Sunday, January 20, 2008

http://darah59-glassart.blogspot.com/

Assalamualaikum....

Waduh,waduh,waduh....kok rajin sekali kawang2 aku ini menjengok ke teratak cyber aku ni...Aduh.. Ampun,kok aku sudah lihat semalam, tapinya enggak senang, lalu ku simpan aja dulu. Pikir ku kapan ku senang baru ku mulain lagi...Agghhh...

Ada yang laki dok tengok TV depa buka blog, ada yang baru balik dari mana2 pung buka blog..Rasa syok lah aku bila memikirkan ada kawan kawan dok melawat, pastu menjampuk..memang klas gitu.

Gah...I tak marah aih kalau you dok masuk selalu..Bapak suka...Kalau u kata I boring dengar celoteh you dan you suruh buka blog lagi satu dan jangan kasi tau you kan? Well tengoklah tajuk diatas tu...I nak habaq kat you juga..Masuklah melawat lawat..Actually yang tu kira macam Gift Shop lah. Kalau rasa2 nak membeli present kat sesapa ka...orderlah. Ini untuk kawan kita juga. Nak berceloteh pung boleh dalam tu, tapi saja kami tulih omputih supaya bangsa lain kut terjumpa,mau lah juga depa dok tinjau... Melawat lawatlah..dan bagi bagi taulah, war warkan lah,anak sapa nak kawin ka? Cucu sapa nak kawin ka? Laki sapa nak kawin lagi satu ka? Ooopps silap...Sensitif...

Bila Gah kata dia ingat SATS dulu papan dan tingkap nacor dawai besi jerejak square, sedap lah kata2 tu. Ooohhh jadi hamap dok stat terkejut dari SATS lah? patut lah sampai ke la ni pung ada gak sikit2 tu..

Betuilah...tuhan pun dah tukaq kita banyak kali dah..antara sedaq dengan dak saja..Walau camana pung selama ni kita jumpa tak dak la sapa2 yang nampak riak merak buih pulak.Walau pun tempieh tempieh tu adala sikit.. But so far gang kita tak dak lah yang terlalu perasan,terlalu nak menunjuk nunjuk, atau terlalu mau dihormati..So far so good. I'm talking about SATS now. Hak sekolah lain tu ada yang eksyen2 sikit...umpamanya Jit Md Noq...eksyen tu mamat tu. Tapi eksyen pun kena ke dia..Hahaha Jit...ensib lah kalau nak marah. Dia di didik macam tu dalam PTD, jadi marah lah kat kerajaan. Aku la ni sanggup marah kerajaan. Tapi dulu time Tun aku tak marah langsung walau pung kadang2 aku terkilan. Aku ni kan masuk jawi kat Tun dulu. Respect dia habis...

Ada juga yang pakai kereta yang tak dak lagi dalam Kedah dan Perlis masa dia beli tu..Tapi bila tanya dia , kata dia aku tak riak...cuma nak bagi taulah takat kereta aku ni tak dak sapa pakai lagi dalam Kedah dan Perlis..Maka gah lah satu kampung adanya, dengan kebangkitan kembali anak watan yang lama menghilangkan diri, membawa balik harta berguni guni setelah menghilangkan diri atau lari? tapi sebenaqnya dia berlari pun bawa guni..Hehehehe.

Aku hari ni baca Sunday Times, ada lah nama nama yang terima anugerah dari Tuanku. Tercari cari lah juga aku kut kut ada nama kawan yang ku kenali ni, tetapi apakan daya, hilang gigi tinggai gusi...Mungkin di lain kali. Jangan bersusah hati, gunung di kejar takkan lari, melainkan depa mai korek berlori lori. Seronok rasanya kanda berbicara begini, tak selalu tapi sekali sekali,agar dapat menghiburkan hati, kepada orang yang tak dak gigi..hihihi.

