Wednesday, March 23, 2011

DATUK T EXPOSED...?

Salam...

Politik politik politik..tak habih habih kita ni ngan politiking. Bukan politician je yg berpolitik, hak yg tak sepatutnya berpolitik pun main politik jugak tanpa dia sedaq yg dia berpolitik.

Mengikut wikipedia politik adalah :
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup. Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Well, kita digempaqkan dengan  sebuah telemovie yang baru, 17 minit je durasi nya, tetapi disebabkan "pelakun" utama itu ada iras2 seorang ahli politik makanya, tayangan movie ini mendapat publisiti yang amat luas..Sampai satu parlimen dok bersembang..Yang bestnya, producer film pun undecover gak sampai org tertanya tanya. Premier preview dia pulak buat kat tempat yang amat eksklusif sekali.

Baru tak sat, Elizabeth Wong dah tweet link untuk expose misteri DATUK T. Sila klik utk dapatkan pengetahuan dan pedoman. Aku pun tak tau link yg Eli Wong kasi ni genuine ke tidak..Percaya ke dak ke, hampa pikiaq ambik lah..SIAPA DATUK T?

SODOM2...Tweets

Wednesday, March 16, 2011

RINTIHAN

Salam...

Aku yang tak paham bahasa Arab pun berasa cam sebak gak tengok video ni..Ya Allah apa lah nk jadi nih? Ada sapa2 boleh translate ka apa yg dia kata?

ALLAHU AKBAR

Salam...



Kuasa Allah yg maha Esa...

WASSALAM

BAHRAIN

Salam...

Dalam twitter lanie tengah dok bercerita pasai BAHRAIN..lepas bah dia rain la pulak...Isshh apa la nak jadi donia ni la nie kan? Semua org asyik tak puas hati je. Berontak sana, berontak sini... Dunia yg kita tumpang ni pun dah dok gegar sana sini, tsunami sana sini.. Kuasa Allah yg maha esa..dh dok tunjuk sikit sikit petandanya..

Semoga rakyat2 yang tak berdosa di BAHRAIN di lindungi dan selamat dari kegelojohan manusia...

WASSALAM

Wednesday, March 2, 2011

TWIT

Salam..

Tak banyak kerja yang boleh buat hari ni, so aku banyak dok layan twitter kisah Inquiry Teoh Beng Hock ngan SODOMY 2 lah.. Ada gak masa gatai tangan, mencelah gak, hehehe, mcm kt bawah nih.
Klu kawan2 ada twitter pun best gak kan? Tak pa lah pelan pelan.. Yg syok twit ni sebab dpt news in real time. Depa yg dok dlm court tu sambil dok dgr saksi sembang sambil depa dok twit. Yg dok komen lebih lebih ni gang mengikut kat luaq je lah. DSAI pun dok twit gak, Saiful pun twit gak kemarin, tapi hari ni tak nmpak lah plak.

Tu lah kan, tenologi ni semakin canggih. Tapi kita kena bertanggung jawab lah untuk nk guna cara elok atau nk buat "honaq"..betui ka apa yg aku sebut tu?

Aku ingat gak dulu bila mola2 buat blog, banyak kawan2 komplen tak reti lah, susah lah, pastu ngan peredaran masa, semua dah pakat baca..Bila aku buat forum, lagi ghaplah. Siap kena buat plak registration sorang2 utk masuk dlm forum tu.

Lanie apa nk buat. Semua pakat ada akaun FB dah..Fuuhh dahsat. Gua respek lu. Tapi banyak gak kawan2 bagi reason mola2 buat akaun FB pasai nk tau pergerakan anak2 depa. Last last semua mak bapak pakat ada akaun dan semua gak pakat dok kontek mengontek kengkawan plak..Kan? Zaman dah berubah. Lanie klu org tak dak FB...cam tak complete hidup depa kan..hahaha..

Dalam aku dok type ni pun dh masuk twit baru.. Utk yg tk bayaq saman lagi, u have a few more days...

Tapi yg kat bawah ni pun sensasi gak.. Dengaq kata mamat ni hilang lama. Bagi yg pro BN kata mamat ni banyak tahu rahsioa2 DSAI, tapi klu yg oppose tu akan kata ini semua fitnah, fitnah.. What say u dude?

Well, sat gi kena jadi Pak Supir daa... Cheerio guys n gals..

WASSALAM