Salam semua....
Terima kaseh yang teramat sangat kepada semua yang hadir pada BB50 pada 06.06.09 di Merdeka Beach Resort.
Aku jugak terima beberapa pesanan ringkas dari kawan2 yang tidak dapat hadir seperti Mc E, Jit Md Noq, Amin Bahari yang tidak lupa kirim salam untuk semua dan jugak tak lupa mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir. Tak ketinggalan juga Jan Darus yang menghantar sumbangan walaupun tak dapat hadir. TQ very much to all.
Pada yang telah menjayakannya, aku mengucapkan berbanyak terima kasih. Walaupun semua nya berjalan secara bersantai, penglibatan hadirin dalam acara2 yang dijalankan amat lah menggalakkan.
Aku paparkan saat2 yang membuatkan hati aku terguris pilu dan terpahat dihati buat selama lamanya....
Mana lagi hampa nak boleh cari saat yang cam ni...? Semua tiup lilin bersama2..
Fffuuhhh..Menitik ayaq mata...Love U all..
HAPPY BIRTHDAY ALL...
wassalam
8 comments:
tu laaaa hang tak bagi aku tiup.. muka aku pun tak nampak... hidung ada laa sikit ngan tangan dok pegang rokok peter stai balut,, hehehehehe lepas berpisah dengan mazlee dan kamal,, (err dengark habark... TAL18 cabut tinggal kunci dlm bilik..) aku dok pikiark,, apa aku nak buat,, kuda roda dua ada, apa lagi,, aku ronda laa,, cerok mana aku tak pernah sampai abis aku masuk ,, selagi ada jalan tart.. yang aku ingat nama Telok Amboi, first telok yg kita jumpa after Pantai Merdeka, ada satu ka dua lagi telok yang aku redah jugak, sampai ke ujung jalan.. ada satu rumah tu.. best sungguh. ada stream turun mai, tuan rumah buat perigi, just a few feet dari the waters teeth hahahahaha sapa ada duit beli tapak tu memang besttttttttttt.
pastu aku pi sampai ke mulut sungai muda di kuala muda tu,, aku tengok orang dok turun ikan, dan depa dok bisik2 sebut harga laa kot,, nak beli ikan. aku tanya sorang peraih yg dok loading ikan tu, dia kata dia mai dari Sik! oo camtu knorr.?
mai plak sorang awak2 yg baru turun bot membawa satu beg plastik sederhana size sarat dengan ikan. dia panggey aku, aku pun p tengok, dia basuh ikan2 tu,, pastu dia offer kat aku, nak beli kaa? aku diam... dia kata 'ni ni ada laa dalam dua kilo" aku diam.. dia tambah lagi... "kalau sekilo mau 5 ghenrgget" aku diam lagi,, "abang ambik laa. kira tujuh ghenrgget sudah laahh,," aku senyum sambil selok poket bayark kat dia. banyak jugak ikan tu,, campork2 macam2 ikan, apakanama aku pun tatau dengan ikan kembung atau temenung loghat kita saja yang aku kenai. hehehehee bila dah ada ikan.. tak boleh laa nak ronda2 lagi.. takut ikan tak tahan, pedeghaih balik laa simpan peti ais. malam ratah ikan lagi,.. hehehehe laa ni aku di alork stark. jengok rumah sedara mara mana yang dann.
tak lupa ucap kat hang pa semua for the memories. nak tunggu gambark gathering kita bertambah saja lagi. dengan ini aku pun nak habark kat depa mana2 yang miss tu,, mungkin boleh join lain kali,,, ura2 akan di ada kan pada ujung tahun ini.. pada brader dzamri.. boh gambark banyak2 bagi depa jeles hehehehehe
sori aaa kena buat ps pada post di atas, ucapan terima kasih pada semua yg hadir dan yang bagi sumbangan umum untuk semua dan sumbangan khas kat aku. depa tau sapa depa jadi tak payah la nak sebut lagi sapa depa.. memang baik hati,, tapi mulut laser cam celaka,, wakakaakakakaa
yg mulut laser tu is not you who did not attend so the other fella shud know who he is,, wakakakaakkakakaaakakakakaka
Salam,
BB50 berjalan dgn bersahaja tapi amat bermakna. TQ kepada yg mengirim salam tapi tak dpt mai. N dfahamkan ada juga sis kita yg dah kompom nak mai tapi tiba2 tak sihat so terpaksalah memanaskan katil d rumah. Aku doakan a speedy recovery utk sis kita ni.
Lepas check-out MBR, aku p cari pulut sambai tapi tak dpt so anak2 dara aku yg 2 org tu agak kecewa tapi depa faham. Lepas breakfast d Kota Kuala Muda, kami masuk Penang. P tengok kak ipaq aku (wife Aa) yg tak sihat sejak 2-3 bulan lepas. Terkejut aku dengaq dia dpt MC for 2 years.
Actually apa yg aku nak cerita is that dlm jam sepanjang highway NKVE, tot-tot aku dpt ilham nak tulis sajak on BB50. Maka mai lah a few beautiful lines ayat2 n ungkapan2 bermain2 d minda aku. Tapi sayangnya aku dok drive n wife aku n anak2 pun tengah dalam full concentration juga...., concentrate tidoq! Lena tekapaq! So tak tertulis lah idea yg mai tu. InsyaALLAH kalau saat2 syahdu bersama d BB50 tu terlintas pula d kepala, aku akan tulis n share dgn semua bro/sis.
Gambar2 yg dpaparkan oleh Dz ni tak kan sama dgn detik2 bersama yg aku capture dlm hati aku ni. Sedih bercampur gembira dgn komitmen kwn2 spt Hasaza yg bergegas dari kenduri d Kelantan. Khalid Ismail yg berlumba2 dari 3 kenduri n nak kena balik kerja shift malam. Mat Lazim yg dlm kesibukan nak terima menantu bergegas ke Parit Buntar, antaq balik family ke Jitra n kembali ke PM utk bersama2 kami. Sharehah yg ada urusan d K/Tganu, mai juga ikut Kelantan.
These r the pictures that no cameras can capture. It touches my heart. Even at this very moment.
Pikiaq sampai pakiaq pun tak dpt menilaikan komitmen bro/sis kita ni.
I luv u all (termasuk yg tak mai BB50)
Wassallam.
CIOW.
KODEN
salam....
Koden..hang janji nak bagi hadiah cabutan bertuah untuk dua orhang. Tambang percuma p balik... sampai habis tgh malam, langsung takdak pung... ghamai dok menunggu kot2 dapat tiket tu.... sian...
aku pun lupa pasai tiket tu, tambang bas kaa beca kot?
atau tambang feri pulau pinang? hehehehe
Salam,
Alamak minta ampun banyak2. Aku telupa.
Dsebabkan aku telupa, aku patut ddenda!!! Denda nya aku kena bagi hadiah tiket p-balik tu kat semua yg hadir. Tiket tempat pertama la ya?
Tiket p-balik bas Kubang Pasu destinasi Jitra- Padang Perahu.
Sila tuntut hadiah anda dari saya d talian 012-3168555.
Sory sebab telepas pikiaq malam tu.
Wassallam.
CIOW.
KODEN
aku dah agak dah.... tiket bas punyaaaa. pi padang peghau plak tuuu... nak buat apa tatau di sana? cari tok sami siam mintak no ekork kot? wakaakakaka
Post a Comment