Sunday, April 25, 2010

BN MENANG


Salam...

Tahniah Kamal...Kamalanathan daa..Satgi takut Kamal heran pasai apa aku ucap tahniah kat dia pulak. Walau camanapun, kita tunggu lah nak dengaq apa pulak yang akan pihak yang kalah ni nak persalahkan. Selalunya ada saja tangan2 ghaib yang buatkan bagi sesuatu keputusan tidak menyebelahi depa...Hahahaha...

Jangan marah bro dan sis...tapi dah terlalu "NORMAL" sangat berita2 sebegini. Kalah dlm court, depa kata hakim tak leh pakai atau kerajaan masuk campoq, kalah dlm pilihanraya kecik depa nanti kata ada pengundi hantu dan sebagainya lah...Wake up guys..give me some other reasoning. Apa saja yang memihak dep baru depa OK...Politik lah katakan..

Habis dah satu bab di Hulu Selangoq. SIBU pulak katanya. Tapi cuba hampa renung tengok pelan pelan..Banyak kebaikannya bila ada pilihanraya kecik nih. Jalan berlubang dapat dibaiki dengan segera, macam mee maggi...Tak dak api bertahun2(sekolah tamil) dapat api dalam masa seminggu. Aku ni dulu kerja kompeni jual api ni, tak tau pulak ada lagi rakyat yang tak dak api..Kesian. Aku ingatkan dah lama menyala semuanya..Serupa lah pemerintah lama ngan baru.. Jangan silap, aku bukan nak minta bagi ramai wakil rakyat mati cepat supaya diadakan by election..cuma sekadar berseloroh...Wakakakaka...

Jenuh gah lah besok dalam paper..Menang punya pasai..Frontpage...

WASSALAM

Thursday, April 22, 2010

KUCING, SARAWAK

Salam...

Dari Miri hari tu aku dah terbang ke Kucing. Aku ni yang sebenaqnya, 1st time sampai ke Sarawak...Maka complete lah Malaysia ni aku dh sampai...

Waterfront Sarawak ni kan ada macam2 cenderahati dan barang2 kraftangan kat situ, maka aku pun apa lagi teruja sangatlah..

Sepanjang jalan kat kaki lima situ penoh ngan orang berniaga kek lapis dan gambir Sarawak. Nama jalan tu pun Jln Gambir, pasai tu lah gamaknya gambir di jual dengan banyak sekali..Depa kata gambir ni ubat sakit gigi...betui ka?

Aku berkenan sehelai baju kat situ, ingat nak beli kat SNQ, tapi tengok saiz XXL ngan XL je yang ada..Aku pun tanya..dia dah jawab "SIK ADA"..Terpinga pinga gak aku...Pastu baru dia cakap maksudnya "tiada". Ok ..dah belajaq satu perkataan...

Malam tu, kawan mai ambik bawak makan kat rumah dia dan berceritalah samapai kul 10 camtu, pastu kami balik hotel. Lepak kat Merdeka Palace kejap, sebab ada terjumpa memba main muzik kat situ...Budak Loq Staq plak tu, Zali yg main keyboard ngan IKLIM dulu pun ada situ..Zali ni dh lama aku kenal dah..Lepak lah ngan depa dengaq muzik...




Keesokkan hari, Boss Jabatan Ukoq mai hotel ajak pi breakfast. Dia ni close ngan memba aku nih. In the end driver dia bawa kami pi beli kek lapis ngan terubuk masin.




Yang bestnya pasai dia ada bermacam2 perasa, so depa potong semua sample dan serve kat situ, supaya hampa boleh rasa dan beli je yg mana best. I ketul kek RM10 je. Siap packing punyalah solid..
Itulah sahaja berita dari Sarawak..Hingga bertemu lagi...

