Salam...
Kemarin, on the way nak pi buka kedai kat Pesta dapat call dari London, hang kata. Che Da lipon aku. Dia pun becerita panjang lah, walaupun dia tak ingat aku ni yang mana satu dan aku pun tak tau dia yang mana satu. Maklum lah aku keluaq SMJ 1974 lepas LCE, 35 tahun yang lalu..Oooh lama bangat bang oi..Tapi kami bersembang ngan rancak. Aku terpaksa park kat tepi jalan sebab aku tengah drive dan respek lah dia yang call dari jauh tu..Dia cerita kata salji dahsyat la nie, ada satu hari tu dia kena jalan kaki dekat 2 batu katanya sebab bas tu tak leh masuk dek kerana salji yang tebal. Kalau kita kat sini kira banjir kilat lah kan... Dari selut ke salji kata Che Da.
Walau camanapun dia teruja gak ngan blog2 kita semua dan akan balik Raya Cina ni. Boleh lah gang2 oakat berjumpa ngan dia kan? Ada ke sapa2 yg ada gambaq Che Da masa kat sekolah dulu? Email mai sat...
Esok insyaallah aku akan sampai Kelubi ngan Kamal... Jumpa disana..
WASSALAM