Thursday, April 2, 2009

B'day BASH

Salam semua...

Hujan lebat sungguh la nie kat SP. Dah gelap. Berliter liter ayaq yang mencurah curah turun. Tadi on the way balik dari Gurun, aku tengok sepanjang jalan dipenohi ngan poster je. Banyak poster tu sebab banyak calon yang bertanding. Walaupun ada 13 orang yg bertanding sebagai calon bebas, tapi poster yg dipaparkan tak lah sebanyak tu. Maksud aku ada gak yang langsung tak dak poster. Depa ni masuk untuk kacau daun je kut. Dan ada gak satu mamat India ni, calon Bebas, tapi dia punya machinery aku tengok dahsyat betui. Sama naik ngan BN atau PKR je. Poster dia banyak, workers dia pun banyak. Kuning adalah warna depa aku rasa, sebab semua workers dia pakai baju kuning. Ada gak yang pompuan tu berambut kuning..hehehe..berambut karat lah. Mungkin lepas basuh depa tak keringkan kut, tu lah jadinya berkarat, tak hitam lagi. Anyway, kira dahsyat lah scene kat SP la nie. Polis pulak punya lah banyak. Ramai sungguh. Pagi2 penoh kat Rest Makbul tu. Depa punya opis kan sebelah je..

Tadi kat PFK, aku ada sikit discussion ngan Electrical Engineer dia kat lobby depa. Sambil sembang dan buka plan pi mai pi mai, kami pun adjourn gi ke Electrical room tu untuk tengok DB kat situ lah. Lama gak dok discuss lah, pastu tengok gang aku dok buat kerja, aku realise fon aku tak dak. Suruh budak aku call no aku..Off. Aku pikiaq memang dah pi lah fon tu. Aku rush balik ke lobi tu, tapi tak nampak fon aku. Aku heran pasai apa fon tu off. Tanya receptionist kat depan tu pun dia kata tak nampak. Melilaulah aku selak sana sini kut2 fon tu jatuh dan ter"off" by itself. Tiba2 budak kerja kat Petronas ni, berpakaian coverall kuning Petronas tanya aku samada aku tercicir anything. Aku cakap ya lah..Fon aku. Dia bawak keluaq dari poket dia dan kasi aku balik. Aku pun berterima kasihlah 2/3 kali kat dia. Bila aku ambik fon tu ternyata memang off. Pasai apa ha? Thoughts yang tak elok dah masuk kepala aku. Tapi aku berterima kasih balik kerana aku dapat balik fon buruk aku tu. Kontek no dalam fon tu lah yang buat kan aku risau klu hilang. Sampai la ni aku heran pasai apa fon tu off ha? Biaq pi lah..Syukur aku dapat balik.

Mc E dah bagi pengesahan utk join Bday Bash kalau memang confirm buat di Shah Alam. For now, memang situ lah tempatnya, sebab tak dak suara sapa pun untuk tukaq tempat. Tapi kalau ada RM10k, kita ubah tempat lah no..hahaha...Koden cadang buat atas cruiser ship..hhmmm. Dia ni memang haru lah. Pantang dengaq ada banyak boleh belanja, dah nak naik cruise pulak. Tapi its a thought kan..Nothing wrong.

Seperti biasa, Madud dah suggest date lain. Dan telling the whole world "Burstday" dia hari tu. So hangpa yg baca jangan lupalah, dia dah war warkan, kalu tak wish dia, mesti dia kecik hati. Tapi dulu kami sambut Burstday(idea asal dari Din ILY) dia pun, dia buat tak endah je. Lebih mementingkan peti ais dua pintu dia tu lagi daripada kawan2 yang bersusah payah buat sambutan. Hampeh betui. Tak berbaloi.

Tak ramai yang respon ngan topik B'day bash ni kan? Apa hal? Say something, PEOPLEEE...

WASSALAM

2 comments:

Anonymous said...

sabaq tok pghulu. kitakan dah 50... otak slow sikit nk jalan... harap nanti adala yg respon no..

darah59 said...

64 hari lagi..Memang sabaq. Tapi selalunya minda kita ni, last minit baru nak ghaplah..Uhuk..