelian...

Oleh kerana ramai sangat yang dok tak berapa boleh nak masuk forum, maka disini aku cubalah buat setakat kemampuan aku, utk hampa semua ikut. Kalau tak leh jugak lagi, aku rasa memang benak lah hampa ni dengan IT...Hahahaha. Jgn mare...

Murid murid sekelian...dengar sini dan ikut apa yang cikgu nak ajar...Kalau rasa gambar skrin tu kecik dan tak nampak, double click kat gambaq skrin tu dia nanti jadi besaq.

1. Apabila murid murid semua masuk blog darah59, ...Klik pada Forum Perdana Majlis Perhimpunan 59ers + SMJians July 2008 yang terletak di sebelah atas kanan skrin.

2. Apabila dah klik murid murid akan dapat melihat skrin ini
Ikut seperti arahan yang bertulisan merah.

EasyCapture2A.JPG

3. Teruskan lagi dan murid murid akan berjumpa skrin sebegini.....

4. Boleh faham murid murid?...Bagus...Lepas klik tempat diatas akan terjumpa pulak skrin ni...

5. Bagus murid murid, klik lagi dan jumpa pulak yg ini....

EasyCapture5A.JPG
6.
Kalau dah boleh ikut sampai sini maka TAHNIAH...murid murid sekelian dah lulus dengan cemerlang. Maka boleh lah murid murid sekelian ambil bahagian dalam forum tersebut.

MAJLIS BULAN JULAI

Salam makhluk sekelian,

Aku baru kontek Ta, mula melalui SMS. Aku tanya dia apa dah jadi selepas aku suruh dia organise majlis tu, sebab dia tak habaq apa kat aku lasung lasung... Jawapan nya..."Aku setuju.Kmarin aku jumpa Kama ldan aku dh tanya kt Darulaman Rst. Pengurus tu nk cal aku balik ari ni"

Tu lah SMS dia. Aku cadangkan tarikh bulan Julai masa cuti sekolah aku kata kat dia, dia jawab balik dgn sombongnya, "Mana ada cuti sek bulan 7. Hg ank tak sek mana tau"..Maklumlah anak aku tak sekolah. Sedih aku.

Tarikh dia aku dah diskus ngan KOden dan aku masukkan dalam Forum. Nak tau, masuk forum.
Hahahaha.

PS..Ta bergelak ngan aku dalam fon. Aku seronok.

Tuesday, May 13, 2008

Al - Fatihah

Bismillahhirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Pagi ni, lebih kurang kul 9:15 aku menerima panggilan dari Kamal. Pada aku Kamal ni kalau tak dak pasai dia susah sikit nak call. Jadi aku memang expect the worse lah dari dia.

First word dia lepas bagi salam adalah....Hang ingat Azizan Taib dak? Aku tau dah apa yang jadi. Yang sebenaqnya aku ingat2 lupa kat aruah ni. Tapi nama tu aku tak lupa. Rupa dia aku tak ingat.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Hari Sabtu yang lalu, aku terima satu panggilan yang keluar private nombor. Call macam ni kadang kadang suspen nak jawab. Anyway bila aku jawab, Dess rupanya. Bini Luyen. Dia satu family on the way ke Ganu bersama sama ngan convoy gang2 UNITAR. Tau sajalah, Luyen kan dok buat projek kat sana.Nak jumpa aku on the way back nanti.

Petang tu depa stop by lah kat PAKA. We had a drink kat WAHABA KOPITIAM and depa belah sebab convoy depa tu dah terus ke Cherating untuk spent the night kat sana malam tu. Mulanya Din ngan Dess ingat nak gi K-ok malam tu kat Cerating, tetapi bila tengok gang UNITAR bawak mak pak depa semua, terus tak jadilah.

Hasaza sms aku semalam tanya camana nak masuk forum dan selepas aku sms balik ngan panjang lebaqnya, dia sms aku kata "dah masuk dah". Aku tanya balik.."Betui ke ni?"......"Kalau tak caya, bukalah tengok."
Lepas tu dengan angkuhnya dia kata..."Biasa lah kalau kapal terbang kita boleh repair ni setakat nak masuk forum, kacang, hahahaha", walau pun sebelum tu dia kata begini...."Saya baca tapi nak komen atau menjampuk macamana, nak clik tang mana,boleh panduan sikit"

Anyway...pheee weeet...to HASAZA.



Sunday, May 11, 2008

HARI IBU

Well well well...Koden has already got Nombor Cikgu yang paling cengeh dalam SATS masa tahun 70an.

