Tuesday, April 29, 2008

FORUM

Wo gang,
Assalamualaikum,

Untuk yang ingin join forum yang aku buat kat sebelah, beginilah caranya.

1. Klik link forum.
2. Kalau belum register sila register dulu dan masukkan username, email dan p/word.
3. Buka email untuk activate account.
4. Setelah activate baru boleh post reply.

Kalau yang mana dah terima email aku, hampa ikut je apa aku tulis dalam email tu. Kalau yang nak masuk participate dalam forum, macam Yan ka, Tat ka dan yang lain lain yang aku tak berapa familiar, hampa ikut lah step diatas.Insyaallah berjaya.

Kita berbincang dan sama sama kita cuba jayakan majlis ni...

Wassalam

Monday, April 28, 2008

Mc E says..

Assalamualaikum smua,

Dz, hang crita pasai Madud punya HP kena ragut dulu.. aku rasa sapa pun tak tgelak, rasa geram kat mangkuk ayun yg rampas hp madud tu, ada. tulah masyarakat kita tak kira org susah ka, asai ambik jln shortcut nak ambik org pnya benda ada..tsk..tsk.. tapi hang Dz, Jan Darus,Koden, etc. jiwa baik mau tolong org dlm kesusahan, aku salute bro! Lagi satu, kita ni trlalu sibuk ngan routine kita sdaq2 dah 2-3 bulan tak jumpa (bila lagi bro?), apa lagi nk tolong org. Routine rumah n kerja sndiri pun tak dan nak catch up. Mcm aku tak dak maid, bila wkend tu sibuk hal rumah. Pastu pi mai pi mai sibuk nk bayaq hutang. Loan rumahla, loan keta, credit card (this damn card!), bayaq expenses sekolah anakla, repair keta-la, etc. Pandai Mat Salleh/ kapitalist bagi kita ralit dgn kebendaan thru iklan2 yg menggalakkan kita beli (consumerism) jadi tak dak masa nk tumpukan cari keadilan utk smua dgn cara masuk politik. (this tactic used in the West utk melalaikan anak2 muda to forget abt politics). Nak berenti skerat jalan tak boleh dah sbb banyak comittment. (tapi bersyukur dgn apa yg ada, janji badan sihat Insya Allah..) Aku dah 2-3 minggu plan nk minta Dz cerita kat aku cara nak save lagu2 yg Dz post kat blog ni pun tak terbuat lagi. Lagu2 dia groupkan tu tringat zaman kita muda2 dulu. La ni pun muda gak (dngaq lagu hilang tensiun) ..he..he. (agaknya kna ambik course time managment la).

Aku dok pikiaq jugak, satu cara nak tolong Madud in case of urgent need is to get his bank account no. Sapa nk contribute RM10 ke, RM20 ke, RM 100 ke, ikut sukalah... amal jariah.. I believe Madud tau guna duit tu klau mai dari kwn2..

OK, stakat ni lah dulu. Yg trpanggil utk tulis kali ni ialah bila Dz kata mayb he did us a favor sbb bagi kita tgelak dengaq Madud punya HP kna ragut... that is totally WRONG! Kita tak macam tu, btui tak Koden, Ain, etc.?

Bye n salam dari McE

April 28, 2008 11:04 AM

Hahahahaha...aaggghhh...Aku sebenaqnya sindiaq, perli dan apa apa lagi lah. Aku rasa kesian kat mamat ni tapi aku tak tau camana nak buat lagi. Wahyu untuk nak bagi dia tak se susah lanie belum sampai.

Aku tau hampa MUNGKIN tak tergelak, dan aku keluaq kan kata2 tu dalam anger kut last night. Reason being aku pun terlupa pasai dia lepas aku communicate ngan dia thru YMessenger. Sampailah semalam bila dia tiba tiba masuk komen kat blog ni. Aku dah kontek dia semalam thru fon..he's ok. Still kurang ajaq as always..hahahah joke babe.

Aku baru dok berjinak jinak ngan forum yang aku setup for us to use. Aku dah masukkan lapan makhluk dan aku dah pun email hampa semua. Kita mula dulu dan c how it goes lah. Kereta baru, kena test drive dulu. Pas tu dah pandai bawa baru kita modified.

