Friday, November 30, 2007

Assalamualaikum


Yo....kawang kawang. Sorry lost touch 2/3 hari ni cos hamba gi T'ganu.Apa lagi cari makang la kat sana.Pi tengok projek baru kat Paka. La ni dok ada di Penang la pulak. Anyway, aku paling seronok bila aku buka blog hari ni i.e 1:39am 30/11/07,pasai aku terkejut tengok ada komen selain dari Koden.Sharehah@Gah ngan Dik D masuk komen.
Gah ni bila aku hantar address blog dia terus fon aku tanya pasai benda ni dan juga bertanya habaq la sikit sikit.Kawan lah katakan.Walau pun dulu kat sekolah dia asyik terkejut saja bila aku nak cakap ngan dia...aku jeles gak dulu sebab dia selalu layan Herjit Singh...hahaha.Gah..Thank you very much for your comments.Menambahkan semangat betui. Bapa Sukaaaa...Tapi aku rasa dia masih dokterkejut mcm dulu juga.Bawah ni aku post komen dia dan hampa bayangkanlah kalau dia bercakap masa hampa baca komen dia ni.

Alo kawan. best juga cerita you yang mengimbau masa silam kita dulu. insyaallah I will make it a point to keep in touch. Email lah I kalau senang at sharehah_salim@yahoo.com. terpaksa go slow. bukan taktau tapi tak ada sebab nak sengkang mata kat computer before this.Thank you for giving me a reason to up date myself and I will try to keep in touch. Got to go now.Hope to hear from you soon. P/S well done.I love and enjoyed reading your blog. Bye now and dont be a stranger.-Sharehah

oops..salah email.my email adress is sharehah_59@yahoo.com.sorry.
-Sharehah

Hahaha...dia siap ada oops tu...Thats Sharehah that I know from 1966?Betul tak Gah? I hope u dont mind I masukkan email add u sebab nanti kawan2 lain pun boleh communicate gak.
Lagi satu aku nak cerita ni pasai Dik D. Aku mula mula minta dia hantar gambaq masa birthday Din ILY kat Kelab Shah Alam,pas tu dia kata nantilah n later tanya aku camana nak hantar.Aku tunggu punya tunggu sampai aku sms dia samada aku perlu hantar courier service tunggu kat depan rumah dia so that dia boleh hantar....Lastlast dia rasa kecik hati lah pulak.Pas tu aku bagi add blog suruh dia baca dan komen,tapi yg dia bising pasai aku tak boh gambaq dia. Aku kata klu aku boh gambaq and bio tak semestinya semua yang baguih je aku tulih sebab aku rasa ni lah masa nya aku nak lepaskan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati aku.Dia kata jgn lah tulih yang tak elok sebab bila dia baca, bini dia ada bersama2 dia.Apalah yang hang nak simpan dan sembunyi pun aku tak tau.Ini komen dia...

Kaluu bole tu biaq la gambar semua kawan2 ada. complete dgn biodata depa. tapi biodata yg baiklaaa.

kaluu bole tu biaq la semua gambar kawan ada. biodata setiap orang dimasukan.

Dik Di
org buta IT

Hehehe jgn marah..

Anyway gambaq yg kat atas tu adalah gathering yg buat kat rumah Talib pada raya kedua 2006. Ada nampak Rohizan Shafie kah? Muka dia mcm Dhalan Zainuddin kan...Kisah seorang Biduan tu...

