Tuesday, March 11, 2008
JANJI MANIS MU
Aku jadi interested ni bukan pasai apa, cuma dulu kita dok dengaq je Kelantan lah, pastu T'ganu lah...La ni kena kat negeri yang attached to me. Y?
Okay..Lahir dan bersekolah di Kedah. Kampong kira Kedah lah. Mak bapak ada kat Kedah. Dok menetap di Penang. Kerja dan base kat Selangoq la ni. Semua negeri ni bawah Barisan Alternatif. Tu yang buat aku teruja la ni. Jadi aku tiap hari korek sana sini untuk cari Info, bila aku tak sibuk lah.
Hari ni lepaih angkat sumpah saja, Guan Eng teruih buat statement segala saman parking dan saman hawkers sebelum 11hb. dimansuhkan. Lega jugak aku. Pas tu dia kata lagi semua tender Kerajaan Negeri akan di buat secara terbuka, tak dak nego nego dah. Tak yah lah dok kena kenai orang baru nak dapat tender.
Lagi satu dia kata semua Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang akan dilantik oleh rakyat. Maksudnya tak dak perlantikan oleh gomen macam dulu lagi. Org Penang akan undi untuk Ahli Majlis depa. Ini adalah satu cadangan yang baik.
Tengah dok menulis ni aku dapat SMS dari Koden...
BERITA TERKINI: Hrga minyak telah mula d turunkn sbanyak 35% d Kedah n P.Pinang. Bmula dgn minyak cap kapak n minyak tok awang loceng...
Tadi aku dok sembang ngan Mak aku thru fon lah, dia dok seronok jugak sebab Hasil Pintu di Kedah dah di turunkan selepas dinaikkan 100% masa jadi Bandaraya dulu.
Sembang lagi dia bawak keluaq lagi cerita pasai tadika Kemas yang dikatakan PAS suroh hentikan. Yang sebenaqnya Tok Det Kalid yang suruh tutup pasai tu hak UMNO katanya.
Cerita paling best aku dapat dari mak aku ialah Datuk Mahathir Khalid ni katanya kawin ngan Noraniza Idris. Hampa boleh kompom tak?
Pak saudara aku yang dok kat USJ tapi balik mengundi di Aloq Setaq celebrate gila... Dia ni memang staunch supporter PAS dari dulu dan aku selalu cucuk dia pasai politik masa time Mahathir dulu. Tapi time Pak Lah ni aku support dia lah pulak. Siap dia suruh anak penakan aku kutip bendera PAS dia nak bawa balik KL..
Setakat ni lah dulu kut. Aku syok jugak Ain jampok hari ni. Lama tak dengaq habaq pasai dia. Gah pung lama tak bersuara. Tak dak dalam negara kut.
WASSALAM
1 comment:
-
-
Assallamualaikum,
Memang tepat kata Ain n memang indah ungkapan Ain. Tak sia-sia la DBP bagi jawatan kat dia. Kan?
Amboi Mak Tom masih dok ikut perkembangan gosip semasa. Hebat n canggih lagi Mak Tom. Betoi tak betoi depa menikah 7-8 orang pun dah tak penting. La ni depa kena tengok la pasai apa orang bagi undi meluat ni.
Sebab nikah ramai ka?
Sebab duit terlampau banyak ka?
Sebab dok bagi kontrek kat suku sakat saja ka?
Sebab Hishamuddin hunus keris ka?
Yang penting ialah kehidupan d Kedah mesti d teruskan. Kalau boleh lebih dinamik. Dah sokong dlm PRU, sokong la depa buat kerja dalam 5 tahun depa perintah.
Masa Barisan Nasional perintah, Barisan Panasonic tak sabotaj apa2 pun. So bila Barisan Panasonic perintah, Barisan Nasional jgn la jadi macam budak2, dok merajuk tang tu n tarik balik tang ni.
Cuba kita tengok ayam, lepaih dia mengeliat n kelepiaq-kelepiaq, bulu dia nampak berselerak. Kan? Tapi sat saja. Lepaih tu, bulu tu settle balik n ayam tu pun nampak segak semula n selesa meneruskan norma hidup dia.
Fikir2 lah.
Wssllam.
CIOW.
KODEN - March 14, 2008 at 9:40 AM
Amboi rancaknya…teringin pulak nk nyampuk. I dok baca komen2 u all, well ada pandangan yg I agree and some I don’t..itu hak masing2kan..apa2 pun ini merupakan cambahan idea yg bagus! Pendek kata kita semua dah selesai mengundi whatever the outcome kita semua kenalah terima with open mind, open heart and open eyes juga barangkali! PRU kali ni I rasa…most of us rasa juga there’s a lesson to be learnt, tak kira la UMNO ke PKR ke etc..and it’ also about change! Hope there will be positive changes. Dan juga now masa untuk depa untuk fullfill all the promises! Lastly ada pepatah…” In life, what sometimes appear to be the end is really a new beginning” . salam utk semua,- Ain