Wednesday, October 29, 2008

LUKISAN YG MAHA ESA


Salam...

Bila aku buka forum hari ni, ada lah dua posting. Best gak sebab dah lama tak dak orang masuk berbicara. 

Jadi aku pun bukak lah topik baru untuk sesiapa saja nak buat cadangan apa2 ka untuk "pergerakkan" kita ni.. Hahaha..Bunyi cam Hindraf lah pulak.

Anyway, hangpa pikiaqlah tengok apa nak buat. Tadi aku baru cakap ngan Ustaz Rajan. Dia dah start kerja dah hari ni. Bila aku sebut nak pi rumah dia, terkedu dan gabra gak dia tu sat. Dia kata dia nanti bawa aku pi kedai kalau pi rumah dia sebab tak dak apa2 yang special sempena deepavali ni kecuali muruku. Aku berkeras jugak nak suruh bini dia masak, sampailah dengan sedihnya dia kata "Bini aku tak pandai masak lah"...

Aku pu apa lagi, cucuk lagi lah.

"Masa dok 'ka del'(cinta) dulu tak tau ka yang dia tak tau masak", aku tanya.

"Apa nak buat, jodoh ditangan Tuhan..Aku ni banyak ilmu, hang jangan terkejut nanti hampa panggil aku Ustaz Rajan pulak", katanya.

"Hahaha..tak kira aku nak pi jugak makan nasi kat rumah hang. Member semua nak pi jugak.", aku kata.

"Tak pa..kita jumpa lah kat kedai mana2. Hehehe", dia jawab.

"Arrange lah buat gathering Deepa Raya ka, baru best", dia sambung.

"Apa asyik aku je nak arrange, hang buat lah...", aku tanya.

"Tak pa nanti aku arrange ngan Hasaza, pas tu aku bagi tau hampa", Rajan kata.

Aku ni sebenaqnya saja nak kacau dia saja. Dia ni boleh heart attack kalau kita pi rumah dia kut. Bertambah lagilah keinginan aku untuk nak pi terjah rumah dia. memang Koden dan Hasaza dah arrange dan akan pilih satu hari untuk kami kejutkan dia. Tak sabar menanti rasanya. 

Kemarin aku telepon Dang Anum, mintak no Tharu, dia pun ceritalah dia nak pi rumah Tharu, melawat sempena Deepavali. Tak taulah aku jadi ke tidak dia pi. Tapi bila aku call Tharu, dia tak jawab.

26th aku ada kat A/Staq. Pi makang nasik kat Pumpong ngan mak pak aku. Best jugak. Petang tu aku balik Pg lah. Kat highway aku nampak lukisan ciptaan Allah..Cantik sungguh. Aku ciplak lukisan Nya..Nikmatilah wahai kawang2 ku...

6 comments:

Anonymous said...

DZamri,

Hepi Befday Bro! This is ur last 40+ befday so enjoy!!!!!!

Koden, hang buat la befday party mcm buat kat Glass Xpert dulu (madud..)... bleh nyanyi cikit pun jadila.. ha..ha. McE

Anonymous said...

Assallamualaikum,

Actually i'm for anything yg boleh buat kita jumpa, sembang2, kutuk2, gelak2 n apa2 saja yg boleh buat kita hidupkan semula good old days with a little modifications to suit our age n all the things that comes with aging. Tapi bancian tak rasmi menunjukkan:-
i- interest gang makin malap la.
ii- misunderstanding the fact that anybody pun boleh organise. Not just me n Dz saja.

Mai la kita buat apa2 pun. Maybe buat 2 in 1 of celebrating Dz's birthday/attack rumah Rajan!!!!

Amacam?

Wassallam.

CIOW

KODENc

darah59 said...

WOW...idea yang terjah rumah Rajan tu teruja aku..Aku dah cakap ngan Rajan and hampa pun tau lah outcome dia tu...Boleh putih muka dia aku rasa kalau kita pi jugak..hahahaha

Anonymous said...

Asm tuan,
When I C the beauty that Allah s.w.t. created upon us:" Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda(atas kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi(sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukankah Engkau jadikan ini dengan percuma, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksaan neraka." (Ali'Imran ayat 190-191).

Own

darah59 said...

Amin...

Anonymous said...

Subhanallah! cantik sgt sunset yg u ambik ni!...i like almost all foto yg u post kat sini...i suka juga dok experimen tapi dgn my point and shoot compact camera je....