Wednesday, May 20, 2009

DEPOSIT PAID

Salam semua..

Aku dah pun buat pengesahan dan telah pun membayar deposit sebanyak RM1000/= untuk majlis BB50 kita yang dijangkakan akan berlangsung pada 6hb Jun 2009.

Majlis kita akan bermula dari pukul 3 petang dimana semua jemputan akan mendaftar dan jamuan teh dihidangkan. Aktiviti seperti melawat ke Tanjung Dawai untuk yang ingin kesana shopping beli ikan talang ka, sotong kering ka, ikan pekasam ka atau apa apa aje lah. Dalam perjalanan keTg Dawai tu, bot jugak boleh bawa melawat kolam kolam ikan..? Betui ka kolam atau sangakaq ikan didalam laut lah kut..Tak tau nak cita camana lah. Tapi dalam laut tu depa buat cam sangkaq dan depa bela ikan kat dalam tu..Macam2 jenih ada..Ikan Yu ngan Paus tak dak sebab sangkaq tak cukup besaq...Bagi yang nak bersantai dan mandi2 pung boleh, nak naik canoe ke, pun ok gak. Kalau yang rasa nak naik pelampung tayar tu pun ada...

Untuk nak mandi bagi yang tak ambik bilik pun no problem. Kita boleh uruskan. Sembahyang pun tak dak masaalah. Jangan lupa, majlis tahlil yang diketuai oleh Madud yang mencadangkannya jugak akan dijalankan. Kudos Madud.

Majlis makan malam ala BBQ akan diadakan selepas Maghrib. Koden akan handle majlis ini seperti selaluna..Kan? Ada games, ada cabutan bertuah, ada hadiah untuk pemenag dan sebagainya lah..

LET's HAVE FUN PEOPLE>>>>"be a kid again for one night?"

WASSALAM

5 comments:

KELUANG MAN said...

Cinta Pantai Merdeka
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan
( korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya… peristiwa…
Cinta kita di Pantai Merdeka…
Oh… oh…
( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merde

Bulat said...

Salam semua,

Keluang Man aku rasa senikata tu seperti lagu yg di nyanyikan oleh Jinbara..eloklah hg hapai dan nyanyikan d malam BB50..boleh kut..

Wasallam

Bulat said...

Salam Semua,

Hai kawan2 semua.. mana Roshidi Abdullah..masih ada lagika? lama tak dengar ceritera dia..last tengok dia dok minum dgn Tal 18..terus hilang sampai la ni..awat dia merajuk ke? nak tambah orang ketiga untuk pujuk ke..

Wasallam

mazlee... said...

Salam semua....
Dari hari ke hari, masa dan saat berjalan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi BB50 tu... Perancangan telah di atur, mula aku bercadang nak p dengan Mrs aja, tapi fikir punya fikir, hanya inilah masanya aku dapat kenalkan pada anak2 aku pada kawan2 aku masa sekolah dulu, so aku ambik keputusan akan bawa semua anak2 aku p kat BB50 nanti..boleh aku bagitau kat depa, ni la kawan2 aku dari aku sekolah dulu...
Sebenarnya aku bangga punya kawan2 yang sanggup untuk sama2 berjumpa ketika kita di usia senja ni dan lepas ini generasi kita disambung pula oleh anak2 dan cucu kita.. Ketika kita berusia 50 dan ada yang 50++ kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama, alangkah indahnya masa tu.. dan kesempatan ini kita ambik dan kita gunakan sebaiknya..
Kad undangan Perkahwinan dari kawan dan saudara jauh dan dekat dihulur setiap minggu menjemput untuk bersama2 kemajlis perkahwinan anak2 mereka diterima, antara tarikhnya adalah 6.6.2009, iaitu satu tarikh yg kita telah pilih untuk bersama2. Agar tidak terhiris rasa kecewa pemanggil yg menjemput kenduri, aku menelefon mengucapkan tahniah atas kawan yang menerima menantu dan disusuli dengan memohon ampun dan maaf atas ketidakhadiran aku dan keluarga kemajlis itu nanti kerana pada aku kedatangan BB50 ini hanya sekali saja dan peluang ini tak mungkin aku sia-siakan... dan aku juga mengharap kawan dan saudara jauh dekat yang mengadakan kenduri pada hari itu faham situasi ini..
Aku juga mengharapkan kawan2 ku yang seusia ku ini dapat bersama-sama memeriahkan majlis 'KITA' ini.. harap sangat-sangat...
Salam dari ku....

Anonymous said...

Se ingat aku, aku cadangkan saja buat majlis tahlil. kalau tak silap khodenn ada sebut sanggup jadi imam, soh dia laa pimpin majlis tahlil tu, aku ni mana confirm pun nak turun?