Wednesday, March 5, 2008

Kubang Pasu

Assalamualaikum,

These last 2 weeks ni adalah hari hari yang paling sibuk bagi aku. Rasa macam 24 jam tu tak cukup. Bila hari dah gelap, kerja kerja nak kena hentikan, walhal masih banyak yang perlu di buat kat tapak kerja aku sekarang. Due date dah dekat. Tapi apakan daya bulan Februari tu tak panjang, dah campoq ngan Kong Hee Fatt Choy lagi maka tinggal lah lebih kurang 23 hari bekerja.
Nak tengok blog pun tak dak masa sampai lah Koden sms tanya blog address sebab puter dia dah kaput.

Aku rasa kawan2 pung banyak yang sibuk la ni apa lagi dekat ngan Pilihanraya Umum 8hb. ni, mungkin lah ada juga yang sibuk berkempen atau pun meluangkan masa mengikuti perkembangan terkini parti parti yang bertanding.

Musim berkempen ni, paling syok sekali adalah mengikuti kempen parti pembangkang, sebab depa akan berjanji nak buat apa yang pemerintah tak buat. Macam macam yang di janjikan tetapi tak taulah nak kata samaada depa boleh deliver ke dak kalau depa menang. Depa punya janji ni adalah sekiranya depa memerintah Malaysia, kalau takat menang 2/3 kerusi ni tak leh buat mende jugak. Tapi sanggupkah rakyat Malaysia ni bertukar kerajaan dari yang sediaada ni ke satu kerajaan yang totally baru? Yang kita tak tau lagi tahap kepimpinan depa. Tak tau lenggok depa. Tak tau tahap korupsi depa. Aku doubt sangat sangat.

Kebanyakkan kita ni dah suka dan selesa ngan kerajaan yang ada ni bukan apa, pasai tak banyak masaalah sangat. Kita ni selagi boleh makan, pakai, berjalan jalan kira ok lah tu. Cuma la ni rasa tak selamat lah ngan budak2 pasai ada org gila yang tak dapat di tangkap lagi yang suka pelari budak2 kan?

Aku ni bukan lah pro gomen atau pun anti gomen. Aku cuma tengok dan terima yang mana baik dan buanglah yang mana tak elok. Tapi aku memang suka kat Tun Mahathir. Although banyak cerita yang dia buat tak elok, tapi yang dia buat elok lagi banyak. Dan aku sedih sangat bila orang cuma cerita hak tak baik saja..Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali...Sebab yang sekali tu lah orang dok ingat. Ini tak adil...hahahaha. mulut orang nak buat camana, camtu jugak lah ngan aku pun, aku punya sukalah nak tulis apa kat blog aku ni kan..

Ni aku nak cerita sikit kisah kat Kubang Pasu ni. Punya lah banyak cakaq mencakaq di sana, mengalahkan kucing. Sama sama depa pun depa cakaq. Johari Baharum ni kalau dalam forum Mykmu tu depa panggil dia Jo derhaka sebab dia yang buat bagi Tun kalah dulu. Di Jitra ni rupanya ramai sangat yang tak suka ngan Jo. Aku pun tak tau lah pasai apa. Ada juga katanya Cina2 Jitra tak suka dia sebab apa yang dia buat kat Tun lah. Depa kata itu tangan dulu kasi lu makan pun lu mau gigit ka? Tala patut punya olang.

Orang2 yang dok ampu dia pun banyak yang lari pi ke Ad Man. Katanya ada satu malam tu depa pi buat ceramah ka kempen ka aku pun tak pasti kat Kg Naga. Lepaih Jo minta diri untuk nak pi ke tempat lain, gang yang mai ngan dia ni dok tunggu lagi dan sembang ngan orang2 kampung tu. Elok Jo belah gang gang dia bawa keluaq buku, cerita kisah Jo. Cerita yang tak baik punya lah. Macam buku dalil gitu...Sama sama gang lah tu..

Baru ni pulak ada meeting kat pejabat UMNO, Jo sudah hentam Din Hj Ahmad Setiausaha Bhgn. sampai terkeluaq ayaq mata hamba Allah tu. Reason dia pasai Din ni dok tolong arrange Saad Man jumpa ngan pengundi2 dia. Sama sama Barisan tu...

