Saturday, February 27, 2010

UJIAN

1- Cari huruf C. Jgn guna cursor lebih afdal

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- Kalu dah jumpa C, cari pulak No.6

99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
69999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999
99999999999999999999999999999999999999999999999

3 - La ni hampa cari huruf N plak..Kali ni susah sikit..

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Ini bukanlah melawak atau joke apa ka..Tapi kalu hampa dah pass kesemua tiga persoalan tu tanpa bantuan cursor, mengikut tuan empunya soalan, hampa semua boleh kansel je appointment dengan neurologist hampa. Sebabnya...otak masih boleh dipakai lagi dan masih jauh lagi untuk dapat penyakit Alzheimer...

Tetapi kalu hampa fail..elok lah pi check senyap2. Mai penyakit nanti..cucah...


Oh. Satu fakta lagi..tapi kena cakap omputih baru best...


SENIOR CITIZENS
ARE THE NATION'S LEADING CARRIERS OF AIDS!



HEARING AIDS

BAND AIDS

ROLL AIDS

WALKING AIDS

MEDICAL AIDS

GOVERNMENT AIDS

MOST OF ALL,

MONETARY AID TO THEIR KIDS!


Not forgetting HIV (Hair is Vanishing)

Ada orang hantaq email kat aku yang sebenaqnya..aku tempek je lah boh kat sini..

SYAITAN

Salam...

Dari semalam bila aku dengaq berita kisah Syafiah Humairah yang di tendang dan di pijak oleh boyfren mak dia tu aku dah bara habis dah. Memang "ANAKHARAM" sungguh mangkuk tu. Manusia ka apa ka dia tu? METRO ada melapurkan. Ada pulak orang yang boleh dok tengok saja je. Walaupun si anakharam jadah tu menghalang depa dari masuk campoq, tapi memandangkan yang dia dok tendang tu adalah budak yang berusia 3 tahun, ramai2 patut pi tarik lah dia. Ikat kat pokok, cari sarang kerengga, boh dalam seluaq dalam. Pas tu panggil polis.

Awat lah boleh ada manusia sebegini dalam masyarakat kita ni ha? Apa dah nak jadi ni? Adakah Allah sengaja bagi dugaan pada masyarakat sekeliling untuk mengambil tindakan? Wallahualam. Aku bukan nak mempertikaikan kematian Syafiah, aku tau ajal maut memang dah termaktub...tapi...aku pun tak tau apa nak kata..SEDIH... Aku harap2 sangat lah CBAzmi buat sesuatu... Kalau boleh boh sarang kerengga kat dia dalam lokap pun ok gak.. Lawak je.. Tapi kalau sunguh pun apa salah nya...

Tengahari tadi aku pi Batu Ferringgi. Bawak artis2 yang dengan aku tu untuk cuba2 dekati pelancung kat sana. Tukaq suasana sikit. Lagi pun la nie Mat ngan Minah Salleh ramai betui kat Penang. Mungkin kebanyakkan tempat depa sejuk teramat sangat kut.. Anyway, lepas makan, aku pun balik. Mata pun dah berat dok terlentok dah bila fon aku bunyi.. Ibnu Saman sudah call. Rupanya dia cari Kamal ngan Mazlee tak berjawab panggilannya. Dia pun dah ingat depa ni semua dok "menegheloh" dah. Aku cuba call Mazlee...rupanya kawan kita ada klas hari ni..

Aku dok dengaq habaq kata Guan Eng cancel perarakan Maulidur Rasul kat Penang dan Kelantan jugak ikut serta. Tapi kemarin kat Penang berlangsung ngan meriah nya. Gabenor ada. Guan Eng pung ada...
Hampa jangan ingat bolasepak je ada Liga.

Patut2nya 12hb Mac, cuti sekolah ni akan diadakan Pesta Layang2 di Laguna Merbok Sungai Petani. Tapi nampak gaya program tu dah ditukarkan ke Mini Stadium Pendang disebakan mendapat bantahan dari penduduk di Laguna Merbok. Tarikh nya pulak dari 20hb sampai 28hb Mac. Budak2 artis aku ni tergedik sikit bila depa dengaq festival2 ni semua..Seronok nak cari makan..Tapi tak tau lah nak kata samada orang Pendang sanggup spend ke utk art?

WASSALAM

Thursday, February 25, 2010

MINYAK

Salam...