Sat sangat aku dok kat sana, tak dan nak tengok perabis..Next week aku lama kat Miri, mungkin boleh lompat pi Kucing..Katanya klu travel ngan bas mengambil masa 14jam dari Miri ke Kucing...kematu pungkoq kan? Air bus aku ada..below RM50 boleh sampai Kucing in 1hr ++.

WASSALAM...

Sunday, April 18, 2010

SAVE TAPI BAHAYA...

Salam...

Kalau tak silap akulah, lampu "incandescent" yang kita dok pakai selama ini(yg kluar cahaya oren tu, pakai tungsten), akan ditamatkan khidmat dia di Malaysia sebabnya, dia ni makan karan.

Bila cerita makan karan banyak ni, kluaq lah satu jenis lampu yang dikatakan menjimatkan kuasa tetapi mengeluarkan cahaya yan terang benderang, spt lampu di bawah.


Tapi apa yang depa lupa cerita ialah lampu ni amat bahaya sekali kalau dia pecah. Hampa bacalah ....Klu tak reti bahasa omputih, cari kamus...hehehehe...

Warning from the British Ministry of Health about Energy Saving bulbs

These type of bulbs which are called Energy Saving or low Energy bulbs, if it is broken it causes serious danger! As much that everybody will have to leave the room for at least 15 minutes.
Because it contains Mercury (poisonous) which cause migraine, disorientation, imbalances and different other health problems when inhaled.
And many people with allergies, causes them severe skin condition and other diseases just by touching this substance or inhaling it.
Also the ministry warned by NOT cleaning the debris of the broken bulb with the vacuum cleaner, because it would spread the contamination to other rooms in the house while using the vacuum cleaner again.
It must be cleaned through normal broom or brush and be kept in a sealed bag and thrown right away from the house in the bin for hazardous materials.

Notice: Mercury is dangerous, more poisonous than lead or arsenic!!!!

Renung renungkan lah....

WASSALAM

Saturday, April 17, 2010

MIRI INTERNATIONAL JAZZ FESTIVAL 2010

Assalamualaikum...

Aku akan ada kat MIRI dari 28/4 sampai 30/5. Ada gak sahabat kata nak mai join aku tengok Jazz Fest nanti..Kalu gang teh tarik kat KL tu semua mai kan ke best..Pakat2 kena teh sambil menikmati irama Jazz..Hahahaha..

Aku harap sangat lah sahabat aku sekoq ni jadi mai. Kemungkinan besaq dia nanti ajak gak gang2 lain tu..Kalu tak cukup tambang, hampa pujuk je dia, insyaallah dia bantu. Dia ni tak kedekut..hahahaha.

Aku pun heran gak pasai apa Festival yang diadakan di MIri, Sarawak, Malaysia, tapi tak dak pulak performer dari Malaysia..Tsk tsk tsk...ini tidak adil. Masa kat Penang dulu ada gak Adibah Noor perform dan ternyata mendapat sambutan yang amat hebat dari penonton yang terdiri dari berbagai bangsa dan kaum...Heran wan no....










MIRI International Jazz Festival 2010
@
THE PAVILLION, PARK CITY EVERLY HOTEL,
MIRI SARAWAK
Programme
Friday, May 14th
Time Music in the Pavilion

7.00 - 8.00 pm Mellow Motif - Thailand

8.15 - 9.15 pm Jeremy Tordjman Project - Switzerland

9.30 - 10.30 pm Norbert Susemihl's New Orleans All Star - Germany/USA/Denmark

10.45 - 11.45 pm Michael Shrieve's Spellbinder - USA

Saturday, May 15th
Time Music in the Pavilion

7.00 - 8.00 pm SimakDialogue - Indonesia

8.15 - 9.15 pm Amina Figarova Sextet - Holland

9.30 - 10.30 pm Ricardo Hertz - Brazil

10.45 - 11.45 pm James Cotton Blues Band - USA
11.45 - 12.00 am Finale

Monday, April 12, 2010

HORMAT...

Salam ...

