Sunday, September 6, 2009

SAPA SALAH ?

Assalamualaikum....

Kemarin aku terasa amat bertuah sangat kerana telah mengikut Abim Outreach berbuka puasa serta bertarawikh bersama sama ngan penghuni Asrama Paya Terubong (Kebajikan Masyarakat). Actually aku ikut SNQ pi sana. Lagi pun ada jugak lah gang Abim tu yang aku kenai.

Kami berkumpul kat Mesjid Negeri Pulau Pinang dan dari situ bertolak ke Paya Terubong , Air Itam. Budak2 hafiz Quran, seramai 5 orang pun ikut bersama. Sampai je disana, kami pun di sambut oleh Warden Asrama tu. Asrama ni adalah asrama lelaki. Terdapat 31 penghuni disini. 4 orang berbangsa India, 1 Cina dan selebihnya Melayu.

Kalau kita yang layman ni, tempat ni kira cam sekolah budak2 jahat lah. Ada yang hardcore punya dan ada yang dah ok dah. Yang hardcore ni kira cam masih dok tunggu kes mahkamah, yang kena remand dsb. Mengikut warden, ada yang dah lari dari asrama tu dan kena tangkap balik dan kena masuk balik dan consider sebagai hardcore lah gang nih. Yang bunuh org pun ada.

Tengah dok sembang tu, lalu lah 2 orang budak kecik. Umoq 10 tahun camtu lah. Cute. Rupanya depa nih bukannya buat jahat yang dahsyat sangat. Mak bapak depa tak leh control yg sebenaqnya dan telah buat permohonan agar mereka ditempatkan disitu. Sorang daripada budak tu mai dari Anak Bukit. Aku sempat sembang ngan dia lepas tarawikh dan katanya dia akan keluaq pada 1hb Oktober nanti. Dia baru masuk 2 hari. Tapi Warden kata depend atas Jabatan Kebajikan nanti samada dia akan keluaq tau tunggu lama sikit.

Masaalah utama nampaknya adalah bermula dari rumah semuanya. Broken homes, tak dak pemerhatian dan yang paling penting sekali Agama. Kata warden depa ni kebanyakkan nya cetek sangat dalam agama nih. Masuk situ depa ajaq lah betui2.

Budak2 yang hardcore tu semua dok dalam macam bilik kurungan lah. Depa ni tak leh keluaq dari bilik tu. Tapi daripada ramai2 yg dalam bilik tu, 5 orang dibenarkan berbuka puasa bersama2 kami semua. Kata warden depa ni dah ok dah. Jadi depa diberi baju Melayu warna kuning untuk dipakai dan keluar dari bilik kurungan supaya dapat berbuka posa bersama2 kami. Yang lain berbuka posa dalam bilik tu lah. Ada satu warna lagi ya itu hijau. Maksud aku warna baju Melayu lah. Yg hijau ni kira dah ok sangat2 dah. Depa ni lah yang dok angkat makanan, bang kat surau dan sebagainya lah. Kalu tengok rupa depa nih, walupun yg hardcore, hang takkan kata depa ni jahat atau nakai. Muka innocent habih.

SNQ bawa kamera, tapi kami tak dibenarkan ambik gambaq..Jadi tak leh lah nak tunjuk kat hampa..

Lepas berbuka kami semua jemaah maghrib berimamkan budak hafiz tu lah. Aku dah lupa nama depa ni. Sorry. Pas sembahyang, sambung makan lagi. Isyak dan tarawikh bermula. Lepas tarawikh, Bro Hamdan dari Abim Outreach bagi ceramah sikit siap ngan power point dia tentang kelebihan bulan Ramadan nih. Selesai ceramah, Datuk Salina pulak diberi slot untuk bagi ucapan serta bagi goodies dan duit raya.

Aku tersentuh betui lah bila berada di tempat tu. Tak sangka aku dalam usia semuda itu, budak2 ni mengharungi banyak masaalah dalam kehidupan seharian depa. Nak marah kat mak bapak depa boleh lah jugak. Tapi kalau pikiaq kan, mungkin depa pun mempunyai masaalah depa sendiri. Ada yang bercerai berai, teruih biaq anak depa tanpa pengawasan. Ada yang terpaksa bekerja siang malam untuk bagi makan anak2, tak dak masa langsung untuk sembang atau bermanja ngan anak2.

Sapa salah? Parents ka? Anak2 ka? Masyarakat ka? Sistem kita ka? Pemerintah kita ke? Pikirlah semdiri..

WASSALAM

8 comments:

KODEN said...

