Monday, February 2, 2009

DERMA


Salam...

Gaza, Gaza, Gaza..Palestin, Palestin, Palestin...Allahuakbar....

Kisah serang menyerang depa ni dah berlanjutan 40 tahun dah? Perang, bunuh membunuh, bom mengebom dah tak jadi hal lagi dah kat depa ni..Cuma yang dok buat kita sedih bila depa dok paparkan gambaq budak2 kecik yang cedera.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati ni pung apa lagi, buat amal sana sini, kutip derma sana sini diatas nama GAZA/PALESTIN...Artis2 pakat jual lelong harta depa untuk bantu, disana buat konsert amal, disini buat perlawanan bolasepak amal, pendek kata apa saja yang boleh masukkan perkataan amal dan GAZA, pakai jalanlah. Sebagai rakyat biasa kita ni bila terjumpa benda camni, ada yang bagi sikit, ada yang bagi banyak dan ada yang tak bagi langsung. Dekat lorong Tol kat KL ni pun depa boh tabung bantuan untuk Palestin. Sejauh mana authentic nya kutipan ni semua hanya depa ngan Allah je lah yang tahu. Kita yang dah bagi dengan ikhlas, doa je lah duit tu sampai kepada yang dituju dan tidak bertaburan ke tempat lain.

FYI...depa ni yang aku pelik sikit ialah depa berbunohan sesama depa sendiri. Sesama bangsa, sesama ugama. Jenis manusia apakah depa ni. Gambaq kat sebelah tu menunjukkan Hamas bunoh pengikut Fatah. Habis tu camano?

Kita ni amat bernasib baik benda camni tak terjadi. kalau tidak jenoh bercempera lari...

Apa yang aku cuba nak memperkatakan kat sini adalah, kebanyakkan masanya, selalunyalah, kita ni lebih nampak penderitaan orang luar negara daripada negara kita sendiri. Banyak..ramai dari kita yang mempunyai visi sebegitu. Mungkin disebabkan glamornya lebih ke?

Kalau dah TV3 boleh buat rancangan BersamaMU untuk highlightkan kisah orang yang susah /miskin dan disiarkan setiap minggu, makanya ramailah keluarga miskin dalam negara kita ni. Awat kita tak mau pakat2 pi derma kat depa ni pulak. Kosmo hari ni melaporkan ..
Keluarga ni terpaksa pakai pelita untuk menerangi suasana malam pasai karan kena potong. Amacam? Depa dok Jln Gedebang, Aloq Setaq.

Mula sekali aku nak tanya ialah, Jln Gedebang ni kat mana ha? Aku ni nama jelah rumah kat Aloq Setaq, tapi jarang balik dan lama sangat dah tinggai A/S. Kalau hampa rasa kesian, lalulah kut situ dan huloq lah sepuloh dua..Kesian depa ni. Atau pun yang mana dah berada sikit tu, kut2 nak pakai sekuriti guard ke apa ke, bagilah kerja kat keluarga ni.

Keluarga ni ada 10 orang anak. Hairan kan? Selalu sangat bila kisah kesusahahn /kemiskinan di paparkan, keluarga mesti besaq. Kalau dah tak mampu pasai apa nak jadikan keluarga tu ramai. Bukan senang nak membesarkan kanak2 sekarang ni. Banyak belanja yang diperlukan. Kemungkinan jugak oleh kerana kemiskinan in lah maka membesarkan keluargalah satu satunya hiburan bagi mereka...who knows! Care to comment?

Aku interested sangat tentang organisasi ini..Nur Salam.. aku teringin sangat nak join dan buat community work.. What say u guys? Check out Nur Salam...

WASSALAM....

10 comments:

Anonymous said...

Aku cukup marah kat Hamas tu,kerana depa ramai kanak2 mati.Kalau kekuatan tu kuat macam Iran tu ok la ,ni macam ulaq lidi nak telan naga. Otak boh kat lutut kot,apa punya manusia.Terima dulu plan gencatan senjata ,lepas 10 tahun tu dah kuat macam Iran baru serang Yahudi.Ni satu lagi kes bodoh ,kalau Hamas bunuh Fatah siapa yg mati shahid haa?.Ini perang rebut kuasa bukan kumpul kekuatan lawan Yahudi.Bodoh dan degil betoi la Arab sana tu patut la banyak nabi di turun kat sana supaya depa bersatu, betoi tak kekawan. Aku lebih suka derma kat rakyat malaysia yg sah miskin & kat masjid,betoi tak DZ...

darah59 said...

Itu lah yg aku cuba sampaikan..Alhamdulillah...Memang betui sekali argument hang tu..cuma...aku tak cam hang ni sapa?

Anonymous said...

"Charity begins at home" - 1st priority is to help our fellow Malaysians!!

darah59 said...

Righto!!!!

Anonymous said...

keluarga miskin tapi ramai pasai mak pak tak dak entertainment len,
bab hamas fatah,, dah tuhan kata dah, tak semesti nya arab tu bangsa yang beragama islam paling mulia. nak buek camno lagi?

Anonymous said...

DZ hang tanya aku sapa, hahahaha...nak tergelak la tu. Aku bukan Man in iron mask yg kena dera ,bukan Count of Monte Carlo yg balas dendam tu dan bukan juga V for Vendetta penghapus kerajaan jahat.Aku sapa ya? Seingat aku ni budak sats 59.Walaubagaimana pun tahniah kerana hang dah hits 3,000 lebih .DZ tak siasia dimasa kecik hang pakai cermin mato.Ini la satu2 anak malayu yg gigih dan degil yg aku jumpa ,Bravoooo

Anonymous said...

Salam,

Syok tengok kwn2 jampok dgn pandangan masing2. How orang lain nak inteperate, tu hal depa la. Madud jampok ringkas n style. Mamat yg nak maintain anonymous ni pun orait juga.
Aku pula dah meluat dengaq/baca berita2 perang ni. Yg Yahudi tu telah la, tapi yg arab ni pun tak berpunca.
Tapi yg lebih sedih, kita ni yg ia2 nak buat tabung n sebagai nya utk depa ni. Macam hangpa kata tadi, dlm daerah Kbg Pasu pn bercambah yg tak tentu pendapatan nya.

Honestly im all for charity begins at home.

Betoi kan? Pakat2 pikiaq la

Wassallam

CIOW

KODEN

darah59 said...

Kemungkinan besaq kita ni came from the same era and having same childhood maka kita think alike kut?

Anonymous said...

Koden panggil aku mamat pun mamat la asal ada nama(ingat kut namat favourite DZ).Bantu yg dekat dulu baru cari yg jauh. Kalau cari yg jauh tu tanda nak cari glamour kan kan...

darah59 said...

Betui tu..aku setuju sangat ngan glamour punya part tu...