Wahai sahabat2 ku semua..Untuk pengetahuan semua, mai bulan Oktober ni aku akan mencecah 51 tahun(umoq) menghuni dunia ni. Lama sungguh..Separuh abad orang kata.

Dari kecik dok bertelanjang bogel, lari sana lari sini bila mak aku pelekoh aku suruh mandi. Masa tu kami dok kat Bagan Dalam, Butterworth. Mai besaq sikit, dah pandai rasa malu kalau bertelanjang. Bila disuruh mandi, dah tak berlari telanjang lagi dah, tapi masih memberontak sebab tak puas lagi nak main ngan memba2 semua. Tu belum bersekolah lagi. Bila masuk sekolah apatah lagi, dah pandai malu dan segan. Tambahan pulak masa Std 1, pertama kali seumoq hidup berjumpa kawan dalam jumlah yang ramai(aku tak masuk tadika). Pelbagai bangsa dan agama dan juga terdapat classmate pompuan...Adus, selama ni aku berinteraksi ngan pompuan cuma sepupu aku je. Masa tu aku anak mak sorang...Kekok tapi sifat "ingin tahu" tu semakin hari semakin bertambah. Sifat malu dah menebal. Segan...macam2 ada.

Semakin membesar, sifat hormat menghormati ditanamkan dalam diri aku. Bila tengok orang tua2 je, dah segan, dah rasa kekok. Mesti hormat. Sebab depa tua dari aku, sebab depa kawan bapak aku, sebab depa kawan tokwan aku dan sebagainyalah. Aku cuba mengelak selalunya. Segan. Tak tau apa nak cakap. Paling sangat depa nak tanya...Std berapa? Sekolah mana? Periksa dapat nombor berapa? Walau pun tu adalah soalan standard dan aku ada jawapannya, tapi aku rasa cam segan silu..Hormat yang amat sangat. Tengok depa nampak cool je..Satu hari nanti aku nak jadi cam depa..

Hari yang aku nantikan tu mai pelan pelan..50 tahun aku mengharungi dunia ni, baru sampai tahap gang2 tokwan aku dulu. La ni dah sampai dah. Hormat pada yang lebih tua tak pernah lekang. Hormat menghormati sesama kawan2 tetap menebal. Tambahan lagi la nie kita dah sampai tahap dimana anak2 kita dah dewasa. Ada yang dah menikah, beranak pinak, dah berkeluarga..Yang ni pun aku amat menghormati juga. Tak salah kita hormat orang kalau kita nak orang hormati kita.

Ni masanya mungkin ada antara kita yang dok hambat cucu depa yang bertelanjang suruh mandi. Tapi kalau dah samapai anak atau cucu pulak yang hambat kita suruh mandi, dan kita dok bertelanjang bulat berlari, maka sah dah nyanyok maka complete lah satu puitaran kehidupan apabila dari kecik jadi tua dan lepas tu jadi perangai budak2 balik.

Aku rasa kita dah sampai era memaafkan yang salah, merenung segala kemungkaran kita, memberi nasihat dan petunjuk pada golongan yang lebih muda dan bukan lagi masanya untuk kita menelanjangkan segala kemungkaran atau keikhlafan sesama insan di khalayak ramai, apatah lagi di laman "darah59"ni, dimana anak serta cucu cicit kita ada yang menjenguk. Apa kata mereka sekiranya melihat pertelingkahan sesama kita keatas perkara atau kejadian yang hanya diketahui oleh 2 individu yang terbabit mungkin 20/30 tahun yang lalu...? Daripada orang yang tak tahu menahu, dah jadi sebuah cerita yang memalukan kepada generasi yang jauh lebih muda dari kita yan tua bangka ni. Perlukah kita berkokok supaya semua orang tahu akan cerita yang tak sepatutnya disebarkan..Topik yang telah dibincangkan sekian lama dulu tetiba muncul kembali dengan lebih "ZEST" dan tanpa selindung langsung dengan kain basahan atau sebagainya. "KLEAR" sungguh...Telanjang bogel..BULAT...Adus..malu aku sebagai moderator @ penghulu laman ni.