Cadangan Mc E nak bagi amal jariah kat Madud aku tak setuju. Kita tak leh treat dia camtu. Kalau setahun sekali kita nak bagi zakat ka, sedekah ka oklah. Dia masih boleh bekerja dan ada skill yang orang lain tak dak , cuma perlu pendedahan sahaja. Expose yang aku buat kat Penang dan juga blog yang aku buka kat dia nampaknya tak mendatangkan hasil lagi maybe. Aku sedang cari cara yang termurah untuk promo dia thru the web.

C U guys...Gah apa jadi kat dia ha? Lama sungguuh tak dengaq habaq. Ada dalam Malaysia ka atau dok pusin donia!!! Any body got any update on Ta, please share.



Sunday, April 27, 2008

MADUD

Assaalaamualaikom, kawan2 semua yg slalu layari webpage ni, rasa nya ari tu dah komen skit, agaknya owner tak paparkan kot? sensitip kot? tak mengapa. bukan penting atau relevant pun.
Anyway ni Madud ni, nak bagi tau laa saya dah beli HP Nokia1200, basic model saja, janji bleh pakai, hargaRM120, saja. dah dua minggu kot? jadi nak kontek kawan2 n sedara mara semua tak boleh pasai tak hapai no depa n no2 hangpa semua. jadi di sini nak minta la no2 sapa2 yang sudi nak bagi no tipon masing.
Kat Dzamri, saya ucapkan jutaan terima kasih laa, pasai banyak tolong saya, niat dan usaha anda Allah Taala saja yang membalasnya, tak nampak lagi jalan aku nak balas budi kawan2 yang turut bagi sumbangan tu.
Tau-tau saja lah, oh? Kawan2 mana nak tau kan? Tak apa lah, tak tau lagi baguih. :)
Ini pun tumpang pc kat pejabat Haji Yusop, hangpa ingat tak Haji Yusop yang duduk kat jalan Masjid dulu.
Haji Usop pun dah nak pakai pc dia, jadi aku kena berundork dulu la watmasa ni. Sekali lagi, ASSALAA MU ALAIKOM

Madud dah selamat beli telepon. No.dia serupa cam dulu jugak kut. Tapi yalah, aku pun dah lupa masa aku post dulu cerita pasai h/p dia hilang, tak dak sapa respon pun dalam blog ni. Mungkin yang respon direct kat dia ke aku tak tau lah. Atau mungkin yang gelak ketawa merasakan cerita tu sebagai satu kelucuan yang memeritkan bagi dia, pun tak pa jugak, sekurang kurangnya hampa dapat gelak jugak.

Walau camana pun, bila susah camni lah nak kenai kawan ka rewang ka. Kut mana pun tak pa. Allah bagi jadi cerita cerita camni semua untuk kita renong lah kut. Dia gerak jari jemari aku untuk tulis pun, kerana keizinan dia. Kalau dia nak gerak hati hampa pun ...atas dia lah.

Yang sebenaqnya aku tak dak buat banyak mana pun untuk tolong Madud ni, setakat mampu sajalah. Din I Love U pun banyak gak membantu, Jan Darus lagi lah banyak aku rasa. Ni time dia, esok esok mana tau time aku ka , hampa ka...wallah huallam bissawab.

Saturday, April 26, 2008

TEGOQ MENEGOQ

Koden kata..

Assallamualaikum,

Hang silap!!! Aku tak marah infact aku tegelak dgn crita hang. Dunia hang ni mcm tak dak benda lain langsung.
1- Amoi
2- Makan
Cuba la cari lain2 kegemaran yg lebih berfaedah. Macam.....
1- Bela kambing ka
2- Kutip besi buruk juai kati ka

Haaa.... cuba hang pikiaq tengok, baguih dak cadangan aku ni?

Dah la, aku tak larat. Minggu ni aku kerja pun banyak n stress pun menggunung juga. Tidoq pun tak berapa "kaw" la.

