Sunday, April 5, 2009

POLITIK

Salam...

Hari ni aku terima panggilan telepon dari Kamal bertanyakan tentang 060609. Samaada tempat tu dah confirm ke belum. Buat masa la nie..tentatively...venue dia memang lah kat Kelab Shah Alam. Tak dak bunyi sesiapa lagi yang ingin tempat tu di tukar ke apa benda ke...So kita tunggu sat dulu lah. Bagi word ni spread dulu. Biaq ramai sikit yang aware.

Attaturk ada bertanya time B'day Bash tu akan di adakan, kalau mengikut countdown yang aku boh kat atas tu ialah jam 8:00mlm. Tetapi memandangkan kita ni hidup di negara yang mengapplikasikan Demokrasi sebagai pegangan mencari pemimpin, maka aku pun praktis camtu lah. Kalau tak setuju kita tukar..Ikut kehendak ramai lah..Aki tolong sebaq je tentang cadangan komiti yang melantik diri depa sendiri..termasuk aku. Tarikh yg sebenaqnya pun dari aku dan kami work around the date je..Tak tau pulak kata B'day Agong pun hari tu gak...Kan?

Koden pun ada call tak sat bila dia dah dekat ngan SP..Saja nak repot yang dia dah masuk Kedah kut..Patut dia singgah dulu dan tengok2 Bkt Selambau..HeheheHahaha..Macam apa yg TAL18 kata :

TAL 18 said...

Tak pa la hang suka atau tidak bab politik ni,tapi aku sangat suka lah kalau hang jadi calon di bukit Selamabau.Aku sangat yakin 100% hang menang.Cuma salah Beand atau PKR dalam hal ini.Depa tak buat kajian menyeluruh dalam pemilihan calun.Hang paling tepat,pasti menang,pasai apa?macam ni kajian aku.Bukit Selambau selalu MIC pegang,Disana 70% pengundi Melayu,India 25% Cina 5%.Jadi jalan tengahnya kena ambil hang pasai MAMAK,Melayu pi kat MAMAK,CINA PUN PI KAT MAMAK,HINDU LAGI LAH PASAI ADIK BERADIK MAMAK.Hampa tengok saja kedai nasi Kandak,pasai tu laku,semua bangsa pi makan saja,kalau kedai Cina,sah dah Melayu tak masuk makan.KODEN ADALAH CALUN YG SESUAI UNTUK BUKIT SELAMBAU.hiiiiiiiiduuuuuuup Koden!!!!


KODEN jawab

Salam,

Trima kasih tapi aku sikit pun tak teruja sbb politik is not my cup of tea bro.
Minta maaf la, bagi aku politik ni jijik sikit la. Semestinya semua org ada pendapat berbeza kpd apa2 isu sekali pun. So aku yakin akan ada yg tak sependapat dgn aku. Well that's normal n healthy.
Syok juga sesekali kita cucuk tajuk politik. Akan ada lah yg nak pikiaq n respon. Bagus tu!!!!

Wassallam.

CIOW.

KODEN.

Hang kalu nak jawab jgn cakap omputih..Sat gi ada pulak yg tak paham..Hehehehe.

Aku amat teruja bila aku baca 2 artikel kat Malaysia Today. Aku masukkan link supaya hampa boleh masuk dan baca sama. Tulisan dia dalam omputih...

1. A LESSON IN MALAYSIAN CULTURE, FOR FOREIGNERS

2. MADE IN MALAYSIA

Aku seronok gak tengok Attaturk kata dia ajak Fazie sewa bas dari Utara mai ke Shah Alam untuk menghadiri 060609 B'day Bash. Satu idea yang amat bernas. Best gak tu kan, boleh buat rombongan Cik Kiah, pi melawat Nilai ka dsbnya lah. Kalau jadi, kira ni kali pertama grup kita buat rombongan camni..Best nye..

Pagi2 channel 3 ke 2 aku dah tak ingat, ada cerita PINGU. Kisah penguin tu..Ada tengok ka? Kisah animasi tu..Aku ada dapat email yg kata dia terjumpa Mak Pingu kat Gurun..terkezut aku kat Gurun ada penguin. Ni lah gambaq dia ...

Kesian tengok dia kan? Hehehe..

4 comments:

madud said...

buah pisang buat pisang goreng,
rojak buah ada timun dan betik
takkan laa kepala hang dah mereng?
sampai kata politik itu terlalu jijik?

Anonymous said...

MADUD!!!

TAHI LEMBU MEMANGLA JIJIK..
DITUTUP DENGAN DAUN MENGKUDU..
MULUT SAJA KATA JIJIK..
DALAM HATI..AWATLA TAK CALUN AKU!!!

FAZIE

Anonymous said...

HAI TOK PENGHULU...PINGUUU SEBELAHHH TUUU NAMPAKKK GAYAAA GENGGG CALUNNN MAMAKKK KODENNN KITAAA...SEKULITTT PONGG TENGOKKK!!!

HANTAQ GAMBAQQ NII DALAMMM LONDONNN TIMEE SUREEE ...TERANGKAT PUNYAA..MAHAIII UUU!!! ORIGINALL PINGUUUU...HAHAHA!!!

FAZIE

Kuda Tua said...

Artikel 11.

JENAZAH.....SOLUTION

Ana agak tertarik degan komen 1 TAL18 dlm tajuk JENAZAH. Mula2 Ana langsung tak faham apa yg hendak diutarakan oleh TAL18. Rupa2nya ada unsur suspense dlm komennya. Rupa2nya ada urutan.
Menariknya solution TAL18 ini ialah, beliau melihat dari sudut yg satu. Ana rasa tiada siapa yg berhak mengatakan cadangan TAL18 itu salah. Kerana itu lah sudut yg dlihatnya. Kepada yg masih hidup, mesti teruskan kehidupan dan terus2lah menggunungkan kekayaan.
Tapi dari pengalaman ana yg dah "veteran" dlm menghadapi kematian orang2 tersayang, berbeza pula sudut yg ana hayati. Dalam setiap kematian, ada pengajaran kepada yg dtinggalkan. Segala ungkapan baik tentang jenazah harus diukur ke diri kita. Kalau terasa tiada/berkurangan kualiti itu pada diri, bersungguh2lah mencapai nya.
Disebaliknya, jika terdapat ciri2 negatif yg diperkatakan tentang jenazah, harus dijadikan garis ukur kelemahan pada diri kita. Semestinya ia perlu dikikis.
Pokok pangkalnya, pada usia yg sangat teruja utk merayakan BB50, kita seharusnya mempunyai kewibawaan dan kematangan utk menyusun priority halatuju kita.
Jangan salah faham, ana amat teruja utk bertemu d BB50.
Mungkin d tarikh itu nanti ana akan meminta Dz memperkenalkan siapa itu Kuda Tua. Kenapa tidak ya?