Wednesday, June 24, 2009

KHAIRAT II

Salam semua,

Nawaitu aku meluahkan cadangan Khairat ni bukalah untuk menjadikan ia sebuah persatuan yang berdaftar. Bukan juga untuk menjadikannya sebagai satu saluran mencari populariti.

2/3 tahun yang lepas ni kita dah di kejutkan dengan beberapa kematian yang melibatkan ahli keluarga kawan2. Bermula dengan aruah Shukri, suami Roshita, Bakri, kekanda Fazie, Hj Md Nor, ayahanda Jit dan juga ayahanda kepada Dr Muhiddin kita, dan juga beberapa lagi yang aku dah lupa. Sepanjang peringatan aku, walaupun aku selalu lupa, hanya satu saja kutipan dibuat untuk di serahkan kepada keluarga yang terbabit. Itu pun disebabkan kita ada membuat perhimpunan semasa kejadian itu. Jadi dapatlah kita pakat2 kutip dan serahkan. Tetapi bagi yang lain, hanya kehadiran kawan2 yang ziarah mewakili kawan2 yang lain. Tiada kutipan atau sumbangan yang diberikan.

Aku buka cadangan agar sesiapa saja yang join untuk khairat ni, kita huloqkan lah derma setakat yang mampu, tanpa perlu mintak kawan2 derma. Duit tu dah ada dalam tabungan kita. Jadi sesiapa saja yg nak ziarah umpamanya, kita masukkan dalam akaun dia dan dia boleh mewakili kita dan sumbang derma. Yang tu lah yang aku nampak sebenarnya. Untuk nak buat mesyuarat apa ka, aku cadang kita guna lah saluran yang canggih ni. Pakai je conferencing. Yahoo Messenger ka, Skype ka dan bermacam2 lagi. Tak perlu keluaq dari rumah. Apa yg diperkatakan terus boleh dijadikan minit. Apa yang susahnya? Kita gunalah kemudahan yang telah di sediakan. Video conferencing antara benua pun boleh buat, ni kan pulak dalam Malaysia. Kacang je tu. Untuk nak menyambungkan idea murni ni sekiranya kita dah tak dak..let nature takes its course lah. Kalau aku dah mati, hampa pakat2 lah teruskan, sapa yg mati dah tak leh nak buat apa dah. Kalau di takdirkan tinggal sorang je last sekali, maka kita redhalah kat dia untuk dia buat apa saja. Kita pun tak leh nak kata apa lagi sebab semua dah masuk alam barzakh. Wings kan ada buat lagu alam barzakh...kan?

Kita tak perlu cari keahlian jauh2. Gang2 kita saja. Kawan2 kita saja. Bukanya kita nak buat bisnes. Kita nak buat jariah. Kita nak buat amal. Kita base atas kepercayaan je. Tak lebih dari tu. Bila aku utarakan cadangan, aku perlulah feedback dari hampa semua. tapi aku tak perlu feedback yang kenen mengenen ni semua. Cari jalan untuk bagi elok. Kalau dah dok bawak keluaq cerita tu cerita ni, kenen sana kenen sini, kutok sana kutok sini...camana nak maju ke depan.? Sebab tu kalau hampa baca betui2, aku kata aku sanggup sekiranya tak formal sangat.

Kita cuma perlu tetapkan, ahli mati dapat berapa. Keluarga ahli mati dapat berapa. Tak perlu bidang kuasa apa apa pun..Yang ahli sajalah yg dapat. Yang tak ahli tu..tak dapek lah. Kita buat takat ni saja dulu. Sekiranya berjalan lancar dan ada keperluan atau kepakaran untuk membawa cadangan ni lebih jauh, by all means..silakanlah. Amacam?

Ajenda yang pertama adalah untuk mendaftakan diri dulu. Bagi nama, IC, alamat dan nama waris serta IC dan alamat/fon bersertakan yuran pertama berjumlah RM20 atau pun amaunnya akan ditetapkan nanti. Ikut jelah.

Sorang je yang akan dibenarkan menjaga akaun dan dia jugalah yang akan mengeluarkan duit untuk pembayaran. Dapat je berita kematian, terus dia dah boleh bergerak. Akaun ni juga aku suggest kita reg Maybank2u, dan semua ahli boleh tengok banyak mana duit ada dalam bank bila2 masa menerusi Internet. Ketelusannya ada disitu. Keluaq banyak mana dan masuk banyak mana semua ada dalam tu. Dan blog ni akan update kan sebulan sekali. Amacam..? Tak telus lagi ke?