Oh ya, tadi asker cal aku ckp dia akan available bila hang balik for us to meet up for a teh tarik n a round of bowling. McE n Ceng pun dah ON. Aku harap ada la gang lain yg baca n jealous n nak join. Baguih juga if it works that way kan?

Orait nak keluaq ronda2 n kena teh tarik dgn Mrs aku @ Major aku.

Pastu, askar pulak menjampuk...

Assalamulaikum,

Saya setuju dengan apa koden kata, tak dak ingat benda lain, pasai makan saja, tapi bila makanan yang di sebut semua sedap2 belaka, menitik air liok jugak. Saya pun dah lama tak menjampok, tapi dok buka juga blog tapi nampak senyap saja. Orang yang suka tulih pun tak rajin tambah lagi yang penyegan lagi tak menjampok. Bila turun KL habaq la sama boleh la kita pekena teh tarik tang mana2, lama tak dengaq suara koden gelak.

Wassalam

Hasaza

Amboi semua orang dok tegoq aku bila aku cakap pasai makanan. Apa nak buat aku dah suka makan dan lagi pun cerita macam tu lah yang boleh share ngan semua orang, sebab semua orang makan. Dan lagi satu, aku cuba nak ceritakan kat hampa semua tempat tempat makan di Penang yang tak ramai orang luaq dari Penang tahu. Next time kalau hampa pi Penang hampa check out lah tempat2 yang aku mention tu, mesti berbaloi punya.

Macam aku kata hari tu lah kan, aku balik tu nak tengok lah perhimpunan kononnya orang Melayu Penang nak buat protes kat Kerajaan baru DAP tu. Polis tunggu merata tempat. Naik risau tengok. Cerok tu ada, cerok ni ada. Kat Padang Kota Lama, siap water cannon dok tunggu. Aku ni ada jugak lah niat nak tengok huru hara, tapi tak baik kan. Berdosa aku. Tapi memang lah benda tu tak terjadi. Sebab depa berarak betui mengikut seperti yang di jadualkan didalam sambutan Maulidur Rasul.

Sementara aku dok tunggu perarakkan tu, aku pi makan Tandoori yang paling best dalam Penang. Restoran Kapitan Keling, dekatlah dengan Mesjid Kapitan Keling, nama pun serupa. Haa..Kalau hampa mai Penang check this out. Tapi Tandoori dia, petang baru ada. Best gila..Juicy habis.

Jadi dengan completenya perarakan tu maka aku pun blah la sebab tak dak apa apa yang jadi. Apa apa yang tak ordinary lah.Anyway, aku tak rasa rugi sebab dapat makan Tandoori..hahahaha.

La nie dah nak habis bulan 4 dah, kita dok cerita nak buat gathering lagi kat Jitra bulan 7, amacam? Aku tak dengaq habaq apa pun lagi. Aku dah arrange ngan Mat Lazim untuk liase bagi pihak kita di sana. La ni cuma nak kena push dia sikit lagi, aku rasa jalan lah.

Mc E ni kata nak cari no telepon Mr Inon Din pun tak tau apa cerita dia. Yang dia dok risau camana nak download playlist dalam blog tu. Aku hope dia baca dan get to it PRONTO...Minta buat kreja camtu sikit pun lama sangat...hehehe jangan mare...

Untuk gang gang yang junior haritu pun kalau nak join pun boleh gak kan? So sesiapa yang baca harap tengok tengoklah apa yang perlu buat. Kita akan tetapkan tarikh once kita dah bermuzakkarah dengan ahli ahli TUA yang lain.

Aku akan kontek hampa semua bila aku nak balik nanti,then we meet up guys..Teh Tarik and Bowling.

Monday, April 21, 2008

PENANG

Adooohh... Sakitnya Koden mengata kat aku. Yang sakit tu pasai betui...Hahahha. Lama sungguh dia tak menjampok. Walaupung gitu, kami ada jugak kontek mengontek thru fon. Latest sekali kemarin lah, bila dia call sebab aku tegor dia tinggai kawan kat KL...Hahahaa..Klu dia baca ni dia mesti dok gelak dan maki aku. Anyway, tak kisah lah. He got his reason for doing that.