Aku ni sebenaqnya semalam tak tidoq sejerit pung..Banyak kerja nak buat la kat sini. Lagi pung OPTIMAL plant ni memang banyak sangat documentation dia jadi aku terlalut buat sedaq sedaq dah pagi. Tadi kul 10:30 ada meeting, pas balik tu aku tidok kat meja aku masa lunch.La ni dah 8pm..aku rasa ngantuk pulak dah.

Untuk pengetahuan Koden, aku bukan cerita pasai SATS specifically dalam blog yang previous...aku teringat nak cari badge sekolah kita dan nak tampai...dalam dok cari2 tu lah terjumpa SMKJ dan SKAT. SMJ tak aktif dah portal dia..ada badge ja. Aku lebih kepada nak cari badge SATS tapi tak kejumpaan.Maka aku memutuskan untuk memasukkan badge SMJ jadi tak lah orang yang lain drpd SATS terkilan. Our common ground is the pavillion SMJ. So am I right or am I right?

Whatever!!!!..Aku akan bertolak dari PAKA hari Khamis pas kerja. Insyaallah sampai sana about 9 kut, macam hari tu lah. Kami ada perjumpaan tu malam tu, aku, Koden n Hasaza.Hampa pikiaq lah tempat mana2 pulak..Tempat tu hari tu park kereta lama2 penoh ngan tahi burung lah.

Ok guys I'm counting the days now....ngam ngam 5 hari lagi aku jumpa hampa semua..Offer baguih dah bagi..tak dak tambahan lagi ka? Junior dah dengaq ada 7 orang...meriah lah tu.

Ok..Gah kata:

Assalammualaikum. Jampok lagi. Bukan apa, selalu nya buka computer ni sari sekali ja. Tapi la ni TV Zaki punya. Dia belek kotak bergambar dok tunjuk jantan dan bertina tungin tunggu bola nak hawin reket. I sampai tak boleh nak celah tengok manusia jalan tegak langsong. Dok tungin, tak lengoh ka pulak nooo.. Sory Koden no offence. Bukan apa geram rancangan kegemaran I pun terlepas. So, that is why lately I rajin jampok. Kena la pula dia banyak hari tak keja. Bila time reunion, kita pun tak mau tengok TV jam tu la dia baru nak pi kerja. Kalau tidak kan senang nak pi ada teman. Ni terpaksa la ugut kawan to accompany me malam tu.Ada ka patut. Tersentuh juga perasaan baca sejarah sekolah kita kan.Dulu sekolah papan and tingkap nacor. tak lupa dawai besi jerejak square.I dont know about you all, tapi bila hujan lebat I takut sangat kilat and guroh. Rasa masa tu macam tadak protection against the weather. Terkejut every time. La ni amboi tengok sekolah dah tak cam. Berlain langsong, takdak rupa macam sekolah dulu langsong. Macam tu la kita semua nooo. Dah banyak kali Allah Taala buat renovation atas diri kita dalam sedar tak sedar sampai rupa dan perangai kita jadi macam ni hari ni. Alhamdullilliah. Tapi foundation nya tetap sama kan. Sory la kalu I merepek banyak sangat, bukan apa selalu nya dah tak dak kerja opis la katakan. Orang pencen muda, its either tengok TV, hang on the phone or keluar dengan kawan. Ni banyak hari la pulak Zaki kat rumah semua kena tanggoh. so please bear with me. Promis not for long. Dz menyesai ka habaq kat I pasai blog dia. Kalau ya buka blog lain and dont tell me k. Ok lah. Kalau you all need any help in organaising the reunion please do not hasitate to let me know k. Thats it for now, bab Zaki dah keluar nak jemput anak I daripada main Tennis dengan idola dia Uncle Koden. BYe.