Bila dok keluaq habaq angin kata petrol nak naik harga, banyak lagi cerita2 yang mengiringi nya. Antara yang paling heboh adalah kisah kononnya kita nak kena "swipe"kan Mykad kita bila nak beli minyak. Pasai apa? Untuk menghindarkan rakyat asing dari membeli minyak kita. Di sini yang aku nampak rakyat asing adalah Singaporean Kiasu ngan Siam je lah or maybe sebelah Sabah / Sarawak ada gak masuk Indon n Phillipines?

Walau bagaimanapun, aku memang tak setuju ngan cadangan pakai Mykad. Pertama, aku rasa menyusahkan. Kedua, ia akan membuatkan seseorang "kaya" untuk supply peralatan yang nak baca Mykad tu. Ketiga, aku rasa kos untuk supply Mykad reader tu mungkin akan lebih mahai lagi dari minyak yang dijual kepada orang luaq kan?

Dolu dolu masa minyak di Siam murah, ramai yang dok sebelah utara tanahair yang dok terpa pi seberang untuk boh minyak...sekali ngan buang minyak sama...hahahaha. Hari ni terbaca dalam NST, katanya plan yang aku sebut kat atas tu mungkin akan di skrapkan. Alhamdulillah...Bila dah mai nak beli barang dalam negara sendiri pun nak kena buktikan kita ni rakyatnya, aku rasa dah berat tu..

FAIL...

Salam...

Aku tak kering gusi tengok klip ni yang sebenaqnya...hehehehahahah



Sempoi kan?

HALO...

Salam...

Tak sangka pulak cerita kisah nak organise bowling je dah jadi cam family trip pulak kan? Saj je cucuk2 kisah Danok tu, tapi nampak gaya mengena gak...hahahaha..

Mat Saman ada gak tegoq suruh kita divert pi Pulau Langkawi, idea yang baguih gak tu. CBAzmi dah bunyi jugak bahawasanya apabila dah dekat sangat kalau tak langkau pi pun tak best gak..Betul tu Tuan..Setuju sangat..Apa kata kita pakat2 join dan buat rombongan Che Kiah pi Danok? Nanti bila dah jadi betui2 barulah aku akan panjangkan jemputan pada gang2 Mat ngan Azmi...Gang yang "TAK" berlagak lagi akan jemput semua nanti...ahahahahaha..

Dapat plak satu berita hari ni bahawasanya sindiran aku mengenai salah seorang sahabat kita dalam blog ni telah menyebabkan dia di minta penjelasan oleh superior nya...Ampun maaf ku pinta. Tiada niat langsung untk menyinggung atau menyusahkan, cuma sindiran sahabat... Sorry lah boss...

MSG ni aku dapat dari Attaturk tadi..actually ni dah yang kedua. Aku masukkan jemputan tu disini....
Jemputan kenduri kawin anak saudara Saadiah(0123037987) pada 20.3.10(Sat).
Venue : Dewan Kelab Laguna Merbok Sg Petani.

Tahniah aku nak ucapkan pada Dude dimana artikelnya telah disiarkan dalam Malay Mail. Sakan mamat ni..Cuma dia tak reti nak korek hidden skill dia tu..But its never too late..Life is short..CONGRATS BRO...

Aku nak ucapkan takziah kepada keluarga Teng Wen Yan yang cuba untuk selamatkan adiknya dari rumah yang terbakaq, malangnya dia serta adiknya terkorban. Wen Yan yang menyedari adiknya masih terperangkap dalam rumah mereka yang sedang terbakar telah berpatah balik utk cuba selamatkan adiknya..Sifat macam ni bukan senang nak cari..

Ikut paper kata Jalan Kodiang..kat mana ha? Ada sapa2 tahu? Berita selanjutnya DISINI.

Aku rasa mungkin minggu depan aku terbang ke KL sat..Kena teh tarik ngan depa semua...

WASSALAM

Sunday, February 21, 2010

SALAM SEMUA

Salammmm...

Kita akan cuba dapatkan itinery yang terbaik sekiranya jadi kita buat sebelah Utara...Family affair punya cerita lah.

Untuk yang tanya kisah border pas lah apa bala semua ni, mungkin ada kawan2 yang boleh bagi penerangan dalam komen? Tak semestinya kita terpaksa cross border kan? Itu atas kehendak ramai lah..

Tapi kalu boleh buat grup tour ke seberang sana pung not a bad idea..kan? kan? kan?

WASSALAM

Saturday, February 20, 2010

DANOK






Salam....

Amboiii...bila mai umoq camni langsung tak leh nak cerita pasai Danok. Rambut beruban la, lutut sakit la dan macam2 lagi.. Tak kisah lah tu kan..Tiap posting mesti ada yang suka dan ada yang tak suka dan ada gak yang saja nak mengacau...hehehehehe. Aku langsung tak kisah. Nak mengata ka apa ka, aku nak jugak ajak buat kat Danok. Sapa yang rasa nak buat maksiat, hampa buat lah, aku tak dak kuasa nak menahan. Kalau takat maksiat tu tak yah pi Danok pun boleh.