Aku ni tergedik sangat balik Penang hari tu pasai dengaq habaq orang Melayu nak buat perhimpunan semasa menyambut Maulidur Rasul. Jadi teringin sangat lah aku nak tengok apa nak jadi.

Lepas sampai Penang saja hari tu aku terus ajak nyonya aku pi makan nasi kandaq la, apa lagi. Kedai Tajuddin Hussin kat Penang Street. Sedap gila. Kari dia boleh hirup. Aku lahap betuilah, sebab lama sangat aku tak rasa. Dah lebih dari dua bulang. Aku atoq kedai, lepas makang nasi pi minum kopi O kat padang kota, kedai KIM. Best kopi O in town. Kedai Cina lah. Mungkin ada gang yang tak suka masuk. Aku punya formula kat sini senang je. Nak kopi best, kedai Cina. Nak teh best kedai mamak. Inilah Penang. Starbuck pun kalah. Siap dok tepi pantai lagi.

Malam sikit pi kena nasi kandaq misai. Hampa nak tau kat mana? Sebelah Chowrasta Market. Dia start berniaga kul 5 ptg camtulah. Lauk dia panas2 lagi. Dulu Tamil Street tu banyak nasi kandaq, tapi yang survive lanie Misai satu saja. Kari ikang dia...pooohh.. Amma! Kami panggil kedai Misai sebab yang dok boh nasi tu, misai dia bertaring...

Keesokkan hari tu, pi breakfast kat Dickens Street. Sebelah balai polis Penang Road. La nie kira dibelakang Maidin lah. Kedai Cina. Tapi dia punya customer 80% Melayu.Char Koay Teow dia, haiya...sedap gila. Kena ngan kopi o ais, makes my day.Customer dia banyak in uniform lah, sebab sebelah Balai Polis.

Waduh..Lepas makan aku nanti relax kat situ sat baca paper, sambil enjoy kopi o ais dia. Pastu jalan jalang kat Maidin, beli shaver murah, cd murah, dvd kosong murah...

Masa tu pun dah dekat kul 12 t/hari. Takkan nak makan nasi lagi, masih kenyang. Ronda jelah kat2 situ. Gi Chowrasta Market beli buah pala, bawa balik utk neighbour aku kat Paka dan juga untuk staff kat plant yang aku buat kerja tu.

Pok pet pok pet dah dekat kul 2 lebih. Yang aku dimaklumkan, perhimpunan tu start lepas asar. Aku pun ronda lah kat meeting point dia Mesjid Kapitan Keling. Alangkah terkezutnya aku bila Polis anti rusuhan sampai dulu daripada aku!!!!

Bila aku ambik gambaq depa, depa terkezutlah sikit.

Bersambung......

Wednesday, April 9, 2008

GANU to PENANG...

Aku pun jalan lah masuk ke dalam airport...Alhamdulillah...Sejuk. La nie Ganu panas. Tengah malam kul 3/4 pagi baru nak hujan. So just imagine how panas it is. Bila dok kat site lagi lah panas. Site aku tu, kalau hampa biasa lalu kut Paka, nampak chimney ka, nozzle ka yang dok keluar api tu, situlah tempatnya. Panas gak kat situ. Just imagine, walaupun hujan masih tak padam api tu.

Ok lah, dah melalut aku ni. Bila aku masuk dalam airport aku tengok jam, baru pukul 1:15. Lambat lagi nak bertolak. Dok relax kat cafe dia dan order nescafe, baca paper. About 1:40 aku pi check in. Tambang yang aku dapat ni actually RM9.99. Pi balik comes to RM112. Murah kan? Ha...tu yang buat aku ambik tu. Anyway kapal terbang dia kecik je. Fokker. Pakai kipas. Hari tu kat dalam departure hall tu ramai, sebab kena dengan cuti Maulidur Rasul jadi ramai lah rakyat yang belah balik. Student pun ramai gak.