Aku nak sambung pasai cerita Hasaza tu..Dia bila jumpa kami ni pakat seronok belaka lah.Dia cerita lah pengalaman dia...Katanya dia ada jumpa Hamzah.Hampa ingat dak Hamzah ni, dia ngan kita sampai darjah 3/4 camtulah..Mata dia berat sikit nak buka.Klu hampa ada gambaq Std 3,hampa check yg mata susah buka dan tersenyum lebaq di belakang.Kata nya Hamzah ni pun masuk airforce jugak jadi Hasaza kenal dia sebab mata dia nilah.Kata Hasaza mata camtu Hamzah sorang je dlm dunia.They met up and aku rasa klu tak silap Hamzah pun kata nama Hasaza tu pun sorang je dlm dunia ni.Hahaha.Actually Haji Hasaza dah..Dia ni punya lah takut anak dara dia jauh pada dia, dia sanggup beli GTi utk anak dia berulang alik dari kampus ke rumah.Ayah Mithali kan....but I wonder why dia risau sangat..Adakah dia dok kacau anak dara org dulu kat kolej??? Hehehe. Okay..dia ada arrange satu majlis makan kat kawan2 di Quality Hotel Shah Alam.Best tu..Banyak yg turn up. Ta, Kamal n Talib came all the way from Kedah.Gua respect lu org lah. Di sinilah Teh Hamid menunjukkan bakat dia yang terbenam selama ni.Nyanyi sedap gila.Siap duet ngan laki dia lagi...Coool... Li terong pun ada jugak tapi dia mai pasai di arah oleh Tuan Hasaza.Dia ni kan senior kita dulu. Malik, abang Koden also came. Gah pun ada with hubby dia. Rajan pun sampai walau pun dia sibuk sangat jaga anak dia la ni. Anak Rajan ni katanya tuition tiap hari,pastu weekend belajaq muzik lagi. Kesian budak2 tu.Tapi Rajan mungkin nak anak dia jadi penyanyi/pemuzik filem Tamil nanti ka,sapa tau..
Ada sorang dua lagi yang aku dah lupa..Oh ya..Pauziah pung ada.Tapi aku tak berapa ingat lah dia ni..Beropol ropol dia hari tu.Recently katanya dia dah dapat menantu...Congratulations.. So ada sorang lagi aku tak berapa ingat la..Koden will definitely update aku.
Aku balik Penang ni actually ada mission. Benda ni berputik between aku ngan Din ILY untuk menolong salah seorang sahabat kita yang aku rasa dhaif lah sangat kehidupannya.Aku kesian tapi kadang2 aku meluat sangat dengan perangai dia.Aku actually nak ajak hampa hampa semua pakat pakat chip in dan let this guy get a kick start to his life balik.Tapi bila aku cuba2 bring up subject dia ni banyak lah cerita cerita negatif dia dan aku rasa mungkin tak dak yang really feel tentang dia ni.Terus terang aku cakap aku amat kesian kat dia dan aku nak cuba tolong dia walaupun aku ni pun bukannya well to do sangat.Aku pun biasa tunggang terbalik juga but I never give up and not ashame to admit defeat and start all over from scratch. What to do...thats life. So now aku ngan Din je lah yang sangkut dan willing to rugi if it doesn't turn out ok.We get a stall kat Pesta Penang which starts today and try to sell his product and klu boleh nak jual dia sekalilah...Klu hampa rasa nak contribute pun boleh atau hampa rasa nak melawat Penang mai lah melawat kat stall dan belilah apa2 yang patut. Just thought that I should let you all know about this.Not forcing or begging but I need for you guys to feel.He stays in a surau now and dok tunggu samaada Pejabat Ugama Wilayah bagi green light untuk surau tu di robohkan sebab ada projek highway yang lalu kat tepi dia.Pas ni aku tak tau apa nak jadi. I hope sincerely to promote him and his trade so that he live a normal life and have food on the table and be able to pay for his dentures(false teeth)...Hehehe. Jokes aside.Apa lagi yang kita boleh buat. Dia pun tak leh nak tukar trade dia lagi cos thats the only thing he knows..Whatever it is...dia kawan kita dari kecik.Dari Sultan Ahmad Tajuddin School.Nakai dia ni dulu.Jahat yang amat.Tapi aku rasa nak betuikan hala tuju dia je.48 tahun dah umur kita semua la ni.Klu hampa ada idea yg bernas do drop a line and see what we can do.Aku kenai dia dari SATS lah,ada juga yang kenai dia kat SAHC dan ada yang jumpa dia kat SMJ.So renung renung lah...
Aku chow dulu for now.Next aku rasa nak buat karangan ataupun Biografi tentang hamba Allah yang bernama Roshdi @ Dik D.Banyak sangat cerita dia yang menarik,lucu,menyakitkan hati dsbnya.Aku harap sapa sapa ada nak kata apa apa dasai dia email lah aku dulu supaya aku dapat edit dan ceritakan kepada dunia...Hahahahaha(Gelak mcm Jin)..Ini Ahmad Albab yang punya.....Jangan herot sudah...
WASSALAM.