Aku terima sebuah email daripada En Aziz Md Nor. Aku nak share gak ngan gang semua..Tapi aku rasa lebih baik aku masukkan kedalam forum tu kerana apa yang diperkatakan oleh Jit is open to discussion. Cos, definitely aku tak leh nak buat decision sorang diri. Kalau hampa dah rasa ok dan reti nak masuk komen dalam forum silakan lah. Kalau sekiranya masih was was, tanya lah aku. Tak reti reti lagi ka?

Aku ada sms TA tanya habaq dia dan inilah jawapan dia.

"Aku, alhamdulillah sihat. TQ tambah gemok, hg tengok tak teringin. Aku la ssh hati tp mkn lalu"

Lega jugak dengaq dia camtu. Recoveringlah tu.

Lupa nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu ibu di dunia ni.

Masa kita kecik kecik dulu, mana ada hari ibulah, bapalah, toklah, neneklah dan apa kejadah lagi. La nie semua dah terlampau commercialise. Bila ada hari ibu, ada sajalah Hotel hotel buat promotion itu dan ini. The best thing is banyak yang boleh terima kenyataan ni dan sambut dengan meriahnya. Perhabis duit dengan banyaknya.

Hari Ibu ni bukan tak dak baiknya, ada. Dia membuatkan kita mengingati jasa jasa ibu kita selama ni. Dia membuatkan kita sedar akan pengorbanan ibu kita. Dia menyedarkan kita bahawa ibu kita tak pernah minta a single terima kaseh pun dari kita bila dia bela kita dari kecik, menyusukan kita, jaga kita bila sakit dan pukui kita bila kita nakal. Kita take it for granted all this while. Tapi bila kita dah jadi ibu, barulah kita tau apa pengorbanan ibu tu yang sebenarnya. Apa yang ibu kita buat is basically out of sheer love. Nothing else. Thats how I feel with my kids. I dont have to wait for Fathers Day to feel it.

Anyway, masa ni lah towkay bunga buat duit. Macam Valentines Day jugaklah. Masa nilah hotel hotel sembelih untuk buffet. Tapi apa salahnya kalau setahun sekali. Tapi jugak apa salahnya kalau kita balik jumpa mak kita dan masak untuk depa dan sebagainya. Lebih feel camtu.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa, treasure them. Kalau depa nyanyok pun, jagalah depa. Jangan sekali kali dok hantaq pi rumah orang tua tua. Kesian depa. Kalau teroaksa hantaq apa boleh buat, tapi make sure u visit them always.

Kepada yang yatim piatu sekarang ni, well this is the time to cherish all the good times that u had with ur mom n dad. Hadiah lah doa kat depa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.

AMIN


Saturday, May 10, 2008

SCENARIO

Oi gang,

Definitely minggu depan aku dah siap totally kerja kerja aku. System aku pun dah stable dah. Boleh la balik lepas handover.

Ala.. aku bukan nya merajuk. Sajalah, sebab aku tengok hampa semua tak respon pun maka aku katalah. Mungkin hampa semua sibuk ngan kerja dan tugas masing masing. Tak kisah.

What has happen tu Gah? Long time no hear from her. Koden should know. Dia sihat lah I suppose. Ta punya cerita pun aku dah lama tak dengaq habaq. Dia pun aku harap sihat walafiat dan able to carry on as usual. Aku baru sms dia tak sat, tapi belum berjawab.

Aku teringin sangat nak jemput cikgu2 kita sekiranya gathering kita ni menjadidan tentu sekali akan mengembalikan kenangan kenangan lalu.... Tapi tak tau nak kata lah...sebab no moves has been made yet in order to realise the scenario. Hope we can work towards it soon...

Mc E

Assalamualaikum....

Mc E .... No talipon Mr. Inon mana?

Teruih diam saja. Sampai hati hang....

Sunday, May 4, 2008

SEJUK

Salam gang,

Macam P.Ramlee katalah, tunggu punya tunggu bulan tak kunjung tiba.
Apa nak buat, semua orang sibuk. Semua orang ada komitmen tersendiri. Aku paham dan aku terima dengan senang hati. Cuma bila ada kawan2 kata tiap kali dia masuk jengok, tak dak perubahan jadi aku rasa tersinggung lah sikit. Hehehee. Orang tua tua ni cepat jauh hati.

Walau camanapun aku rasa aku tak boleh lah nak buat benda ni sorang sorang dan aku memang memerlukan 4/5 pasang tangan lagi untuk tanggung tugas ni. Aku mula cadang nak lantik sendiri secara authocratic tapi memandangkan respon yang amat sejuk, maka tak jadilah aku.

Oklah, bila bila hampa rasa sesuai untuk nak muzakkarah, tinkle je lah...