Tapi kalau bagi tau sapa yang bercakap lagi lah buat pahala. Ni jenih dok cakap boh anonymous je..alah tak rugged la camtu..Hahahaha.Kadang2 terpikiaq jugak betapa singkatnya pemikiran seseorang.

Jum jum jum pi Danok...makan sedap, shopping pun best, bowling pun sedap. Pas letih bowling boleh buat refleksologi ke, massage ke...hahahahaha

Bapak Sukaaaa...

WASSALAM

GADUH KE

Salam...

Aku pun tak tau apa nak bercerita la nie. Banyak sangat yang dok jadi dalam Malaysia nih. Berkelahi sama sendiri la, bertumbuk, bertikam, bertembak dsb. Tapi yang syoknya aku tengok kekalutan yangterjadi dalam Glassmansays tu amat memilukan hati.

Yang aku terkezut tu apabila ada orang yang tak leh terima kritikan. Kena sikit je nak melenting. Aku bukannya nak masuk sebelah mana2, tapi aku rasa kalau orang nak keluarkan pendapat, jawab je laj dengan cara yang elok. Tak perlu nak tanya ada tauliah apa untuk nak komen. Hampeh. Serupa tokay blog ngan "artist" tu kononnya. Anyway, biaq lah. Sekadar pendapat aku gak selepas aku tengok banyak kutu dok shout dan juga bila terjumpa gang depa pakat dok tanya. Aku rasa aku kenai Budak Ahmad Tajuddin tu...Gaban tu ngan Belakang Pisau hmmmm...siapa yah...

Cita pasai bowling ni..aku dah pun sembang ngan Pegawai Kastam dan katanya dia nak buat persiapan. Tapi nak buat dimana ha? KL ke, Butterworth, Danok ke? Danok pun best gak. Hehehe. Oleh kerana itu aku dah bercadang ngan Mazlee nak pi tengok tempat tu dulu. Kalau nak buat kat North lah. Tapi kalau nak buat kat KL, nak bincang kalu, kasi tau bila dan aku terbang pi. Macam aku kata dul lah kita buat kat LCCT Food Garden je....Hehehehehe

WASSALAM

Thursday, February 11, 2010

GONG XI FA CAI


Salam...

Untuk kawan2 Tionghua semua, gua ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga tahun yang baru ni membawak lebih keuntungan.

Good respon dari Koden, walaupun akan terdapat suara2 yang ajak main goli saja. Suara2 yg macam ni lah yang mewarnai Malaysia yang sebenaqnya. Suara2 begini jugak lah yang dok mengharu birukan keadaan...tapi klu dia tak bunyi..sunyi pulak..hantam je lah labuuuu....

Aku mempunyai idea besaq utk game ni...hehehe... Yang sebenaqnya menganjurkan game bowling ngan menganjurkan perjumpaan @ gathering reunion tu serupa je lah, tapi, riadah ni lebih sikit dari dok sembang ngan makan je...

1. Bowling ni bukan contact sport. Memang sesuai sangat utk kita.

2. Lelaki dan wanita pun boleh turut serta.

3.Peralatan semua nya boleh sewa...dah pandai esok, beli lah sendiri.

4.Bowling alley ada di mana2. Jitra pun ada bowling yg aku dengaq. Kalau tak...di Danok pun dah buka bowling alley.

5. Tentang hadiah yg Koden cadang tu aku tak berapa setuju. Bukannya "tera" sangat yang tak dak gigi tu..Kalau yg ada gigi menang camano? Buat perhiasan je lah...

6. Aku gerenti kalu jadi game ni, yang tak dak gigi tu aku nak bagi tersungkoq, biaq lantai belaga gusi..

Kisah nak bermuzakarah over teh tarik ni very interesting. Arrange je Den..panggil lah sapa2 yang patut. Kita buat kat Food Garden, LCCT. Senang aku terbang pi, sembang pas tu aku pun balik..amacam?

WASSALAM

Tuesday, February 9, 2010

- 59ers BOWLING DAY-

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia..

Cabaran yg terbaik sekali aku dengaq tahun ni. Bowling. Satu permainan yang sesuai untuk umoq2 kita. TQ Mc E!! Tiba tiba mentol atas kepala menyala...