Thursday, November 22, 2007

4


Hari ni aku letih cikitlah ...Banyak kerja siang tadi.Pi sana sini dengan jam nya.Hampa tau sajalah KL ni kan.Aku cuma upload beberapa gambar untuk buat renungan lah sekiranya hampa masih ingat dan kenai. Gambar yang kat atas ni lah Kamal.Dia ni rajin betui bila nak buat apa2 berkenaan ngan reunion budak2 SMJ semua.Dia sanggup mai KL bila kami buat makan2 ke apa ka.Dia rajin sungguh.Tapi aku kesian dia sebab dia tak dak email lagi.Hari tu dia suruh aku buat kat dia,tapi aku pun tak sempat,tapi sebenaqnya aku lupa,pastu aku rasa susah nak ajaq dia nak access semua. Nanti lah bila aku jumpa dia kat mana2 terus bawa dia p cyber cafe dan buat kat dia no. Kalau hampa rajin tolong lah buat kat dia. Dia la ni kerja kat Mega Mall Butterworth. Aku nak balik Penang 28hb.ni maybe aku pi jumpa dia kalau aku tak sibuk sangat.
Hj.Hanin..Timbalan Pengarah kat Jabatan Ukur Malaysia.Dia ni penyengap dulu ni tapi ada juga nakai nakai dia tu macam dok pi hisap rokok kat Kg.Padang tepi sungai Jitra dulu.Takat tu je lah yang aku tau pasai dia ni.Tapi dia selalunya senang bila ajak buat apa2 kat KL.Gambar ni actually aku crop dari group photo perjumpaan di rumah orang kaya Mutalib last year.

Azizan Darus a.k.a Jan Darus.Dia ni dari dulu lawak.Aku ingat lagi kalau masa masuk scout(pengakap) dulu,bila ada perjumpaan ka apa ka selalunya kita di beri kompulan.Pastu semua kumpulan kena buat persembahan(sketch).Semua org suka kalau Jan masuk kumpulan depa sebab dia lawak.Mesti tak kering gusi ngan dia ni.Dia mai KL lama dah.Klu tak silap aku dia stat kerja ngan bas mini dulu kut pastu masuk Dunlop and then dia buat bisnes sendiri.Usahawan yang berjaya aku rasa.Hari tu artikel dia keluar dalam Mastika kut pasai kenderaan dia semua bernombor 786.Kata mamak Penang nombor tu no Bismillah tapi aku tak tau kira camana.Kereta dia no.786,motor dia no.786,pick-up Ford merah tu pun 786 sampai kereta kebai yg baru beli ni pun 786.Serba serbi lah.No.telepon dia ada sikit lari hujung dia 876. Aku rimas sikit bila telepon dia ni sebab selalu bini dia jawab.Takut aku nak cakap apa2... Jan jgn marah haaa...

Yg ni Teh Hamid.Dia Pengurus PTPN la ni.Klu anak hampa nak pinjaman ka atau hampa sendiri nak buat pinjamam belajaq kontek lah dia. Dia ni kat SMJ dulu teramatlah diam orang nya.Takut kutu2 ni nak kacau dia. Tetapi aku dan kawan2 lain amatlah terkejut sekali bila kami buat reunion kat Q hotel Shah Alam yg dianjurkan oleh Angkatan Tentera Udara Malaysia dia telah menyanyi k-ok ngan suami dia.Sedap...Aku dengar mami jarum(Ta) kata dia siap ada Audio CD nyanyian depa. Memang berubah tapi dia best lah.Hope u read this Teh.