Kalau argument yg aku bagi ni hampa nak kata susah sebab tak tau pakai komputer, maka hampa memang saja nak cari pasailah untuk tidak menyertainya dan sengaja nak buat kacau. Kalau yang buta kayu sekali pun aku rasa aku boleh ajaq guna dalam masa 1 jam saja...Madud pun boleh instruct. Computer savvy tu, mamat tu.

Lagi sekali aku nak sarankan disini, tak payah lah kita nak cucuk memba sana sini, kata mengata, mengapi apikan, dsb. Ini semua tak perlu. Yang eloknya bagi cadangan. Bagi pendapat. Kalau rasa masih tak leh nak percaya atau tak konfiden, maka tepuk dada tanya selera.

Dah ada hamba Allah yang serah duit kat aku berjumlah RM300/= untuk memulakannya. Tapi aku akan tunggu persetujuan dari hampa semua dulu. Kalau tak jadi, aku bagi balik duit dia. Kalau jadi, duit tu akan dimasukkan dalam akaun Khairat kita nanti...

WASSALAM...

11 comments:

TAL18 said...

Betoi dah tu DZ,Untuk menyenangkan lagi,aku bagi cadangan kat hampa semua,bila dah buat pembayaran disertakan dgn niat sedekah,so tak payah dok pikiak apa2 tentang duit yg telah dikeluarkan.Iklaskan saja duit sebagai sebahagian dari sedekah kita,semoga duit yg dikeluarkan itu menjadi pahala karena jadi sebahagan amalan kita.tok sah dok pikiak yg bukan2 buat tampah rugi saja.Nawaitu saja bagi betoi,selesai semua masalah.

TAL18 said...

Hadis riwayat Aisyah ra.:
Bahwa seorang lelaki datang kepada Nabi saw. dan berkata: Wahai Rasulullah, ibuku meninggal dunia mendadak dan tidak sempat berwasiat. Tetapi aku menduga seandainya ia dapat berbicara, tentu ia akan bersedekah. Apakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah saw. bersabda: Ya

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1672

TAL18 said...

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Seorang lelaki berkata: Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah pada malam ini. Lalu ia keluar membawa sedekahnya dan jatuh ke tangan seorang wanita pezina. Pada pagi harinya, orang banyak membicarakan: Tadi malam, seorang wanita pezina mendapatkan sedekah. Lelaki itu mengucap: Ya Allah, hanya bagi-Mu segala puji, (sedekahku jatuh pada wanita pezina). Aku akan bersedekah lagi. Dia keluar membawa sedekahnya dan jatuh ke tangan orang kaya. Pada pagi harinya, orang banyak membicarakan: Sedekah diberikan kepada orang kaya. Orang itu mengucap: Ya Allah, hanya bagi-Mu segala puji, (sedekahku jatuh pada orang kaya). Aku akan bersedekah lagi. Kemudian ia keluar membawa sedekah dan jatuh ke tangan pencuri. Pada pagi harinya, orang banyak membicarakan: Sedekah diberikan kepada pencuri. Orang itu mengucap: Ya Allah, hanya bagi-Mu segala puji, sedekahku ternyata jatuh pada wanita pezina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu ia didatangi (malaikat) dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi wanita pezina itu akan menghentikan perbuatan zinanya, karena sedekahmu, orang kaya dapat mengambil pelajaran dan mau memberikan sebagian apa yang telah diberikan Allah kepadanya. Dan mungkin saja si pencuri menghentikan perbuatan mencurinya, karena sedekahmu

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1698

madud said...

cadangan pemegang amanah sapadia? DZ? mazlee ? kamal ? ada lagi cadangan sebelum cadangan di tutup?

KODEN said...

