Saturday, September 19, 2009

AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

RAYA..RAYA..RAYA.. Allahuakbar, Allauakbar, Allahuakbar...

Satu kemenangan lagi kita sambut apabila kita berjaya melalui ibadah puasa dengan sempurnanya. Semoga dapatlah kita menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang menggembirakan semua.

Aku mengambik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga alam siber yang dok singgah ke kampung Drh 59 ni dan tak lupa jugak kepada Ibnusaman dan Cbazmi yang selalu jugak dok masuk dan jengok..Warga SMJ semua nya.

Untuk yang balik ke Jitra, kontek2 lah sebab aku ada di Aloq Setaq. Sat lagi aku bertolak lah dari Penang.

Koden : Semoga raya hang di Kuantan tu meriah dan tidak basah serta banjir..hehehe. Semalam kat Penang dah kena banjir kilat..Ni lah mamat yang mula sekali bagi perangsang kat aku untuk meneruskan blog aku ni. Tak dak kata nak diucapkan keatas sokongan hang Koden..

Dik D : Harap dapat jumpa di rumah Fadz nanti dan minta ampun dan maaf sempena bulan baik hari baik ni, tak dapat lagi nak selesaikan masaalah tu.

Hamsan : Mungkin kesedihan yang melanda dohari baik dan bulan yang mulia ni. Tapi dari Allah kita datang, kepada Allah jugak lah kita kembali. Takziah.

Gah : Grandmother ni lah yang best. Rugged lagi. Sumbangan dia dalam apa jua event yang kita buat tak ternilai besarnya.

Kamal : Kegigihan hang menyatu padukan warga SMJ ni tak dapat nak di balas. Memang hang dahsyat. Nama hang akan terpahat dalam Darah59 sebagai bapak reunion.

Fazie : Setengah orang kata mulut dia jelabaih..Tapi bila dia berdiam diri, orang dah mula mencari2. Keep on commenting girl...

Mazlee : Sejak dua menjak ni dia berdiam diri..mungkin sibuk dengan tugasan harian. Tahun ni dia beraya kat mana ha? Tapi Mrs dia pun kat BM je..dekat tuh..Last reunion kat Pantai Merdeka, he did a good job. Tahniah dan terima kaseh.

Talib : Manusia yang mempunyai banyak identiti dan tak ramai orang yang memahami. Ni pun penyumbang besar dalam blog, mungkin mulut jahat sikit, tapi hati baik..hehehehe.

Mc E : Sekali sekala celoteh dia amat bernas dan hope to see u soon brader.

Jit : Walaupun dah lama tak dengaq sora dia tapi katanya dia tak pernah lupa menjenguk blog ni tiap hari.

Ain : Dewan Bahasa & Pustaka bergerak..hehehe. Your participation is priceless. TQ.

Hasaza : Kolonel yang banyak menyumbang tiap kali ada gathering. Siap boleh drive dari Kelantan untuk mai ke Pantai Merdeka. Wa respek sama lu bos..

Mail Luntoq : Penyumbang madah2 yang bersara buat sementara waktu. Tak tau lah apa halnya, diam pulak la nie.

Madud : Glassman yang tak jemu2 bertandang. Memang best dia bila dia berinteraksi. Blur dia tu yang membuatkan gamat sekampung.. Kalu dia tak masuk 2/3 hari aku dah risau.

Untuk yang lain2 tu hampa jangan lah kecik hati kalau aku tak sebut nama hampa semua, bukannya apa...sajalah. Hehehehe.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin.
Salah silap tutur kata mau pun tulisan harap diampunkan.

2 comments:

KODEN said...

Salam,

Dari Kuantan aku tetap nak ikut perkembangan bro/sis di Kedah. Well put la Dz. InsyaALLAH ujan tak mengerikan d Kuantan ni so kemungkinan banjir pun very slim.

1st raya ni aku tak kemana langsung. Mom inlaw kurang sihat so aku decide n suggested kat Mus that kami stay home with her n let depa lain p beraya. After all aku lah menantu yg jarang balik sekali. So elok la aku maintain status menantu dari d gelar "menghantu!".

Aku minta tolong hangpa war-warkan Jamuan Kiambang Bertaut n tolong lah promote n sampaikan kat sapa2 yg aku terlepas pandang. Aku masih nak minta kita sama2 usaha utk menjayakan program ini. Banyak yg telah dperkatakan tentang kekuatan geng kita ni. So kalau kita memencilkan diri dari jamuan ni, meleset lah tanggapan ni.

OK dah la, now back to raya.

Aku mengambil kesempatan ni utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDL FITR. Maaf Zahir Batin kepada semua bro/sis. Maklumlah aku ni laser dgn teguran. Walaupun nawaitu aku ikhlas, aku yakin masih ada yg tak dpt terima. So sekali lagi aku memyusun semua jari jemari yg ada utk memohon maaf zahir n batin kpd semua bro/sis yg sesungguhnya amat aku sayangi.
Badan d Kuantan. Hati d Jitra. Otak dok pikiaq hangpa nak syok berjumpa.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

madud said...

banyak tu saja kaa hang nak puji aku? chisss, ampehhh hahahahahaha

aku dah upload video klip solat sunat hari raya di mesjid negara dan waktu selepas solat di luar masjid dan juga klip mak aku n famili2 aku di ghumah kak aku, ada lagi pic2 lain di sana, sila2 laa belayark ker sana , ker blog alternatif aku ia itu di www.glassmansays.nin.com

aku sms koden, dia kata tak baloi ambik bidiyo kat surau dia solat sunat hari raya.. tatau pasai apa, hehehe
klik saja kat nama aku yg ghona biru di atas ni,, zamri jangan la marah aku tumpa panggey depa pi dari ghumah hang, hehehe selamat hari ghayaaaaaaaaa