Seperti biasa lah bila low cost carrier ni, kena jalan kaki lah pi naik kapal. Mujoq lah tak jauh. Masuk je, tengok wah...ramai betul.Pack lah. Ni yang aku tak berapa syok ni. Tempat duduk dia kecik. Aku ni besau. Tengok pulak aku kena kat tepi tingkap. Ada la tangachi duk kat sebelah aku, tapi ni jenis western punya tangachi lah. Student kut. Nak masuk dalm punya lah susah, last aku offer dia masuk dalam dan aku dok kat aisle lah. Aku suka kat situ sebab boleh tengok stewardess ...hehehehe...BAPA SUKA...Oleh kerana kecik kapal tu, tiap kali dia lalu dia mesti senerih, orang kata...hahahaha.

Yang bestnya kan, stewardess yang dok cakap tu orang panggil apa ha? Ketua pramugari lah kut. Dia ni berbangsa Cina, mata sepet la cikit, tapi cantik... Bila dia bercakap melayu, sedap, betui pronunciation dia. Tapi bila dia cakap omputih, alahai, aku macam nak suruh dia berhenti cakap je. Ni semua masa dok cerita camana nak pakai tali pinggang apa semua tu lah. Gah cekap lah pasai benda ni kut. Dia cakap omputih bunyi Cina habisss....

Takpa pi lah...Flight tu adalah lebih kurang sejam. Dekat nak sampai Penang, mamat yang bawa plane ni dah masuk dalam awan...Bergegar gegar kapal tu..Alahai..tak best betuilah feeling dia..Pasai kita dok tempat tinggi. Keluaq dari awan tu aku pun lega, dah dia masuk pulak. Gegaq lagi..Sekali ni lama gegaran dia...lepas tu siap masuk air pocket. Terjerit makcik kat dalam tu. Aku pun terkantoi sat.Panik jugak. Tapi orang tak berapa nampak lah panik aku sebab aku pakai kacamata gelap..hahahaa..ni supaya boleh tengok stewardess golek...hahaha joking lah. Aku nak tidoq sebenaqnya.

Bila dia touch down, aku lega sungguh. Jalan kaki lagi kat Bayan Lepas, naik tangga turun tangga. Tunggu bag keluaq, aku capai, terus keluaq, sebab aku dah terbau bau nasi kandaq Tajuddin Hussin kat Penang street. Keluaq tengok, kereta dah tunggu aku...Salam dan dia cium tangan aku......

Tuesday, April 8, 2008

GANU KITE

Assalamualaikum...

Aduh, rasa lama sungguh tak berkarya kat dalam blog ni..Risau jugak takut hampa kata hidup segan mampuih tak mau. Tapi walau camanapung aku dah ada time sikit ni, biaq lah aku merapu sikit ngan hampa semua. Rindu rasa tak dengaq habaq langsung pasai kawang kawang. Dah la aku ni dok jauh di Pantai Timoq, sapa pung takkata hello ka, apa ka... Aku rasa mungkin kalau dengaq aku mati barulah ada kata innalillah... atau pun "La....mati dah ka? Patut lama tak tulih dalam blog!"... Oleh kerana ada thought yang macam tu lah maka aku menukih kembali.

Aku pun dah cerita kat hampa pasai projek aku ni, cadangnya nak siap dan hand over 1st April, tapi nampak gaya kena drag sikit oleh sebab beberapa masaalah teknikal. Ini biasa lah bila buat projek camni. Dah pasang sistem nak kena tunggu dia run dengan sempurna, minor adjustment here n there. Aku terpaksa tunggu lagi lah sat. Lagi pun civil kontraktor kami tu lagi lambat buat kerja, pagaq dia tak siap siap lagi, main lobby baru nak bawa masuk orang. Penat dah marah.

Kemarin, orang KDN mai melawat projek yang aku buat tu sebab in adalah kehendak depa. Pasang CCTV kat plant OPTIMAL. Aku ingat Jit ka sapa ka nak mai odit.... Tapi aku pung sibuk jadi aku langsung tak nampak gang KDN tu.

So, how are people in Kedah? Any change ? La ni kan duduk bawah cahaya bulan, maka mesti muka semua nampak licin licin saja. Hilang kedut. Aku sejak PAS pegang ni tak jadi balik lagi. Sampai takat Penang je. Tengok DAP. Ok saja. Yang penting bagi aku nasi kandaq still taste the same. Aku dah kira oklah.