Salam,

Syukur perbincangan kembali ke atas rail. Ramai yg memberi pendapat. Betoi ke tak ke bukan utk sesiapa nak jatuh hukum. Sebab nya simple saja..., Penghulu minta dibincang n dicadang. Bermakna semua pendapat valid. Kalau naik marah pun...., boleh dianggap valid jugak sebab dia ni all out dgn pendirian dia. Kalau tak pandai berbahasa tu, pakat2 maaf memaafkan la sbb dah lama tak buat karangan yg di check oleh Cikgu so bahasa yg digunakan pun mentebeliakkan bijik mata la. Hehehe
Kudos to bros yg terus mencadang n menenangkan keadaan. Sesuailah dgn niat murni nak berjariah dan sesuai juga dgn umur yg setengah abad ni.
Sekalung pujian juga harus diberikan kpd Dz yg (dgn Khairat II) telah menggerakkan tajuk ini dlm mode perbincangan semula.
La ni makin nampak hala tuju dan modus operandi yg akan digunapakai.
Makin senang la kwn2 nak mengundi. Bila cadangan mula diutarakan semalam n aku pun bagi lah pendapat aku yg (ada menganggap kontrovesi) tu, komen2 lain pun mengalir sampai melimpah ruah. Tapi undi masih tak dak!!!!?? Sedangkan Dz nak dpt statistik tu la utk menggerakkan tabung khairat ni.
Pikiaq p pikiaq mai..., pelek jugak nooo.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

glassman said...

Biasa lah, tepuk dada tanya selera. Guna lah akal dan jawab laa sendiri2 kenapa belum ada pengundian, tapi pencalonan pun baru saja. Orang lain tak baca lagi kot?

TAL18 said...

Nak undi apalagi Koden,terus bagi duit saja kat DZ supaya jgn berlarut lagi,kalau undi sat lagi pakat jadi kot lain pula.Dana pengerak sudah ada ditangan DZ dah rm 300.Sapa yg mau joint terus bankin saja.Tok sah dok cadang sapa2 lagi pegang duit.DZ saja yg pegang duit tu.Biak pi lah berapa orang yg ada pun kita jalan terus.Untuk Madud aku tolong bayak kat hang,sebagai start pertama,lepas ni hang bulan berikutnya,hang bayak sendirilah.

Anonymous said...

kira ok la tu TAL18! Trimaseh saja lah. tepat sekali. bulan depan kot aku jalan, tak payah dah nak bayark dah. wakakakakakaaaaa

madud said...

Kalau aku mati, sapa nak tau? Sapadia nak bagi tau pengendali khairat aku dah mati? Susah jugak knorr? Itu satu persoalan jugak tu.

Kalau pasangan ahli yang mati? Dapat jugak coat(bukan baju kot)? Atau keturunan yg mati. Ni nak kena pasang mekanisma dia laa ni.

Mungkin kita boleh laa buat bayaran ikut kadar khairat2 kematian sedia ada seperti khairat kematian di tempat masing2.

Kalau Ahli yang mati dapat berapa banyak atau per sen, err, peratus. Kalau pasangan dapat berapa dan seterusnya anak2 atau ibu bapak kita nak bagi banyak mana, kan kaa?

Tadi ada dua tiga puloh perkara dok main2 dalam pala otak aku, bila dok nak taip, lari habihh!!

Jadi takat ni sajalah untuk kali ini. Kawan2 lain jangan laa tak mai masuk campork, tak syiok laa. Hangpa ada vandetta kaa vendetta kaa, van cabok kaa,pakat2 kikih buang laa. Koden memang takat tu dah, nak buat macam mana..
hahahahahaa

kita semua geng, allah taala dah bagi kita semua jumpa semula, bukan nak soh kita enjoi semata-mata tapi dia nak tengok kita punya perangai baik kaa tak baik.

wassalaamu

darah59 said...

Hang kan ada anak dude..Pesan2 lah. Bagilah no lipon kami kat dia atau blog add. kat dia supaya dia dapat maklumkan. Walaupun selepas beberapa hari hang tak dak, depa boleh bagi tau jugak. Aku kan dah suggest boh nama waris bila mendaftar nanti..hang tak baca ka?

KODEN said...

Salam,

Aku tersenyum sendiri baca komen Dude. Pasai bahagian khairat hang tu, insyaALLAH akan sampai kat yg berhak or kat pihak yg menguruskan hang nanti. Tu pun kalau hang telupa nak buboh penama la.
Tapi aku tabik hang sebab komen hang bersahaja n ikhlas. Baik dlm hal2 ugama mau pun hal2 kwn2. Keep it up Dude.
Cuma aku heran pasai apa hang selalu sangat pikiaq sat saja dah terlupa pulak. Pasai apa gitu Dude?

Wassallam,

CIOW.

KODEN.