Monday, December 14, 2009

KELUBI

Assalamualaikum...

Kita melalui saat sedih hari ni dimana ayahanda kepada Fatimah Zahrin @ Ain telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

Dapat tahu dari Fazie bahawa Mazlee ngan Kamal serta Roshita pun hadir. Terima kasih lah diucapkan kerana depa semua dianggap sebagai mewakili kawan2 lain yang tak dapat hadir, termasuk lah aku.

Apa yang aku nak sampaikan disini adalah tentang "REUNION" lunch yang sedang di ikhtiarkan dengan gigih sekali oleh Mat Saman. Depa cuba nak campurkan gang "Form" ngan gang "Tingkatan". Usaha yang amat murni sekali.

Tetapi aku tengok respon dari gang "Form" nih amatlah sejuk sekali. Apahal ha? Buat kat Kelubi je, bukannya jauh. Siang pulak tu. Tengahari. RM15 seorang. Tak patutlah kalau hampa nak komplen dan tak setuju. Mungkin reason yang hampa boleh bagi sekali ni dan selalunya adalah kenduri yang banyak. 26hb adalah "Boxing Day", sehari selepas krismas. Hari yang sama Tsunami melanda negara kita 4/5 tahun yang lalu. So jangan buang masa, konfom je dan sama2 lah kita menjayakan usaha murni ni. Aku dah konfom, Kamal dah, Mazlee dah, Fazilah pun dah. Kita jumpa disana..sana..sana...

TARIKH : 26HB DISEMBER 2009
TEMPAT : RESTORAN BENDANG D KELUBI, JITRA.
JAM : 11:30 PAGI.
SUMBANGAN : RM15.00 - SEORANG
RM25.00 - PASANGAN
RM35.00 - SEKELUARGA

Pembayaran:

Nama : Ahmad bin Md Saman
Bank : Bank Islam
Akaun : 12029010015552

Sila konpom sebelum 15hb Disember melalui SMS ke no 0193224895 (Mat Saman) atau 0174581075 ( Aliyah Ramli). 10 yang terawal konfom akan ditaja secara percuma. So jangan tunggu lama lama, nanti diambil orang...

Ada tambahan info atas permintaan Mazlee dan Kamal demi memudahkan semua. Selain bank Islam, buleh juga guna Maybank atas akaun Aliyah binti Ramli no. akaun 1520 6868 2184 , HP : 017 458 1075 atau bayag masa datang kelak. Sila SMS sesudah bank in dan sila konfom nak datang bagi yang nak bayag di tempat event.

WASSALAM...

7 comments:

Anonymous said...

Puak form ni memang sombong sikit dari dulu lagi.Perangai sombong dari sekolah lagi dibawa sampai ke hari ini.Sebab depa aliran Inggeris,puak tingkatan ni aliran Malayu yg dok belajak hikayat Pak Pandir,Pak Pandir dgn Robin Hood mana boleh campur,ikan pekasam dgn fish and chip

darah59 said...

Mungkin jugak ada segelintir yang macam gitu, tapi ada gak yang tak "berlagak". Bila gang form buat boleh kah kita katakan gang tingkatan pun berlagak sebab tak mau join?
Susah nak buat tanggapan yang betui. Pada aku lah, buang lah kumpan "form & tingkatan" ni..Dah tua bangka semua dah..

kamal said...

Salam Semua Geng Form,

Betoi Dz bukan semuanya "berlagak" Ayuh geng form...cepat2lah bertindak..orang dah peli kita semua sombong..sedih aku..geng form yg baca blog ni bagi lah nama kat aku atau terus ke mat saman utk konpomation..ad-hoc pun boleh..

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

betui taun-tuan. itu cereta 30 tahun dulu. lagipun lepas tahun 75, dah takdak dah istilah form tingkatan ni. kita guna istilah ni pun kerana sentimental value untuk merujuk pada masa tu. Lepaih 30 tahun, bentuk fizikal kita dah berubah, tak syok la kalau pemikiran kita masih tak berubah. Mai la kita pikiag hok yang molek-molek. Mustahil 100% dapat berimpun. Aku amat yakin depa ni yang tak dapat nak join, mesti ada hal yang tak dapat dielak. BTW, sangat bagus jika dapat luah kan apa jua perasaan. Kita buleh shet sama-sama demi kebaikan.

Mazlee said...

salam... dalam sibuk2 ni terpanggil gak aku untuk menulis sini..
Atas komen dari saudara yg tak memperkenalkan diri tu bunyi mcm 'batu api' waktu tahun 1975 dan 1976 dulu.Waktu dan masa darah kita bergelegak, jiwa memberontak, silap sikit nak bergaduh..
Perkara itu dah tak perlu lagi, umur kita yg dah melebihi setengah abad, betul kata ISA, tak ada form dan tingkatan lagi.. lepas SPM/MCE ramai yg melanjutkan pelajaran lagi dan ramai ke ITM. Dan yg ke ITM tu ada dari tingkatan ada dari form, dan tak ada masalah pun kan.
Soal berlagak atau tidak ni semua terletak atas diri sendiri...
Che'Da dari London dengan rasa terujanya call mai kat sini, call saya, call ISA, call Kamal dan ramai lagi dan dia tak langsung mempersoalkan tentang tingkatan/form.. Jadi.. apakata kalau benda ini dilupakan, tujuan kita baik, mahu bersama mengeratkan balik silaturrahim yg ada, datang lah beramai2, memang ada perasaan seronoknya nanti, tak dapat diceritakan disini...
Moga hajat baik kita ini diperkenankan Allah Subhanahuwataala...

salam dari saya untuk semua
mazlee

satu tahun saja di SMJ form pai said...

brader yAang kata Puak Fom berlagak, tapi apakata, andainya dia pun masuk Form masa skolah dulu, adakah dia pun akan berlagak? Ini semua pada diri kita saja. Kita rasa orang berlagak atau kita yang dot dot dot ... hehehehe

Anonymous said...

SALAM...TAK YAH DOK PIKIAQ LAA..FORM KA TINGKATAN KAA..DAH TAK PAKAI DAHHH..

HARAP SEMUA DAPATLAA HAZIR JUST UNT PERJUANGAN SILATURAHIM SMJ KITA.

FAZIE FOR SURE WIL BE THERE TO BRIGTEN LAGI REUNION TUU..

PAKAT2 MAI LAAA...


FAZIE...WITH LOVE.