Shukri a.k.a Bangau.Dia ni klu tak silap senior kita setahun kut.Anyway,aku terjumpa ngan dia pada suatu Hari Raya di restoran Nasmeer simpang kola.Rest tu lah satu2nya rest.yg buka hari raya tu.Aku ngan anak2 aku pi kena teh,tiba2 aku nampak dia.Aku tak tegur dia lagi sebab aku need time utk recall nama mamat ni.Pikiaq punya pikiaq aku ingat Bangau duku.Tak dan aku approach dia,dia mai kat aku dulu.Dia ni stat gather no. fon dan alamat budak2 SMJ ni lagi lama pada Kamal.Dia siap buat buku. Haaa,dialah yg bagi no.Jan Darus kat aku.With that no. lah maka kerja2 mengontek kawan2 lama bermula.Thank you very much Shukri.

Wednesday, November 21, 2007

3

(Burstday Din ILY kat Kelab Shah Alam)

Cuma aku nak buat spelling correction for nama Tharumambal n NOT Thirumambal.Satu lagi nama2 yang hang benak sangat sampai tak boleh ingat. Anak Pak Nayan nama Zurina. Aku ingat nama dia sebab dia ni manpak cenge masa dlm kelas dulu. Macam Farizat. Tapi Farizat lagi teruk, siap sanggup hambat orang bila sia marah.Eeee... Dear Zurina n Farizat,Kalau baca ni, jgn marah noo. Ni pesepsi dulu. La ni I tau u all memang wanita2 yang baik hati.Cikgu yang hampa p tengok d Taman Jitra (kawasan rumah aku la tu)is Cikgu Wahab Yahaya.Pasai Nazri yang hang discribe GEMUUUUK tu, aku rasa 1 lagi sebab yang dia gemuk tu ialah kerja dia yang TAK BERAPA BANYAK KERJA. Klau tak dak apa2 yang terbakaq, orang tak lemaih, ulaq sawa tak tesekat dlm longkang, accident ngeri n mungkin kucing lekat ataih pokok ka, depa tak dak kerja sangat. Praktis saja la, buka getah n gulung balik cepat2.He he he. sorry la Nazri, saja syok nak kacau hang.Last but NOT least aku nak put the record straight.Hang kata aku tak takut bibi n bini pun tak takut kat aku. SALAH!Dlm kes aku, benda ni tak timboi langsung. Macam yg aku kata dulu, dlm kes aku, it's all about a major decision. ALL MAJOR DECISIONS IS TO B MADE BY AKU! Bini aku buat minor decisions saja.Obviously minor decisions la yang banyak. Banyak tahun dah aku tak buat major decision.

Klu warna merah tu Koden punya komen lah. Untuk pengetahuan hampa,aku mana sempat jumpa anak pak nayan tu kat sekolah. Aku dah kluar baru dia masuk.Tapi aku tau bila hang baca saja , klu aku tak ingat nama pompuan memang aku tau hang akan bekalkan.Hahaha. Jit pun ada baca blog ni pagi tadi dan dia kata nak sambung tapi tak leh.Jadi aku suruh dia masuk dalam comment supaya aku boleh edit dulu dan masukkan camana aku buat kat Koden.

Dalam kes minor and major decision ni sepanjang yang aku tau memang tak dak pun lagi decision yang di kategorikan sebagai MAJOR....Tapi walau camanapung asal bahagia..

Okay lah...Tetapi aku nampak ada juga kawan kawan yang kat sekolah dulu aku tak perasan langsung. Mungkin juga sebab kita dulu ada 2 medium.Melayu dan English. Tapi apa sekali pun bila dah jumpa semua orang boleh sembang lah. Masa ni juga lah aku baru kenai sapa Talib. Aku rasa macam besa lah tengok kat SMJ dulu. Dia ni jenis yang selalu tak boh butang baju punya. Samseng gila...hahaha. Tapi dia ni lepas perjumpaan tu dah jadi kawan baik pulak.Nanti aku akan ceritakan bila sampai masanya.

Kami balik KL pastu dan buat report la kononnya utk kawan2 yang tak mai... Tapi masa ni kami masih musykil sebab tak dapat locate Rajan. Dia ni last sekali depa kata dia kerja kat SIRIM Shah Alam. Tapi pegawai KDN cari tak jumpa. Tak pa...kami cubalah cek merata termasuklah tanah perkuburan Hindu. Bila tak jumpa situ aku lega sebab mesti dia masih hidup. Hahaha just kidding guys.