Tingkap nacor besi jerejak square....hahahaha

Kodeng kata:

Assalamuallaikum,

Amboi tak sangka aku ni dah 1/2 abad pun masih dok jadi idola tenis lagi. TQ la Gah.
Gah ni memang isteri mithali la. Zaki nak tengok tv saja, dia mengalah. Ya la Gah, dia dok terbang keluaq Malaysia, nak tengok tv pun tak dak mood. Lagi pun I would consider you as a very fortunate lady sbb dia tengok tv d rumah saja. Kalau dia libat dlm hobby di luar rumah yg you tak boleh tengok.... lagi la pening.
Asam garam suami isteri la... muncong memuncongi, geram menggerami, bebel membebeli, jealous menjealousy. Alamak aku dah cerita pengalaman pula ni. Sory la kena tukaq tajuk cepat2.
Balik ke cerita Dinner kita ni, tadi aku dapat call dari Yan (adik aku yg Dz kata dah berkeping2) habaq yg 7 orang dari badge depa akan join malam tu nanti. Makin meriah dah ni.
Ni, nak tanya Dz sat. Hang ni confuse sikit kot. Yg hang p bubuh badge SMJ kat cerita pasai Mat Tajudin, apa hai???
Tapi kira OK la tu. Kalau bubuh badge Sekolah Keb. Jejawi Perlis, lagi kacau. Kan?
Aku tak mau melalut malam ni sbb aku letih kerja hari ni n pening dok hambat peluang nak pencen cepat ni. Sampai tidoq pun tak ok semalam.
So malam ni aku nak masuk tidoq awai. Kalau ada permintaan kaum ibu pun mungkin kena KIV dulu kot ( kesian kat Dz... dia tak paham tajuk ni... piii rah!!! )

Wssllam.

CIOW.

KODEN

Hahahaha...ada lagi rancangan Permintaan Kaum Ibu ka? Aku ingat tu rancangan radio time Pak Chat dulu..Masa dengaq radio pendidikan dalam bilik guru!!!!

La ni aku dengaq HOT FM.....HOT.....HAhahaha.

Well she's a 1 man woman, she's a 1 man woman...And I'm a 2 timing man...

Cheerio guys...sehingga berjumpa lagi di udara..sambut lah salam selamat malam...

dz

3 comments:

Anonymous said...

Assalamuallaikum,

Hari ni aku nk jampuk strait to the point saja. sbb nya.... letih n stressful sikit.
Letih pasai kerja n p urusan merisik untuk anak abang aku Malek. Ni baru sampai balik.
Stress sbb anak aku Syazalina kena serious kes of kayap. Aku sayu tengok perit dia dok tahan bila sakit tu mai sesekali. Yg ni manja kat aku, n aku pun manja kat dia. Tu yg cubit peha kanan, kaki kiri nak terajang tu.
Anyway, Smlm Jit sms aku ckp Fadzil Hashim ( Din Koya ) n Abu Hassan kompom coming. So eksyen2 Jit pun, baguih tau dia ni. Aku sayang hang la Jit. Klau jadi KSU..... bisness tolak kat aku sikit k.
Tadi Mohydin Osman ( tak dak kena mengena dgn Mary OsmanD k ) sms minta maaf tak dpt join kali ni. Saadiah pun sms ckp dia tengah sakit kaki sampai tk boleh jalan. Jadi dia pun tak mai.
Kita doa lah agar dia cepat sembuh. Sapa2 bro/sis yg dok dekat2 Sg. Petani, kalau sempat, p la tengok dia k. Wakil kpd kita semua yg lain2 ni.
Aku yakin yg ni kalau kita p tengok, tak jadi dah kes yg "pesakit telah ghaib". Kurang2 pun dokumen pendaftaran n discharge akan ada lagi.
Tengok Dz ni, aku tuleh yg serious pun hang dok nak gelak. Ni yg aku nak marah kat hang ni.
Pasai aku marah, aku nak berenti dah la.
Gd nite semua.

Wssllam

CIOW

KODEN

Anonymous said...

KEDAH · JANJI MANIS MU · MADUD. About Me. darah59: PAKA, TRENGGANU, Malaysia: Rastaman Vibration Ever Living Ever Fearful... View my complete profile. Counter.

Anonymous said...

KEDAH · JANJI MANIS MU · MADUD. janji apa?