Let bygones be bygones. Gunalah SMS ke, fon ke, YM ke, facebook ke atau apa saja lah modus operandinya, tapi jangan sekali2 gunakan blog ni..

Yang paham apa yang aku cuba nak terangkan...ambik iktibar.

Anyway...aku melawat MIRI pada 29 - 31 Mac..adalah gambaq2 yang aku nak share ngan hangpa semua..

Aku ambik dari rumah api yang berbentuk kuda laut kat MIRI. ak ingat dah apa nama tempat tu. Kamera fon je, tak lah cun sangat...

Ni dia "Rumah Api" tu..Cantik kan?

Seafood restoran punya pintu yang diukir ngan kayu jati..Fuuhhh seni tu...
Pemandangan dari restoran..

Aku dapatlah tempat untuk para artis aku yang nak buat lakaran potret ngan karikatur kat BINTANG PLAZA, MIRI...30Apr - 29Mei...Jumpa disana..disana..

31hb aku terbang ke Kucing. 8 pagi flight, kul 6 dah kena check out dan tuju ke Airport..Nasib baik disini kul 6am dah terang benderang..








Sunday, April 11, 2010

COOOOLLLL...

Salam...

Tergerak hati aku untuk update blog ni banyak kali sangat2. Tapi tiap kali aku taip 2/3 line aku jadi cam hilang mood. Tak tau lah nak buat camana. Men 'O' Pause kut..

Walau bagaimanapun posting yang last tu aku tunggu penjelasan, jadi aku pun tunggu punya tunggu, sampai lah jadi satu keadaan dimana mulut2 yang "jelabaih" ni dah mula bawak keluaq kata2 yang kurang enak didengaq. Tapi bagi aku, hangpa nak mengata ka, nak memuji ka, mengutuk ka, tolong dapatkan fakta2 yang betui dan tepat. Maka hendaknya janganlah ada iri hati antara kita.

Untuk Makluman (jawapan kepada komen "Anony mouse"), Honda Accord tu betui dah, tapi balik ngan bas dan di bayaq tambang tu meleset. Cerita naik bas ni memang terjadi, tapi pelakun dia orang lain bukan Shah Rukh Koden...Hahahaha..

Aku ni bukan nak defend sapa2, tapi bila mai masa yang kita ni sibuk teramat, maka dia jadi letih nak melayan komputer ni. Aku pun serupa lah camtu, mai boring je, dah jadi cam "BLOCK".

29hb March aku terbang ke Miri ngan memba aku. Kawan aku ni ex Liason Officer ngan Jabatan Ukoq (JUPEM), jadi dia konteklah kawan2 dia kat Miri utk take us round. 2 mlm kat Miri, 1 malam kat Kuching...28th April ni aku nak pi lagi dan stay sana 1 bulan, sampai 30 Mei.. Jumpa aku di BINTANG MALL..Miri...

Koden ada hantaq email untuk disebarkan...