Seperti yang aku cakap dulu lah,kami selalu berjumpa 3 orang kat Stadium Bukit Jalil. Aku,Dik D n Din ILY. Tengah hari je mesti lunch kat astaka dalam stadium tu. Kekadang Koden join gak.Tapi yang best tu pada suatu hari kami decide nak pi K-ok kat summit.Ni semua idea Koden lah,pasai rumah dia dekat ngan Summit, Subang Jaya. Aku ngan Dik D naik satu kereta. Kami punyalah melalut,menyanyi dan sembang. Dah habis K-ok,sambung sembang kat parking lot,pastu pi kedai mamak dekat rumah Koden sampai pukul 4pagi da.. Din ILY malam kalu tak leh keluar...Anak kecik la katakan dan bini baru pulak tu...Hehehe.

Dalam dok jumpa2 tu dah terdapat nombor seorang askar udara kat Sg.Besi. Nama dia Leftenan Kolonel Hasaza Hanafiah. Haaaaa....dia ni,aku,Rajan dan Lim Wee Dek dulu sama2 masuk Sek.Teknik. Apa lagi kontek2,dia terus mai jumpa kami kat Bkt.Jalil. Sapa sangka budak yang bila kena marah ngan cikgu je keluaq ayaq mata,la ni dah jadi Lt.Kolonel. Dia mai jumpa kami pakai uniform tu. Handsome gila dengan uban dia tu. Esok sambung lah no...Take care guys.

Sambung.....


Great start Bro! Tak pa la tara tu. Yang penting hang dah initiate.Aku nak komen 1- Hasni - Jabatan Perancangan Bandar. Pangkat apa aku pun tak tau.2- Lim Hong Huat- mai juga. Dulu Mat Maidin panggil taukeh katak. La ni dia dah betoi2 successful Taukeh Mesin2 Berat i.e. Backhoe n sebagai nya.That's all. Aku nak tengok Nadal lwn Gasquet dah. CiowKODEN

Ini lah apa yang Koden komen.Aku tau aku boleh harap kat dia.Cuma hak lain2 rasa mcm susah sangat nak cerita. Yang aku tau Dik D langsung tak leh nak masuk.Reason being dia buta IT kut. Tapi tak pa lah. Dia kata nak belajaq.Tapi aku rasa dia benak sikit lah.Hehehe jgn marah.Apa yg aku kata tu memang betui.Kalau hang dah dpt masuk blog aku dan baca ni consider aku bagi cabaran kat hang utk belajaq lah. Walau pun dia kena heart attack dulu sampai katanyalah dia herot la apa semua tapi aku suka pasai dia kata nak belajaq IT supaya dia lebih terror pada aku.Aku bukannya terror tapi aku suka benda2 ni semua.Thats why la kut.

Bila aku start pen blog ni 1st person aku bagi tau adalah GF aku, 2nd person adalah Koden dan seterusnya Jit, Dik D n Gah.Gah call aku pas aku sms dia.Kata nya dia dah lama tak pakai komputer dan tak tau sama ada dia boleh cek apa yg aku tulih.Kami sembang sikit tanya pasai our parents and her in-law. Tapi aku rasa aku tak nak boh kat sini lah.

Pasai pak aku boleh la aku cerita. Dia masih lemah dan aku dok kira nak bawa dia mai KL lah sebab aku ngan adik aku ada d sini jadi kalau hospitalised kat sini boleh la kami tengok2. Klu tak aku rasa payah nak jaga. Kena ambik cuti lagi dan sebagainya.Kami cadang nak boh dia kat Hospital Putrajaya.Tu pun sebab adik ipar aku kenai ngan Doktor kat situ.Member dia. Lagi pung kat Putrajaya tu tak sibuk sangat. Maksud aku tak ramai orang.Lagi pung situ semua org sihat2 belako. Jadi tak ramai lah org.Senang nak buat appointment and what not.

Ok anyways...aku nak sambung balik cerita aku dulu...Lepas jumpa kat Quality KL tu kami rasa mcm close lah. Rasa mcm ada gang gitu..