Aku la ni kalau nak balik KL ka, Pg ka asyik dok celapak naik Firefly lah. Tak larat nak drive dah. Boring gila. Lagi pung book awai kalu dapat murah dari harga boh minyak dan bayaq tol kereta. Anak aku punya ID untuk Air Asia pun boleh pakai jugak, discount 90% tapi tak leh booking. Lagi pula turun kat LCCT, lecehla jauh nak patah balik Subang tu...

Tetapi ada lagi satu snag bila naik plane kat Ganu ni sebab aku dok kat PAKA, nak pi airport jaauuh.....1 jam setengah naik kereta. Kalau bas dalam 2 jam, kalau jalan kaki berjam jam. Actually aku suka naik bas yang henti merata rata tu, sebab aku boleh tengok kampong, tengok orang, dengaq depa sembang dan sebagainya. Hari tu aku dah try. Minta memba hantaq aku pi Dungun. Dari situ naik bas gi K.Ganu. Bas kat sini tak dak aircon. Seat dia pulak dekat antara satu sama lain. Sesak napas mula tu, lepaih tu ok lah. Naik kul 10 sampai Ganu about 11:50 camtu lah. Harga tiket RM5. On the way tu nampak macam macam lah. Selalu aku bawa kereta jadi tak dak time nak enjoy scenery kampung dan kampung nelayan Ganu. Best la. Cuma as usual lah M'sian, beach banyak sampah. Tapi ombak belah sini kuat.

Bila aku sebut kat kolet bas tu aku nak pi Kuala Trengganu, semua orang tengok aku. Depa tau aku orang luaq. Sebab disana depa sebut Terengganu saja. Aku ingat aku dok dalam negeri Terengganu, mestilah aku kena sebut Kuala tu... Whatever lah...maka terbongkar lah undercover aku tu. Aku layan sat kepala aku pas tu lena..10minit lagi nak sampai baru aku jaga. Tu pun pasai drebar tu brek emergency.

Sampai Ganu, aku turung la, cari jalan camana nak gi Airport. Aku biasa pi, tapi aku drive. Pi toilet, bayaq duit, masuk kencing, keluaq tanya lah kat pompuan yang jaga tu..."Oh..depang nu ado stesen teksi..Mu jalang teruh depang nu" Thank you ma'am... Aku pung jalang gi depang nuh, masa tu dalam pukui 12. Panas lit lit, hang kata.

Awai lagi. Flight aku kul 2:25. Nampok stn teksi. tepi tu ada kedai makang. Aku dok ushar kedaimakang tu from across the road, tiba2 datang seorang hamba Allah tanya aku nak gi mana? Dia nampak bag aku bawak. Aku kata nak gi airport. Dia offer nak hantar, rupanya drebar kereta sapu. Dia tunjuk keta dia, Kelisa, bersih, canti dan berseri. Berapa? 20 rial boh(boss)... Mahal tu... Dok boh, sini memang harga tu. Ok lah, flight saya lambat lagi, dan saya nak tunggu kawan lagi. Saja lah aku aorta dia. Oklah, klu nak gi panngil lah. Saya ada sini! katanya.

Aku cross jalang, gi kedai makang sebelah stn teksi, odar(order) teh o ais. Dudok situ nampak orang makang mee sup. Aku odar bihung sup. Boleh tahang lah. About 1pm aku gi stn teksi, naik teksi.

Aku tak bag kat seat belakang dan aku dok sebelah drebar. Baru boleh sembang. Dia pung sembanglah. Masa tu topik paling top, pasai Derih Jusoh lah. Dia pok pet pok pet, aku tambah pek pot, pek pot. Good dicussion ngan drebar tu, tahulah sku sikit sebanyak persepsi orang ganu terhadap situasi tu.

Sampai airport, 20rial. Okay lah..Meter tak dak. Airport ni baru dok renovate dan tak leh la dia nak hantaq aku sampai depan pintu. Bayaq dia, bagi salam...aku masuk dalam airport....

Esok sambunglah...hehehehe