Friday, May 15, 2009

SEDIH...

Salam semua...

Semalam ada lah buat YM ngan 3 orang. Mazlee, Talib ngan Hamsan. Tapi Hamsan tak dapat nak teruskan sebab kata dia tengok laptop anak dia mata kurang nampak.. Ok lah..Apa nak buat...mata dah tua. Yang sorang lagi dok bercerita pasai bini..Payah jugak lah yang tu pun. Akhir nya kita cuma dapatkan keputusan yang kita tetap akan teruskan walaupun tak mencukupi sebagai mana yang kita rancang.

Aku berpendapat yang mindset menunggu saat terakhir belum hilang. Mindset untuk tidak memberi keputusan awal masih termaktub dalam kepala masing2. Nampak gaya, persepsi yang majlis ni hanya main2 pun ada jugak. Walaupun majlis keramat kita ni dah di plan lebih awal, tetapi ternyata kenduri dan hal hal lain mendahului kepentingannya. Sedih aku....

Mailah ramai2..Kita jayakan..Kita meriahkan..Barulah syok..Anyway, tak dak kenduri atau jarang lah kenduri sebelah Kedah ni yang buat malam2. Lainlah yang dibuat kat hotel ke, reception sebelah malam ke..La nie kebanyakkannya yang kaya2 lah kenduri sebelah malam, zaman la nie lah...

Tadi tengah hari pun aku lunch ngan Kamal dan Mazlee kat Bagan. Sembang pasai ni lah apa lagi kan? Dok pikiaq camana nak ramaikan majlis..

WASSALAM...

6 comments:

TAL18 said...

Awat dia sorang saja ka ada bini,?dok cerita pasai bini,hang tak dak bini ka DZ?yg hang dok biak dia cerita pasai bini saja buat apa.Hang habak kat aku sat,sapa yg dok perli hang tak dak bini

Anonymous said...

Aku dah komen awai tadi tapi bila aku publish dia tak keluark mai sini. Aku pi tengok mak aku di ghumah abg khodenn tapi line sana tak laju kot?

oh ya, ingat dah apa aku kata tadi. Pada sapa2 yang pernah membesar di kawasan quarters kerajaan Jitra dekat2 court tennis tu sila ambil perhatian ya... Anak Pak Jaapark yang bongsu tu, Suhaila nak menikah pada tarikh kita buat gath. Elok sangat laa tu, tengah hari makan kenduri, 3-4 petang sampai Pantai Merdeka. orait kan? Suku sakat anak pak japaark ni yang ada senior setahun kita dan junior dua tahun kita, Yang senior tu nama Azhar, arwah dah lama juga dan yang junior tu sama umork dengan adek aku Bahariah atau nama timangan, Intan dan adek khodenn Norihal atau Yann dan juga adek ipark Khodenn, Mokhtar atau Tart. Gah kenai kot.

Walau macam mana pun, Abg sulong depa ni,Helmi bekas pemain rugby SMJ dah wakilkan kat kak aku Sabariah, jadi aku pun jadi sub-wakil jemput sapa2 yang kenal tu sila2 lah meriahkan kenduri tersebut. Faham2 sajalah bila kenduri tu, bukan nya boleh ingat semua orang kenalan sahabat handai, betoi dak? Jgn segan silu. Takat dapat tegok air sirap pun jadi laa.

Hampir terlupa, apakata hangpa buat banner boh topik BB50 tujukan pada bekas penuntut2 SMJ, SATS SKJ yang lahir tahun 1959 gantung kat tengah jalan kaa tepi jalan kaa depan balai polis kaa depan pejabat pos ka, market kaa mana2 sajalah yang di agak sesuai. Bukan apa, aku nampak kalut sangat tak ramai orang respon kan.... kira drastik action skit laa,, hehehe banner pakai komputer kan sat saja siap. heheheh amboi panjang nyaa komen...

sekian terima kasih.

Anonymous said...

Ps:
terlupa, yang junior tu nama Kamarul atau Yonn.

darah59 said...

Buatlah banner..hang tu kan artis..

Anonymous said...

van gogh pun miskin macam aku juga walau pun lukisan dia harga berjuta2 laa ni, heheheheh

Anonymous said...

happy birthday to us,
we were born in fifty nine,
happy bithday to us,
we hope we all will stay fine,

happy birthday to us,
we were born so long ago,
happy birthday to us,
we pray we will always have gusto,

happy birthday to us,
we have come a long way,
happy birthday to us,
and so we wish to be strong and gay.