Apa kata kita organise perlawanan bowling yg teratoq sikit..Aku rasa kalu lepaih kat Koden ngan Mail pun boleh jalan benda ni. Buat jemputan ke apa ke..Masuk dalam blog..Ajak gang2 Mat Saman join ke...Just a rough idea lah..Aku rasa Koden boleh kick off from there kut. Aku boleh tolong punya.. Amacam?

WASSALAM

Monday, February 8, 2010

TERUJA SUNGGUH

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Aku teruja sangat bila ramai bebenor yg dok masuk komen. Syok rasanya.

1. Lagu Bee Gees tu mengembalikan nostalgia kita semua dan Koden yg appreciate sangat.
2. Fazie, Mc E dan Attaturk pun menambahkan lagi keterujaan aku tu..
3. Tapi bila Madud dok bawak keluaq cita "peti ais" ni..hhmmm..aku ada sikit musykil. Cerita tu dah lama, tiba2 pelakun utama cerita peti ais mengingatkan kembali..ada bibit2 ais kembali ka ngan peti ais tu? Untuk yang tak paham, hampa boleh lah request utk aku ceritakan kembali. Tapi paling syok cita ni bila tukang karut aku ada bersama..Koden lah sapa lagi. Lagi pun kalau hampa bayangkan peti ais...ukuran sama dari atas kebawah. Tak dak shape yang menghairahkan sebab dia tak dak contour. Selain dari menyimpan sayoq ngan ikan dan barang2 perishable lain apa lagi kegunaan dia ha? Nak buat perhiasan jauh sekali lah..sebab tu orang letak dia kat dapoq je..what say u Den?
4. Paling best sekali apabila Mat Saman mintak lagu Deep Purple tu..Tak sangka bang lebai ni pun rock gak ..tapi tang lagu Mat Rafi tu aku surrnder lah sebab aku kurang mentelaah lagu2 dia dolu..Tak pandai nak cari..hehehe ..Untuk Mat Saman..layannnn...



Kemarin aku pi Ipoh ngan SNQ, ada lah hai keluarga sikit. Sesampai aku kat Ipoh Garden, fon berbunyi. Talib fon. Rupanya dia dok ada kat Bendang D'Kelubi ngan gang2 "Tingkatan".. Yang ni gather2 gang2 kecik je kut..Adalah cita yang dia sampaikan, tapi aku tak yah lah cita kat sini sebab cita tu untuk aku je..Macam tu lah seeloknya, selalu2 pakat dok bertemu maka tak lah putuih hubungan..Carry on...

Koden pun ada call hari tu katanya dia nak pi Lumut jumpa Li Skot..(Rosli Bakaq). Adsalah bisnes depa tu..Ajak aku pi sekali..Tak leh nak ikut sebab sibuk cikit..Tapi bila dia kata aku naik kapai terbang cam naik bas tu yang aku gelak sakan. Maksud dia harga yg aku bayaq tu murah.

Fazie punya bisnes pun la nie berjalan lancar aku dengaq..Alhamdulillah..Kaya kaya kaya...Lagi satu cerita kaya ni, sapa lagi kan kalau bukan Dik D kita..Kali akhir aku call dia habaq nak pi India, pastu balik pi China pulak, lepaih balik dari sana baru boleh jumpa aku..Jalan sakan mamat ni..Kaya kaya kaya...

Mazlee pung ada call baru ni tapi dia memberkan berita yang kurang gembira bagi diri aku lah.. Minah dok kerja kat kantin dia tu, yang "kami" suka tengok dah diberhentikan kerja. Mungkin kah Mazlee terlibat dalam hal ini sehingga Minah terbabit terpaksa diberhentikan? Wallahualam.
Hehehehe.

Hasaza apa habaq ha? Lama sungguh tak dengaq berita. Last sekali masa kat Pantai Merdeka saja. Lepaih tu dia dah jadi Abdul Ghuyub..hilang bak enjin kapai terbang yang ada kat Uruguay tu...Any news about him?

Ta JPJ, lepaih aku jumpa kat KL dan breakfast bersama, dia pung dah diam. Aku harap2 sangatlah dia ni sihat dan ceria selului..Sebut selului je teringat lah kat Syed Rajan. Entah sibuk hantaq anak belajaq apa ke pulak tak tau lah nak kata..

Sebelum mengundoq diri aku sajikan lagi satu video yang dipetik dari Program Remaja TV3. Lagu ni tak habis sebab TV3 tak nak masukkan credit show tu kat dalam You Tube..Mungkin ada yang kenai budak2 nih? Sokonglah pemuzik tempatan ngan lagu2 depa...



WASSALAM

Wednesday, February 3, 2010