Saturday, January 9, 2010

AKU KEMBALI...

Salam...

Ampun dan maaf di pinta. Bukannya hamba merajuk tetapi hamba tercari2 apakah pembaharuan yg perlu hamba lakukan untuk tahun Kedah sepatutnya MAJU ni..Kedah MAJU 2010 kan?

Terlalu lah merendah diri org Melayu ni sehingga zaman dolu2 lagi dah menghambakan diri masing2. Membahasakan diri sebagai hamba. Walhal rakan yang bertutur denganya tu dinamakan Tuan nya..Tuan Hamba? Queer?

Walau bagaimanapun mungkin itulah yang mencantikkan bahasa Melayu zaman tu. Zaman yang orang Melayu tak pandai menciplak Bahasa Inggeris dan memertabatkan sebagai bahasa sendiri.. Komplikasi, ekspedisi, birokrasi, kapasiti, Institusi, integriti, dedikasi dan apa2 "si" lagi lah..Kan?

Hahaha..dah merapu dah aku ni....

7hb Jan aku dah loncat pi KL. Sampai sana kul 8:30am, sapu kereta Zaqwan(dia terbang balik Penang), aku pun buat lah apa yg patut. Pas settle je, mula lah cari kawang2. Koden layan aku tengahhari sampai dekat dia nak pi kerja pastu dia pun cabut. Aku dah call Chong Nyuk Chong dan kami pun bertemu kat Bangsar dan borak2...

Keesokkan tu aku pi Melaka. Tidoq sana semalam, ronda2 kut Jonker Street Night Market. Syok tempat tu. Kalu tak silap night market ni hujung minggu je yg ada. Banyak kraf tangan yg dijual kat situ. Aku dh teruja bila jumpa bulu ayam macam kita dok main kecik2 dulu..main timang2 tuh.. Aku beli 3. 2 kecik satu besaq. Aku terrer jugak main ni dulu. Balik hotel aku try..Nak dapat 5 pun susah..hehehehe.. Tapi lanie dah boleh banyak dah..hahahaha..

Balik dari Melaka aku lepak KL semalam lagi. Tak semena2, Ta JPJ ngan Lid n Nurul pun ada kat KL. Apa lagi, bergebang lagi lah kami. Koden lah yang jadi urusetia dalam hal ni. Chong join jugak dan aku balik ngan Chong mlm tu sebab Koden kena balik awal. Madud tak leh join pasai apa ha? Aku dah lupa. Tapi kata Koden, Madud ni klu kita panggil je, ada lah org lain yang counter tawaran kita maka dia akan belah ikut yang bagi tawaran terbaik..Betui ke? Koden kata...bukan aku kata. Aku menyampai saja...

Ingat kah hampa kat Rohaizan Shafie? Lepas SATS dia masuk Pulau Nyoq sebab rumah dia kat Manggul@Manggui. Kiranya nama dia pun lekat sebagai Zan Manggui lah. Ok..dia baru dapat menantu dan 9hb tu lah hari kenduri menyambut menantu dia. Buat kat kelab Golf Darul Aman. Siap naik keta kuda katanya..sakannn..Pengantin lah yg naik..Zan naik juga ka? Katanya dia mewakili Pegawai Kastam untuk menjemput kawan2. Tapi adalah juga yang tak kena panggil, dan aku juga tidak diberi watikah untuk masukkan dalam blog..so, begitulah ceritan nya. Peg Kastam pun klatanya tak dapat hadir sebab ada operasi.. Tangkap seludup bunga api kut? Aku mendoakan agar Fairuz(anak teruna Zan) ngan isterinya bahagia dan berkekalan sehingga ke anak cucu.. Katanya menantu anak diplomat Indonesia. Kenduri kat Jakarta bulan April ni kut. Sama2 berkenalan kat Lim Kok Wing katanya.. Aku jumpa ngan Zan Ahad lepas..di Aloq Setaq.

Aku dah letak 2 artis kat Komtar Walk. Depa start 28hb dan akan selesai pada 27hb April nanti. 2 hari ni nampak nya ok je lah. Orang baru nak tahu.
Dino(Potret) ngan Faiz(Karikatur)


Minah ni dari Kanada.
Ni BF dia..We're from Canada..
Ni 2Minah dari London...

Malam ni aku nak balik rumah sudah masaalah. Pagi tadi tokong dah belarak dari Weld Quay( Kawasan Jeti Feri Pulau Pinang) dan sampai ke tempat yang dituju ya ini leblh kurang 100m dari teratak hamba, lebih kurang jam 12mlm. 3 jalan yang boleh balik ke teratak aku tu, jam gila. Langsung tak jalan. Aku dah patah balik ke town dan lepak kat Kassim Mustafa, Chulia Street. Nasi minyak ngan kurma kambing...Alhamdulillah, kenyang sampai la nie..Dekat kul 2pagi tak sat baru aku bertolak balik dan m,emang tanggapan aku ok, sebab jalan dah "ke lia"(clear). Tak tau lah tokong tu jadi kawin ke tak tahun ni..Rasanya di tolak lagi peminangan nya, frust pulak mamat tu, kena belarak balik pulak...Kalu jadi kawin, habis lah Thaipusam..No more..Hehehe.

Hari Sabtu ni katanya ada acara kat Dewan Wawasan Jitra. Kartunis Nud ngan Boy PJ ada kat sana untuk buat karikatur.. Lawat2 lah..

Ibu papan (motherboard) aku dah kong teruih. Aku cuma dapat selamatkan RAM ngan Hard disk je dari laptop aku tu..Tengah dok pikiaq nak sambaq Netbook pulak...

WASSALAM..jumpa lagi...

Thursday, January 7, 2010

BURSTDAY


Salam...

Aku berehat sakan sebenaqnya lepas habis Pesta nih... Cover balik malam2 yg tak tidoq tu..

7hb Jan 2010 - Lapan lebih camtu aku ada kat LCCT dah. Ada hal yang nak diselesaikan. Anyway hari ni jugak BURST DAY Hafriz..Sulung aku tu.

Selamat menyambut hari lahir yg ke 24..Hehehe ...

Saturday, January 2, 2010

TAKZIAH

Salam semua..

Ucapan takziah kepada Chan Mee Mee dan keluarga diatas kehilangan suami yang tercinta tanggal 31hb Disember 2009. Semoga tabah menghadapi hari hari seterusnya..

Aku terima SMS dari Kamal yg forwardkan SMS Ah Huat. Sedih jugak lah apabila sama2 ngan ucapan Selamat Tahun Baru, kita dapat pulak berita yang mengejutkan. Sebab kematian dan sebagainya aku tak dapat sebarang detail. Mungkin sehari dua lagi adalah tu...

Aku pun tengah kelam kabut 2/3 hari ni angkat barang2 yang dipamerkan kat Pesta balik ke Gurun. Pesta sudah habis. Tutup litup.

Aku ada gak dapat offer untuk start Live Sketching ni kat Komtar Walk yang baru siap dibina, bersebelahan ngan Komtar. Insyaallah kalu deal ok, aku masuk kat situ Februari nih...

WASSALAM