Assalamualaikum gang,
Tadi dok saja2 teringat kat Ta, jadi aku pun SMS dia tapi aku ada mention yang aku dah tak reti nak cakap protokol ngan dia dah sebab nak jaga kan kesedihan dia tu...Lama baru dia jawab dan dia kata,"TQ sbb kacau aku, tp aku la hanya ALLAH yg tahu. Aku terlalu rindukan kenangan dgn arwah".....Those were her exact words...
So, aku pun jawab kat dia suruh dia cari sesuatu untuk occupy kan diri dia dan aku rasa this is the 2nd time dah aku mention kat dia, dan aku suggest dia get involve dengan plan kita nak buat gathering kat Jitra tu, bulan 7 ni lah dan mention kat dia yang Mat Lazim will be the coordinator kat sana. Tapi aku tak dapat apa2 jawapan after that. Aku tak expect dia setuju straight away. Aku cuma harap dia consider and you know maybe get her mind off her late hubby..
Semua orang akan melalui ni. Kita tak akan faham selagi tak melalui nya sendiri. Aku pun rasa serba salah tak tau nak kata apa.Kalau nak kata aku tau apa yang dia rasa, aku menipu sebab aku tak tau camana dia rasa. Mungkin untuk menyedapkan hati dia sekejap boleh lah tapi hang tak rasa ke yang hang menipu dia?...Dah le kawan tu dok bersedih, kita tipu dia pulak.
Tiap orang ada cara dan perasa dia yang tersendiri dan kita mungkin boleh faham akan kesedihan dia saja no more than that. Mungkin ada yang kata dia dah melalui episod ni tapi argument aku adalah tiap orang mempunyai cinta perasaan yang berlainan. Rambut sama hitam tapi hati lain lain...Itu lah pepatah orang tua2 kita dulu, tapi la ni nak kata tu pun dah tak boleh sebab la ni banyak rambut dah tak hitam. Yang perang ada, yang blonde ada yang two tone(macam Koden), dan yang beruban pung ada. Yang tak dak rambut pun banyak.
So, soalan cepumas...Apa yang boleh kita buat untuk tolong dia come back to alam nyata? Setakat kita call dia dan SMS dia pun aku rasa selalu dapat jawapan yang menyebakkan saja. Aku tahu dia perlu simpati. Bukan kah itu saja cara kita tunjuk simpati kat dia. Apa yang kita boleh buat ha?
Pada pendapat aku, semuanya dalam tangan dia. Dia lah yang kena get over it and dia jugak lah yang nak kena make the first move to come back to society and be the Roshita yang kita kenai, yang buat laksa sedap, yang banyak gelak, yang selalu lip lap lip lap...
Aku dah kontek Mc 'E' supaya dia dapatkan nombor talipong Mr Inon. Hopefully kita boleh invite dia to our gathering in July nanti...
Ok gang gua chow dulu...
WASSALAM.
No comments:
Post a Comment