Saturday, January 9, 2010

AKU KEMBALI...

Salam...

Ampun dan maaf di pinta. Bukannya hamba merajuk tetapi hamba tercari2 apakah pembaharuan yg perlu hamba lakukan untuk tahun Kedah sepatutnya MAJU ni..Kedah MAJU 2010 kan?

Terlalu lah merendah diri org Melayu ni sehingga zaman dolu2 lagi dah menghambakan diri masing2. Membahasakan diri sebagai hamba. Walhal rakan yang bertutur denganya tu dinamakan Tuan nya..Tuan Hamba? Queer?

Walau bagaimanapun mungkin itulah yang mencantikkan bahasa Melayu zaman tu. Zaman yang orang Melayu tak pandai menciplak Bahasa Inggeris dan memertabatkan sebagai bahasa sendiri.. Komplikasi, ekspedisi, birokrasi, kapasiti, Institusi, integriti, dedikasi dan apa2 "si" lagi lah..Kan?

Hahaha..dah merapu dah aku ni....

7hb Jan aku dah loncat pi KL. Sampai sana kul 8:30am, sapu kereta Zaqwan(dia terbang balik Penang), aku pun buat lah apa yg patut. Pas settle je, mula lah cari kawang2. Koden layan aku tengahhari sampai dekat dia nak pi kerja pastu dia pun cabut. Aku dah call Chong Nyuk Chong dan kami pun bertemu kat Bangsar dan borak2...

Keesokkan tu aku pi Melaka. Tidoq sana semalam, ronda2 kut Jonker Street Night Market. Syok tempat tu. Kalu tak silap night market ni hujung minggu je yg ada. Banyak kraf tangan yg dijual kat situ. Aku dh teruja bila jumpa bulu ayam macam kita dok main kecik2 dulu..main timang2 tuh.. Aku beli 3. 2 kecik satu besaq. Aku terrer jugak main ni dulu. Balik hotel aku try..Nak dapat 5 pun susah..hehehehe.. Tapi lanie dah boleh banyak dah..hahahaha..

Balik dari Melaka aku lepak KL semalam lagi. Tak semena2, Ta JPJ ngan Lid n Nurul pun ada kat KL. Apa lagi, bergebang lagi lah kami. Koden lah yang jadi urusetia dalam hal ni. Chong join jugak dan aku balik ngan Chong mlm tu sebab Koden kena balik awal. Madud tak leh join pasai apa ha? Aku dah lupa. Tapi kata Koden, Madud ni klu kita panggil je, ada lah org lain yang counter tawaran kita maka dia akan belah ikut yang bagi tawaran terbaik..Betui ke? Koden kata...bukan aku kata. Aku menyampai saja...

Ingat kah hampa kat Rohaizan Shafie? Lepas SATS dia masuk Pulau Nyoq sebab rumah dia kat Manggul@Manggui. Kiranya nama dia pun lekat sebagai Zan Manggui lah. Ok..dia baru dapat menantu dan 9hb tu lah hari kenduri menyambut menantu dia. Buat kat kelab Golf Darul Aman. Siap naik keta kuda katanya..sakannn..Pengantin lah yg naik..Zan naik juga ka? Katanya dia mewakili Pegawai Kastam untuk menjemput kawan2. Tapi adalah juga yang tak kena panggil, dan aku juga tidak diberi watikah untuk masukkan dalam blog..so, begitulah ceritan nya. Peg Kastam pun klatanya tak dapat hadir sebab ada operasi.. Tangkap seludup bunga api kut? Aku mendoakan agar Fairuz(anak teruna Zan) ngan isterinya bahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu.. Katanya menantu anak diplomat Indonesia. Kenduri kat Jakarta bulan April ni kut. Sama2 berkenalan kat Lim Kok Wing katanya.. Aku jumpa ngan Zan Ahad lepas..di Aloq Setaq.

Aku dah letak 2 artis kat Komtar Walk. Depa start 28hb dan akan selesai pada 27hb April nanti. 2 hari ni nampak nya ok je lah. Orang baru nak tahu.
Dino(Potret) ngan Faiz(Karikatur)


Minah ni dari Kanada.
Ni BF dia..We're from Canada..
Ni 2Minah dari London...