Salam semua bro/sis of Darah59,
Rata2 selama ni kita amat terbuka dalam komen-mengkomen, sakat-menyakat serta usik-mengusik. Tahniah semua amat terbuka dan sporting bila kena n mengena.
Terpanggil aku untuk menulis dgn panjang lebar ni setelah aku baca komen2 yg tersiar d tajuk terkini pada blog Darah59. Nada yg sinis, nyakat n kutuk tu.., insyaALLAH aku ok saja. Tapi nampak gaya ada yg bernada serious melontarkan fitnah yg mengguris hati.
Aku nekad memilih tajuk ni semata2 utk meluruskan beberapa kenyataan yg terpesong. Kenyataan yg mempunyai tujuan tidak baik. Apa yg lebih menyedihkan kenyataan ni adalah FITNAH!!!
Adalah menjadi hak semua bro/sis Darah59 utk mencoret rasahati selagi ianya sehaluan dgn bincang2 n ukhwah Darah59. Maka adalah hak juga kepada bro/sis yg sekadar nak baca tapi memilih utk menyepi. Adalah hak bro/sis utk menampilkan nama bila membuat komen. Adalah hak juga jika kita memilih utk berselindung d belakang nama "ANONYMOUS". Hari ni aku menulis atas dasar "HAK AKU UTK MEMBELA DIRI" yg telah d FITNAH n dAIBKAN. Aku menulis kerana aku yakin yg mana2 hukum alam mau pun hukum tuhan pun tidak memberi hak kpd sesiapa sekalipun utk menfitnah sesama insan. Apa yg amat menyedihkan ialah rata2 semua wargaDarah59 ni aku dah anggap sebagai my bro/sis. N it's my bro/sis that shoot me in the back!
Atas dasar hak aku utk memajukan diri n memperbaiki taraf hidup keluarga, aku semakin sibuk lantas terkikis lah masa utk melayari/komit dgn blog Darah59. Adakah ini satu kesalahan? Anehnya, ramai lagi bro/sis yg sibuk n ambil "cuti" dari berinteraksi d Darah59 tapi tak dcemuh dan dfitnah macam yg aku kena.
Mungkin isu berkaitan ALUMRA yg memberi lesen utk aku d ganyah, which i think is ok n fair, But does it warrant for it to b push to the level of fitnah? Tu pun bila d lihat dari satu sudut. Tapi ada juga sudut yg memberikan hak utk menyimpan semua makluman ALUMRA strickly for me.
Utk makluman bro/sis sekalian, aku djemput utk menyertai kumpulan penggerak ALUMRA atas kapasiti "Zainuddin bin Idrus". Aku memilih utk memaklumkan kpd Darah59 atas dasar mutual respect. Tapi hari ini terbukti yg the respect is not mutual. So adalah hak aku utk revisit my intention n decide on my direction.
Aku amat terguris apabila aku baca komen 1 "anonymous" yg mengatakan tambang bas aku balik ke function Darah59 pun dbiayai. Sedangkan aku hanya balik 2X utk function d utara. Yg pertama aku balik dgn Dz manakala yg kedua aku balik dgn famili.Walau bagaimanapun, jika bro/sis ni ada bukti yg aku dbiayai, silalah buktikan sbb memang kita sama2 mempunyai hak utk membukti n dbukti demi kebenaran yg lantas akan menjaga maruah n harga diri.
Utk 2 org bro yg aku n Jit cadangkan namanya kpada ALUMRA, insyaALLAH akan aku langsaikan "hutang penjelasan" d forum yg lain.
Setiap individu berhak kpd banyak hal. Berhak bersuara n menyatakan pendapat. Berhak memajukan diri dlm apa bentuk sekali pun. Berhak berdiam diri. Berhak membela diri. Pemberi hutang berhak utk menuntut hutang. Berhak utk menghalalkan hutang yg tak mau dibayar. Berhak utk memaafkan.
Apa yg kita TIDAK BERHAK ialah berdendam n menfitnah. Apatah lagi sesama bro/sis. Atas kesedaran ini, aku bersuara n tak mau berdendam. Dan aku sedia memaafkan bro/sis yg fitnah aku. Tapi adalah lebih afdhal jika aku dpt bersalaman dgn org yg nak aku maafkan. Oleh itu, aku meminta bro/sis yg sedang berselindung d belakang title "Anonymous" utk contect aku at 012-3168555 so that we can put this episod behind us.
Aku kurang pasti tapi aku tau yg dosa fitnah ni memang lebih besar dari dosa berzina ke dosa membunuh tah. Apa2 pun, besar lah dosa tu n aku tak sanggup tengok bro/sis aku masuk kubur dgn dosa menfitnah aku.
PIkiaq2 la.
Wassallam.
KODEN

WASSALAM Semua