Masa tu aku tengah buat projek KL- Putrajaya hiway. Aku base kat Package 5 i.e Sri Petaling and Bukit Jalil and Technology Park.

Dik D ngan Zainuddin Ahmad selalu mai jumpa aku kat situ dan kami usually have lunch together and sometimes bila hujan Koden akan join sebab opis dia bocor. tak leh kerja. Opis dia kan court tennis, klu hujan hancus tak leh mengajar budak2 tu.

Di sinilah Din "LUYEN" tukar nama.Tiap kali dia dapat telefon dari bini dia (DES) dia cakap dgn manjanya dan bila nak end conversation tu dia kena kata 'I LOVE U" kat bini dia. Aku rasa that is a very good gesture. Bini muda lah katakan...hehehe. So daripada hari tu aku panggil dia DIN I Luv U. Koden pun setuju sebab bila Koden ada dan dia dpt call aku suruh KODEN dengar dan confirm...Hehehe.

Dalam pada masa ni kami dapat tau bahawasanya Kamal ada buat reunion untuk jumpa kat Restoran Etong di Jitra.Sorry lah aku dah lupa date dia. Komputer aku crash lah jadi gambaq2 aku semua gone.Jadi aku lupa lah date dia.Jgn mare.Anyway, gambaq tu ada print dia cuma aku nak kena cari balik lah. HAMPA SABAQ LAH... Klu hampa support blog aku ni boleh lah aku rajin sikit mencari..Dan juga aku harap lah klu hampa baca blog ni, bagi tau lah kawan kawan lain so that kita boleh berkembang. Bukan nak untung, cuma klu boleh kita guna lah blog aku ni sebagai perantara utk kita berkomunikasi.Dahsyat juga bahasa melayu aku ni kan.Apa saja bahasa omputih yang di melayukan aku rasa syok nak sebut. Bila, kita nak ada bahasa kita yang solid. Tak kisah lah tu. Tapi aku rasa apa saja bahasa omputih kalau hang bubuh 'i' kat belakang dia otomatik jadi Bahasa Melayu. Interact jadi interaksi, communicate jadi komunikasi,corruption jadi korupsi dan sebagainyalah.

Actual fact(fakta: yg ni kena tambah 'a', jadi teori aku tak betui), banyak bahasa omputih yang kita melayukan...dari dulu lagi.Umpamanya...ayaq lemened = lemonade, kicap = ketchup, gostan = go astound, rokok sekerit = cigarette dsb. Tapi kalau hampa ingat lagi hampa komen lah pas tu aku post kan supaya kita boleh gelak sama2. Bewak= Baywatch sebab...aku dah merapu dah...hehehe.

Ok back tu reunion kat Etong....

Aku langsung tak tau Etong tu kat mana...cuma yang aku tau nama Etong tu dok berlakun dalam wayang kulit Hosba kut kalau aku tak silap lah.

Dari KL cuma aku, Dik D dan Jan Darus yang hadir. Hak lain tak leh nak make it. Koden biasa lah...macam2 akan jadi kat dia bila ada function apa2.Tapi its all about family lah. Hampa jangan silap...Dia bukan takut bini, cuma bini tak takut kat dia....Hahahaha. Jangan marah Koden. Yang sebenaqnya benda ni banyak yang lalui, cuma tak nak mengaku. Tapi benda ni tak salah.Hampa tak perlu malu.Sapa tak sayang bini oi......Aku ni selalu melalut lah.

Aku balik ngan Dik D dan kami singgah Penang semalam kat rumah aku pas tu kami bertolak lah ke Aloq Setaq. Sampai AS kontek pi kontek mai, Fadzillah ngan Roshita ikut kami pi sekali ke Jitra. Sebelum tu aku manage to contact Chandran whose working inTelekom A/S dan juga dapat bercakap ngan Herjit Singh.Biasa lah mesti jadi lawyer punya. Bila aku cakap ngan dia 1st sekali dia tanya aku pasai Sharehah.Rupanya dari dulu dia suka kat Gah.Tapi Gah bagi tau aku dia biasa cucuk tangan Herjit ngan pensil pasai meluat perangai dia....Hahahaha. Apa pun...Donny Osmond besa nyanyi...And they call it Puppy Love......