Salam,

Aku cukup suka tajuk2 gini. Aku juak suka bila dengaq kwn2 pun tersentuh dgn tajuk2 gini. Aku dah pernah p tengok kes2 gini d mahkamah. Aku jugak dah sumbang khidmat ke arah pembaik pulih masyarakat dari kelompok ni.
Persoalan sapa salah dlm hal ni lah yg telah mempengaruhi hala tuju aku dlm hal ni. Bagi aku budak tu, mak bapak dia, masyarakat keliling dia, penguatkuasa n pemerintah, semua bertanggung jawab. Termasuk kita!!!
Aku berpendapat kita pun boleh membantu dgn menolong sekadar terdaya. Maksud nya, kita reach out dlm kelompok masyarakat yg kita wakili cukup lah. Ringkasnya, kalau aku dpt reach out n keep 10 kids off the street, Dz dpt 10, Kamal dpt 10, Dude pun 10 n Lee lagi 10. Between the 5 of us we have helped keep 50 kids off the street.(Amboi aku rasa mcm dok kempen multi level marketing saranguang pulak. Hehehe)
Tak payah p cari budak2 bermasaalah. Any budak will do sbb mcm Dz kata tadi la yg muka innocent pun boleh berpaling. So kita tolong maintain saja anak2 yg "bersih" utk terus bersih. Yg dah jadi masaalah, kita biaq lah org yg terlatih handle.
Kalau sapa teringin nak tau formula nak menolong dlm masyarakat, aku sanggup berkongsi idea n pengalaman. Nak cerita dlm blog ni..., aku rasa tak sesuai n takut jadi riak n hilang lah keberkatan.
For everything yg ALLAH s.t bagi kat kita, dia nak kita berkongsi dgn masyarakat. Termasuklah formula kita keep anak2 kita off the street jugak. Cuma kita saja lah yg nak kena pikiaq cara n tempat utk berkongsi tu.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

glassman said...

HAng tengok end result, aku ni dok tengah2 melting pot, macam2 hal dok berlaku depan mata tapi apa aku boleh buat? cakap lebih2 depa nanti kata kita gila pulak,, hahaha sedih memang la sedih.,, tapi kalau sedara sendiri pun ingat depa saja di landasan yang benar,, bila nak selesai?

glassman said...

aku nak tambah sikit, kat cyber cafe ni pun. kadang2 sampai pagi atau dini hari pun dok ada budak2 merewang. mula dulu ada juga dok minta kat aku,, hangpa bayangkan budak umork 10-12 tahun panggey aku abang,, minta singgit nak makan. mula tu aku bagi laa, tapi bila jumpa depa dalam cyber cafe, aku tau dah laa tactic depa ni, ehheheh terkena juga aku kadang2, petang tadi masa aku dok repai gear depan beskal aku,, aku terdengar sorang pompuan tua dok panggey cucu dia, aku pun teringat kisah hamba abdi melahirkan tuan dia, hangpa terjemah la sendiri kisah pompuan tua dengan hamba abdi ni. :(((

madud said...

ini pun belum masuk cerita2 masa aku jadi derebar teksi tengah 80an dulu.

Anonymous said...

Salam smua. Mcm Koden kata - topik ni mmang dkat dhati I think sbb involved bnyak anak2 melayu kita. Dulu kita buaih, pi mandi kat cegaq, tangkap ikan dlm bendang, naik beskal merata kampung saja...
la ni budak buaih tak payah pi jauh.. masuk je cyber cafe... seluruh dunia ada ddepan mata.. naturally benda yg dlarang yg depa nk tengok dulu (e.g. adult website) n then cyber games n then cyber gambling,etc. Depa x sdaq skeliling depa tu dapt mmpengaruhi hw they grow up nnti.. e.g. young kids allowed to stay outside the home hingga lewat mlm, x payah solat, can smoke, can mingle freely btw boys n girls, bleh pinjam duit abg2 di c.c.. nnti besa main mesin kuda pinjam kat along plak,etc. And then ada abg2 di c.c. ambil ksempatan bleh introduce cigarettes n later drugs to the kids.. (but not all cyber cafes are like thatlah..) Nk blame parents, tapi depa sibuk brniaga atau ada masalh trsendiri (some are not religious/educated enuf to notice the early signs of decay of a family. Tapi even educated family pun smtimes tk ambik precautionary measures jgak.. ) .. n the problem goes on & on.. Madud as a taxi man in KL, I'm sure has seen a lot.. We hope for some change in hw the country is being run - tapi the PKR govt is still too young but I hope its moving in the right direction. Klau BN sedar tntang kelemahn BN, lagi bagus bcos they hv all the powers now to make Msia a better place..

(sambung nnti... ada keja sikit)
McE

madud said...

I would have supported PKR accept that I ada bau2 belacan dengan bini Anwar Berahim lahanat tu,,, so, sorry guys, I'd rather stick the the one which brought us safely till our fifties, but we'll soon see in the next couple years that the grass was never green on the other side

Anonymous said...

Cuma nk tmbah sikit... la ni x bleh nk blame govt. or opposition party sangat bcos that one will take time to change.. the only way is to look into ourselves n try to change for the better those that are closest to us, including kita sendiri la. Klau ada kmampuan kita besarkn circle kita mcm Koden kata maybe try to take 1 or 2 kids n give them assistance to try to take them off the streets (Koden,I think 10 is too ambitious la..unless u ada formula). Kmampuan disini bukan saja financially tapi masa, kasih sayang n continuous committment which is really hard to accomplish.. Wallahualam. Selamat Berbuka Puasa dari McE

madud, aku puny akaun dua dah tinggal 65%, huhuhu said...

formula dia, ambik duit epf akaun 2, jgn perabih semua untuk bebudak tu, maybe just 20% , kumpul 10 org geng, pool the money, buy a house or something or masuk pelaburan or something, use that profit for the kids,