Ad Man punya cerita lagi best. Langau langau dia ni dok pi cerita kat orang ramai kata Pak Lah dah bisik kat depa katanya nak bagi Ad Man ni jadi Menteri Besar. Kus...Tok Det depa nak pi boh tang mana. Cerita kisah dia tinggai bini tua dia gantung tak bertali lah, cerita dia ni kaki pompuan lah, cerita dia guna duit haram untuk laboq kat Jitra lah dan macam macam lagi. Dia ni pun tak leh pandang kat Jo. Paling terbaru dan sensasi sekali ialah PAS dah pi ambik bini Ad Man utk berucap atas pentas. Bini dia siap kutuk Ad Man sambil menangis nangis atas pentas tu. Dahsyat juga strategi PAS.

Datuk Zaini punya cerita ni aku kurang dengaq. Tapi harap harap semua OK lah kut.Kalau hampa rasa nak baca pasai politik di Kedah hampa rajin rajin lah masuk 2 blog yang aku terjumpa.
1. www.depakata.blogspot.com
2. www.dengaqhabaq.blogspot.com

Menarik juga cerita dalam blog ni.

So, aku harap hampa buatlah pilihan yang betui.Aku kena balik Penang undi. Aku masih mengundi di kawasan Parlimen Pmtg Pauh sebab dulu masa aku kerja kat Kulim aku dok di B'worth, kat Jln Baru Prai. Sampai la ni pun tak tukar lagi. Wan Azizah atau bekas imam Mesjid negara?

Kalau Kak Wan ni nak maintain terus tak pa jugak tapi katanya dia nak bagi kat Anwar nanti bila laki dia habis edah dia. Aku tak suka kat Anwar la ni lah. Dia ni hipokrit lah pada aku. This is just my personal opinion ok? Dia berjanji perkara yang dia pun tak leh buat masa dia dok dalam gomen dulu. Dia berjanji ni semua sekiranya dia jadi PM. Dia nak jadi PM saja sebenaqnya. Betuilah orang kata dia ni "A man with many faces". Depan Hindu dia support gila gila. Dulu kat Penang ngan Kg Jawa dia buat apa? Macamtu jugak lah ngan bangsa lain. All he wants is the PM's chair. semua orang tak betui. Semua orang tak reti kerja pada dia. Uni Malaya pun dia kata kerajaan lantik Prof yang tak bagus. Dia kata nak lantik Cina jaga Uni la ni.Hang tau pasai apa? Pasai audience dia banyak Cina..Kepala keretapi warna merah..PIIIrah...

Oklah aku chow dulu.Dah emotional sikit bila aku cakap pasai Anwar Al Jub ni...

WASSALAM.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dz n para kawan2 pengundi. Sebnaqnya aku hari2 jengok kt blog ni tapi xdan nk tulih apa pun. Rindu jugak nk dngaq brita dari hang atau koden atau awek2 yg lain tu. Dz, spatutnya hang bagi blogsite kedah politics tu dah lama, bleh kami tau apa yg berlaku dtmpat tanah lahir kita tu. Tapi x pa, bsok bleh baca lagi blog tu sblum buat kputusan. Tq for giving the blog address.

Actually mcm smua org dMalaysia, kita naik meluat dgn prangai YB kita dari ruling party yg sperti hang kata tu atau YB Perlis yg tak tau org kata pi, hang nak mai jugak. Yg lain di KL + Selangor pun banyak mcm tu asyik pentingkan periuk nasi depa dan kuncu2 depa saja.. yg tak syoknya they get away with it with our tax money and worse still get rewarded to be elected again for this PRU12. Pak Lah kata nak calon org bersih tapi tak kotakan janji dia.. nak pangkah parti, kita ada 2 choice saja.. jadi pikiaq habih2 no.. nak stability ke atau nak ajaq YB2 lintah darat yg ada la ni?

Selamat Mengundi!!

Salam dari McE.

Anonymous said...

salam..
betooi la zamri..onestly l quit fr politic in k pasu pun psaii tak suka kat johari bahrom.taklak butuii punya olang..pelojek olang klu pi minta tolong sama dia..sure dia sapu punya..dia menang dolu pun pasai olang pilih..itu tikert balisan laa.. sudah tak lak olang lain ka..itu hj zaini pulak ada sikit taiming..klu dia rasa nak cakap okla.. tapi bila kita tegok atau helo sama dia kalang2 ok kalang2 muluat ga..
hampa2 yang pandai2 tuu..hampa balik la..pi cuba nasib n ganti yg kita dah tak mau tuu..geng2 kita pun bukan lekeh2..klu l sebut dalam ni tperanjattt juga nanti.. zambri yg hang murtad dok pi masuk kat p pauh tuu ..hang cari apa disana..tempat hang sendiri la ni duk lecah lagi..mai la kita peghelok balik..angkat geng..