Malam ni aku nak balik rumah sudah masaalah. Pagi tadi tokong dah belarak dari Weld Quay( Kawasan Jeti Feri Pulau Pinang) dan sampai ke tempat yang dituju ya ini leblh kurang 100m dari teratak hamba, lebih kurang jam 12mlm. 3 jalan yang boleh balik ke teratak aku tu, jam gila. Langsung tak jalan. Aku dah patah balik ke town dan lepak kat Kassim Mustafa, Chulia Street. Nasi minyak ngan kurma kambing...Alhamdulillah, kenyang sampai la nie..Dekat kul 2pagi tak sat baru aku bertolak balik dan m,emang tanggapan aku ok, sebab jalan dah "ke lia"(clear). Tak tau lah tokong tu jadi kawin ke tak tahun ni..Rasanya di tolak lagi peminangan nya, frust pulak mamat tu, kena belarak balik pulak...Kalu jadi kawin, habis lah Thaipusam..No more..Hehehe.

Hari Sabtu ni katanya ada acara kat Dewan Wawasan Jitra. Kartunis Nud ngan Boy PJ ada kat sana untuk buat karikatur.. Lawat2 lah..

Ibu papan (motherboard) aku dah kong teruih. Aku cuma dapat selamatkan RAM ngan Hard disk je dari laptop aku tu..Tengah dok pikiaq nak sambaq Netbook pulak...

WASSALAM..jumpa lagi...

4 comments:

mazlee said...

Salam Dz... lama tak dengaq cerita.. dok bukak tapi blog tak up date pun... apa pun selamat kembali untuk memberi maklumat2 penting pada kawan2,,,....
berkaitan dengan Rohizan Shafie ni.. aku juga mengucapkan tahniah pada dia kerana mendapat menantu.. Aku diberi mandat untuk menjemput kawan2..so pada perjumpaan di D'Kelubi dulu ada lah aku buat pengumumam, disamping tu aku balik dari majlis tu terus ke umah Ani Pot..menjemput sekali lah..Ani kata apasal dia tak jemput sendiri, member pun pakai utusan gak ker... alamak silap aku ker ni. aku call li bakar dia kata di dijemput.. pikiaq punya pikiaq aku syorkan di jemput melalui blog Darah59 kerana dari situ jemputan kan diterima tapi tuan punya kenduri tak bagi, tak tau pasai apa.. tanya pendapat kamal, kalau dah tak bagi tak payah ler...Ada gak aku call Azhar telekom katanya dia tak dijemput tapi mrs dia kena jemput.. aku pun tak tau Rohizan nak aku panggil sapa.. tapi apa pun kenduri dah lepas dan aku pun tak dapat hadir...
jadi macam tu lah ceritanya.....
salam aku juga untuk semua kawan2..

Bulat said...

Salam Semua

Tahniah Zan Manggui kerna dapat menimang menantu baru..Dz pun dah kembali berceloteh kembali setelah senyap dan sunyi sebulan..aku nampak dengan ini saja kita terus berhubung antara satu ngan lain dan mengintai perkembangan kawan2..aku harap rajin2 surf blog kesayangan kita nie dan komen apa yg tersirat d hati..

Wassalam

Anonymous said...

WELCOME BACK MY DEAR FRIEND..
MYSELF PONG AGAK LAMA TAK JENGUK DALAM DARAH59 NII..AGAK BUZY SIKIT NGAN KAIS PAGI N PETANG...

HAI KAWANG2 YG LAIN..BAGI LA RESPON SIKIT KAT DARAH59 NII..SETAKAT GIV A WELCOME SAY...PONG..WILDO...

FAZIE...WITH LOVE.

Anonymous said...

Salam Dz n friends, btui kata Fazie tu.. kita patut welcome back DZ sbb lama jgak dia menghilang. Mula2 ingat dah cecah 51 Dz dah slow nk tulih blog dah sbb ada projek lain yg makin mncabar kut.. rupanya dia ada balik... WELCOME BACK BRO. DZ! McE