Wednesday, October 28, 2009

KUALA DIPANG

Jambatan gantung ni nampak nya menggantung pembina dia sekali daa..


Pasukan Penyelamat sedang mencari 2 murid yang masih hilang dlm tragedi itu.

Jambatan baru siap sebelum runtuh

Salam 1Malaysia...

Takziah kepada keluarga Dina Deve a/p Nathan mangsa jambatan runtuh Di Sek Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar. Pic diatas menunjukkan jambatan yang runtuh tu, yang katanya baru siap dalam beberapa hari ni saja. Ujian ketahanan dah buat ka ha? Aduhai, kesian kat orang. Tak dak akai langsunglah depa ni. Tang mana salahnya? Design ke? Pembinaan ke? Bahan mentah ke? Spesifikasi betui ke? Untung banyak ke pembina jambatan ni? Boleh tidoq lena kah dia dengan kematian Dina Deve dan hilangnya 2 lagi murid yang masih belum di jumpai?

Teringat kawan aku cerita kisah syarahan ugama yang diikuti kat surau di Taman dia..Kononya, suatu hari penghuni Syurga dan Neraka ingin membuat perjumpaan. Macam Form ngan Tingkatan lah kut..hehehe.. Ya lah paka t nak jumpa adik beradik dan sebagainya.. Depa dapat persetujuan untuk sama2 membina jambatan dan bertemu di tengah2.. Malangnya, hanya pembinaan sebelah Neraka je yang siap walhal dari Syurga ni dok delay lagi..Apahal boleh jadi itu macam?

Moral cerita ini : Ramai kontraktor yang dok dalam Neraka lah kut...hehehehe..Cerita diatas langsung tak dak kena mengena dgn yg hidup atau pun dah mati. Aku pun ciplak dari org cerita nih..Betui ke?

6 comments:

MAZLEE said...

SALAM.. TGK PADA JAMBATAN YANG DIBUAT TU MACAM JAMBATAN MAINAN AJA..TAK TAU LER..KITA NI BUKAN LAH PAKAR NAK MENILAI SANGAT HAL GITU.. TAPI BILA STATEMENT SEMALAM DALAM TV CERITA , ADA BUDAK2 HINDIK2, AYUN2, GONCANG2 DAN ENJUT2 MENYEBABKAN JAMBATAN TERSEBUT RUNTUH....MAKNANYA JAMBATAN TU TAK SELAMAT DAN TIDAK CUKUP SPESIFIKASINYA SEBAGAI SEBUAH JAMBATAN... SALAH SAPA? BUDAK YANG ENJUT ATAU ORANG YANG MEMBUATNYA ATAU ORANG YANG MENDAPAT KONTRAK MEMBUATNYA... FIKIR2 LAH WAHAI KAWAN2 KU.. TAKZIAH PEKADA KELUARGA DINA DEVE..

Anonymous said...

apa apa pun sebelum nak digunakan mistilah dpt kelulusan yg jambatan tu selamat digunakan bukan buat untuk main main ini bersabit dgn nyawa. kalu tidak tak payah habis duit buat untuk bunuh anak org. Atau had kan penggunaan berapa org saja yg boleh naik, ada kan org yg menjaganya. Kan selamat. skrg dah tak yakin dah dgn program motivasi ni takut nanti anak2 kita senasib dgn saudara kita tu. kesian apa apa pun kita sesama manusia doakan yg terbaik buat mereka tu.

TAL 18 said...

Untuk semua kawan2 SMJ melalui blog ini,aku ingin sampaikan kepada seluruh kawan2 yg ada siapa2 yg mengidap sakit kencing manis,baik yg dah teruk sekali pun boleh hubungi aku untuk dapatkan penawarnya.Aku ada ubat yg cukup bagus,Insyaalah dapat membantu semua.100% herba dalam bentuk kapsul.Nama ubatnya ProEx dibawah company Excelife Network Sdn Bhd.Syarikat aku ni ada mengeluarkan beberapa produk lagi,kopi power,namanya GUNTUR,Ubat berhenti merokok namanya Exsmoker.Sapa2 yg berhajat boleh hubungi aku langsung 01945409745,Cikgu Johari Ibrahim 0182383468,ini cikgu kita dulu patner aku atau boleh juga hubungi Dzamri .Untuk makluman semua,ubat penagaih dadah dalam ujicoba,sedikit masa lagi akan dikeluarkan dipasaran

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Sesal dulu pendapatan. Dah terantuk. Ingat sebelum kena dan nasi jadi bubog. Orang tua-tua dok seloka dah. Tapi kita selalu lupa.
Aspek keselamatan bukan perkara kopi O. Tambah tambah dalam kes program macam ni.Risikonya sentiasa tak terduga. Budak budak depa tau nak seronok saja.
Masa kendalikan kem motivasi dulu, kami sangat jaga bab ni. Faciliti flying fox misalnya, menaranya kami pasak cukup cukup. Talinya simpul kemas-kemas. selain ikatan tunggak, kami ada ikatan kecemasan dua lapis lagi. Kalau ikatan tunggak putus, ikatan kecemasan 1 support. kalau itu pun putus kecemasan dua pula support. Kena tiga putus baru lah jatuh. Lepas tu pemantauan bawah menara, atas menara, dalam kolam dan tempat landing. Ada pula lagi sorang master sentiasa ronda chek tengok supaya petugas tidak lepa. Lepas tu sebelum benarkan budak guna, kami sendiri dulu lanyak cukup-cukup. Flying fox, abseiling, titi gantung, jungle trekking - semuanya tu berhajat kepada komitmen keselamatan tahap tinggi. Lekeh-lekeh tak boleh kerana nyawa pertaruhannya. Malapetaka boleh berlaku sekelip mata. Kalau semua dah diambik kira, berlaku juga tak la ralat sangat.
Kes Kuala Dipang selain pihak berkuasa dan kontraktor, pihak penganjur juga menanggung bahana pasai depa agak cuai dalam aspek ini. Depa sepatutnya chek betoi-betoi.Depa tidak pastikan tahap keselamatan berada pada kedudukan terjamin.Memilih tempat, program agenda, peraltan, faciliti etc etc menjadi tanggungjawab utama penganjur atau penyelaras atau facilitator etc etc.
Budak-budak depa tak tau apa. Kira nak seronok saja.

Anonymous said...

tak tau nak kata apa, kalau nak kata sapa yang bersalah, semuanya bersalah. tapi sapa yang salah paling besar? yang tu lu pikiaq la sendiri. macam manapun aku bersimpati kepada mangsa dan keluarga mereka. moralnya di sini kita jagalah diri dan keluarga kita agar sentiasa selamat.

HH

KODEN said...

Salam,

At the end of the day 3 orang budak2 yg tak berdosa tu mati katak saja lah. Kalau berpandukan trajedi2 yg sebelumnya, tunjang kpd isu tak kan tersentuh. Ada la satu dua akaq2 kot tepi yg akan dicantas.
Penyakit denial syndrome yg ada kat orang2 di kedudukan n berkuasa akan terus menuding jari kat orang lain tapi tidak pada diri sendiri.
Tahniah aku kat Nazri Zakaria yg appear dlm news on this Kuala Dipang tragedy ni. Statement nya cukup pro n menepati tanggung jawab Jab. Bomba n Penyelamat.
Rupa2 nya ramai kerabat ALUMRA amnya n Darah59 khasnya yg berjasa besar kat Malaysia.
Pikiaq la bidang apa pun, insyaALLAH akan ada suku-sakat kita.

Wassallam,

CIOW.

KODEN