LAMA SUNGGUH NO?
Assalamualaikum...
Memang lama sungguh aku tak berkeinginan langsung nak menulih di sini... Tak tau pasai apa tapi rasa segan sangat2.. Camana ka, hari ni dapat "wahyu" suruh tulih..Sat gi ada plak yang komplen pakai perkataan nih, aaaggghhh, biaq pi lah..aku suka..
Mola sekali bila kawan2 dah ramai yang berjinak ngan FB maka blog memblog ni dah jadi cam "ancient" plak. Tapi aku salut/tabik kat kawan2 lanie yang dah menyahut cabaran masa dengan mendalami ilmu komunikasi secara virtual ni. Masa dulu2, susah sangat nak tengok memba2 participate dalam internet ni..payah la, tak tau la, macam2 alasan. Tapi lanie tak dak pilihan dah sebab kalau tak ambik tau maka ketinggalan lah jawabnya.
Tahun 2012 ni, aku berhijrah ke Terengganu sat. Ada offer untuk cari makan sikit sesambil dapat mengeratkan lagi sillaturrahim ngan memba2 kat Paka Terengganu ni, maka aku pun apa lagi "GRAB". Lepaih Raya Haji actually aku dah sampai kemari. Nak mai sini pun nak kena perbaharu paspot pulak..Paspot OGSP. Maksudnya Oil and Gas Safety Pasport, baru boleh buat kerja kat sini. Sehari punya kursus yang amat mengantuk dan lepas tu ada peperiksaan lagi utntuk menyatakan yang hang paham apa yang depa dok "bok bek" dari pagi sampai petang kat NIOSH Bangi tu.
So, lanie aku kat Paka... Sebuah pekan yang dipenuhi ngan Kilang kilang pemerosesan bermacam benda yang terdapat dalam minyak yang Petronas dok gali keluaq mai tu..Yang buat Gas dan macam2 lagilah..Berlambak lambak kilang tu kat sini.
Sara hidup disini..aduss..tinggi bro. Makang mahai deh.. Kebanyakkan orang yang bermastautin disini cari makan dengan Petronas, jadi...aku pun tak paham camana boleh jadi gitu. Yang tak mampu kenalah masak makan dirumah, lebih sedap dan murah...
Bapak aku sakit teruk hari tu, masuk spital. Aku berulang balik ke Aloq Staq tiap2 minggu.. Khamis malam naik Air Asia dari Kuala Terengganu 9:20mlm, sampai LCCT 10:20mlm. Lepak rumah Zaqwan kat Nilai, kul 5 pagi pi LCCT, ambik tiket ke Aloq Staq 7:00 pagi. Sampai 8:00 pagi. Teruih pi Spital, ganti orang yang tunggu malam..Tunggu kat Spital. Sabtu malam terbang ke LCCT. Esok pagi kul 7:00, terbang ke KT. Balik Paka..kerja..Fuuhhh letih gila..
Tapi lanie alhamdulillah bapak aku dah sihat. Ada kat rumah dah..Boleh berjalan ngan elok..Nak kata 100% tu dak lah tapi much much better. Thanks to Fazie ngan Ta yang pi melawat bapak aku semasa ketidaan aku disana. Ta juga biasa jemput aku ngan adik aku kat airport..Thank you so much..
Last Saturday, 28hb April, aku balik Penang menghadirkan diri di Kenduri Nazri Zakaria yang menyambut menantu yang kedua. Aku ngan Koden dh janji nak sampai pukul 12th sebab pastu nak pi Aloq Staq pulak ada lagi satu kenduri. Janji dlm FB nak jumpa ramai2 kat Bertam tak kesampaian..Yang ada aku ngan Koden n Malik abang Koden. Hak lain tak sampai2 sehingga kami berundur diri. Well kita boleh plan saja kan?
BFF - Best Friend Forever...Kah kah kah..Term orang muda2 tuh..
Anyway hari yang bersejarah tu, di KL depa dok sebuk cara lain padahal kami dok sebuk sebab lepas makan nasik depa hidang murtabak, pastu ada popia pastu ada buboq, pendek kata panjang cerita rasa cam tak mau bangkit dah..Kalau tak dak kenduri anak penakan aku hari tu haruih aku ngan Koden dok sampai semua gang2 lain sampai....
LATEST NEWS :
TARIKH : 25HB MEI 2012
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
PERHIMPUNAN 59ERS YANG BERSIH.
SILA PAKAI BAJU YANG BERKOLAR DAN NO SANDAL OR FLIP FLOPS.
SELANJUTNYA : KONTEK KODEN ATAU AKU.
WASSALAM..