Ok...sampai sana aku dapat jumpa Nazri Zakaria budak Tunjang tu. Org besar Bomba Jln.Perak Penang masa tu. Gemuk dia la ni,maklumlah hati senang, duit banyak, pangkat besar dan mungkin bini dia masak best...

Khalid yang main hoki dulu tu pun mai jugak.Aku selalu jumpa dia masa aku dok kat Farlim, Bandar Baru Air Itam, Penang.Lid ni dulu kerja polis hutan pastu dia dah masuk jadi polis pekan.Dok kat Farlim ni lah.Petang2 dia meniaga bihun,mee & kueh teow sup kat depan kuarters dia.Sedap. Aku selalu makan.Bini dia mek Kelate...Dia macam dia lah..diam tapi best.

Reunion tu tak banyak gang english medium.Lebih banyak gang malay medium. Tapi semua jadi gang.

Anak Pak Nayan guru besar SM Pulau Nyior pun ada tapi aku tak kenai lah sebab dia masuk lepas aku keluaq. Thirumambal ada....Tak kawin2 lagi dia ni, aku pun tak tau pasai apa lah.Anyway Kamal did a good job. Kami mingle ,sembang until finally ada cadangan nak pi tengok cikgu SMJ dulu yang kena stroke kut dan tak sihat.Kami buat collection dan terus pi rumah dia semua. Alaaaaa...aku lupa lah apa nama cikgu tu sebab aku ingat2 lupa dia tu. Yang aku tau semua depa kata dia cenge(garang).

Oh.ada lagi sorang mamat nama dia Jamal.Aku tak leh ingat dia tapi dia kenai aku lepas aku gelak.Dia kata aku gelak serupa macam dulu, betui ka? Whatever.....Pas tu lama sikit baru aku ingat sapa dia.

Kami pun bergerak pi rumah cikgu tu dan aku tengok dia pun kesian.Dia sedih sebab budak2 dia mai tengok dia.Aku pun sedih.

Kat Etong tu aku jumpa ngan Mutalib a.k.a Lid. Mai ngan Mercedes besar dia ni...Kaya,kaya,kaya.....

La ni dah pukui 3:30 pagi 21/11/2007.Aku ingat aku berhenti dulu kut.Aku ada post gambar masaTalib buat reunion pada krismas tahun2006.Nanti aku cerita pasai tu lah..Hampa tengok2 lah gambar tu...

Kalau hampa ada gambaq kita yang lama2 tu email lah kat aku.Aku akan post kan. Koden! Komen....

Take care guys till we meet again.....

dz.

Friday, November 16, 2007

Hello PEOPLE....

Assalamualaikum and Salam Sejahtera to you dear friend ,

First time trying out on a blog. Some of you might laugh at the setup and what not but I don't care. Reason being I started it first. Hahahaha...

Anyway..Let me tell you why I decided to have a blog.

Leceh la cakap org putih,bukan apa takut org lain yang tak berapa reti tulis omputih tak mau join dan berinteraksi. Yang sekolah kat S.A.T.S pun ada jugak yang tergelinciaq(tergelincir) bila mai bercakap omputih ni. Sorry dah melalut cikit.

Pada suatu hari, lebih kurang 2 tahun yang lalu,aku merantau ke bandaraya KOSMOPOLITAN ni...hehehe...hampa rasa macam baca buku cerita dulu2 dak?

Ok...Bila aku sampai KL aku mula teringat kawan kawan yang aku dengar dulu dulu ada di KL. Jadi aku mula cari. Ta JPJ bagi tau kata ada org nak buat reunion kat rumah Koden di Taman Jitra untuk budak SMJ batch '76 kut, ingat ingat lupa lah. Aku pun interested.Dia bagi tau mamat yang nak buat tu nama Kamal.Langsung tak masuk image dia ni dalam kepala hotak aku. Aku happen to jumpa Jan Darus sebelum tu di Jitra. Hari raya lah . Aku kontek dia tanya no. telepon Koden (Mamak ni aku tak jumpa lama betui.) Dia bagi no. aku terus call dia. Dapat hang kata. Aku intro diri aku dia tanya yang mana satu.Bagi tau nama pak aku baru dia rioh. Teringin sangat2 nak jumpa. Pas tu dia start kontek la gang lain maka kami pun ber muzakkarah lah dekat Mesjid Tabligh di Sri Petaling. Kedai mamak kat sebelah mesjid tu lah...bukan kat mesjid betui. Best....

Antara yang hadir ialah :

Koden- sampai awai sekali.
Jit Md Noq/Dik D(Roshdi)- depa mai sekali dari Putrjaya
Jan Darus /Hassan- depa mai sekali juga
Zainuddin Ahmad - mai dari Klang

Sapa lagi kalau aku lupa minta maaf je lah. Malam tu kami sembang gila sampai ke tengah malam. Cerita yang paling best sekali aku rasa adalah apabila aku tanya Koden ,Kamal tu sapa ?Reason aku tanya tu sebab dia sanggup bagi rumah dia untuk buat reunion.

Jawabnya = 'Aku pun tak tau Kamal yang mana satu'

Jadi aku rasa Kamal ni adalah sorang salesman yang paling best sekali lah sebab dia boleh convince Koden sampai camtu dan Koden pulak aku tak tau apa nak kata lah...Anyway aku tau niat Koden tu baik...kan Koden kan?

That was the time kami ambil keputusan untuk cari semua yang ada kat KL dan merata Malaysia untuk buat perjumpaan selepas 20 tahun tak jumpa.

Kami decide jumpa di Quality Hotel KL. Good turnout.Dari Alor Star pun ada yang mai.

Antara yang hadir:

1.Amin Bahari - Dia ni nakai gila masa form 1 & 2 dulu. La ni kat Langkawi.UMNO kuat.
2.Zainuddin Ahmad - Bawa bini muda ngan anak kecil.(Teruja kawan aku yg mamak tu)
3.Roshita Mansor - Ada kat JPJ A/Setar la ni. Mami jarum la dia ni.Lip lap lip lap
4.Fatimah Zaharin - Dewan Bahasa & Pustaka. Pustakawan.Mcm dulu gak
5.Hasni - Aku dah lupa apa dept. dia ni. Tapi org besar la jugak.
6.Hanim - Jabatan Ukur KL..Dah Hj lah.Alhamdulillah.Timbalan Pengarah Topo kut.
7.Aziz Md.Nor - Pegawai besar dalam KDN. Badan kecik.Pangkat besor.
8.Fadzilah Ahmad - Bisnes woman. Berenti cikgu. Dahsyat gila.
9.Sharehah Salim - Gah dok mcm dulu jugak.Slim dan selalu terkejut.X-stewardess guys.
10.Fadil - Aku tak kenai dia sebab aku kena keluar dari SMJ awai. Nice guy.
11.Amaduddin Arshad - Madud the Artist. Dia ni banyak cerita. Nanti aku buat 1 artikel 4 him.
12.Yusof Chin - Dia pun aku tak perasan. Masa tu dia polis kat Putrajaya.La ni dah OCPD.
13.Mahayuddin - Lecturer U mana entah.Prof dah kut.
14.Roshdi Abdullah - Bisnes man besar. Pakai baju batik dia ni.
15.Kamal - Great bisnes man..Baru aku ingat yg mana satu dia ni.
16.Azizan Darus - Jan mcm dia lah.Jual beras la ni. Ada kedai runcit kat selayang.
17.Hassan - Senior kat SMJ dulu.Tapi kepala best.Dia ni p kerja merata dunia dah.

Lagi sapa ha? Nantilah bila aku post gambaq baru boleh tengok.

Aku harap kita semua boleh guna blog ni utk communicate dan sekiranya hampa rasa nak masukkan gambar apa apa ka, nak tunjuk gambaq cucu ka email la kat hamba.Please comment so that kita boleh improve klu harap hampa mesti tak mau buat punya benda2 camni...kan?

Tak pa lah...Hope to get some feedback from u guys.

p.s Last sekali aku tulis karangan adalah masa mamak maidin mengajar....