Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....
Hello everybody!!!
Terdahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan kawan yang sudi kompom untuk hadir ke gathering kita ni. Respons dia bagus sekali.. Masih ada 6 hari untuk sampai 25hb. Aku pung dah ambik cuti siap.
Lagi satu terima kasih aku nak ucapkan kat Gah ngan Koden kerana masuk jengok dan jampuk dalam ni dan juga mengoffer kan diri untuk jadi penyelamat untuk sesiapa yang memerlukan kenderaan atau yang tersesat ka... Cool guys.. Bapa sayang kat hampa semua.
Hasaza ni tak tau apa habaq la ni...Diam terus sejak malam tu. Mungkin sibuk. Tapu dia ni punya contribution towards ni adalah dalam diam2..sebab asker dia selalu serang hendap. Depa tak bising. Bila menembak je pong pang pong pang. Selepas balik daripada jumpa Hasaza ngan Koden kat TTDI malam tu, aku ni dah bawa kereta dari Paka,letihlah...terus tidoq. Dok pagi esok bila aku bangun aku tengok ada sms kat fon dari Hasaza bertanya camana nak jampuk dalam blog..aku pung cerita kat dia...pastu dia diam teruih. Sampai lah la ni...Aku nak sms dia la ni tengok apa dia nak jawab. Selalunya dia nanti cal balik..Tapi Koden kata dia dah pandai jawab sms dah...hope dia jawab segera.
Dia dah call...La ni dia ada kat Jitra..Dia kata dia sibuk la,thats why dia tak interact. Lagi satu dia habaq kata dia ada jumpa sorang kontraktor buat kerja kat kem dia budak SMJ. Dia dah paksa kawan tu mai gathering dengan ugutan,sekiranya tak mai, kawan tu tak leh masuk dalam kem dia buat kerja dah..Dahsyat asker ni. Dia ada habaq juga yang dia try nak komen tak leh..Hampa yang selalu komen ni tolong sat mamat ni. Since dia ada kat Jitra aku suruh dia cari gang2 kita yang ada sana supaya war war kan lagi.
Gah masuk jengok pukui 9:30++, Koden come in 1hr later...Depa ni best lah. Tak sangka aku yang depa ni rajin sampai camtu atau pung Gah nak perbetui apa yang Koden kata kut...hehehe. Whatever it is aku appreciate sangat komitmen depa. Aku pung dah dapat kan anak aku untuk hadir bersama maybe can help out masa prep dan juga penyelamat mamu mamu dan mami mami yang sesat. Anak dara Koden mungkin boleh jadi usherer..Tolong tunjuk bilik tempat perjumpaan kaum kaum yang dah nak separuh abad dalam masa 2 tahun lagi..Hahaha dah nak 50 dah.
Ini ada sesuatu yang aku nak share ngan hampa benda yang aku terjumpa dalam internet.
SEJARAH SEKOLAH
Dibuka pada 11 Januari 1956 dengan nama JITRA SCHOOL. Dibina di atas tapak seluas 13,0436 ekar di KM 2 Jalan Changlun, Jitra. Kedah.
Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 63 orang murid (lelaki dan perempuan) serta 6 buah bilik darjah sahaja.
Upacara perasmian JITRA ENGLISH SCHOOL telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Halim Mu'azzam Shah pada 09 November 1956. Bersempena dengan perasmian itu, maka pada tahun 1957 nama JITRA ENGLISH SCHOOL ditukar kepada SEKOLAH SULTAN AHMAD TAJUDDIN.
GURU-GURU BESAR
En Lim Sin Chaw 1956 - 1965
En Thong Yin Yeow 1966 - 1981
En Mohd Inon b Din 1981 - 1991
En Ramli b Yaacob 1991 - 1994
Tn Hj Zakaria b Othman 1991 - 1994
Pn.Hjh Azizah bt Abd Razak 1994 -Jan 2006
En. K.Thacanamurthy
Feb 2006
Aku dah email kat sekolah tu minta alamat Mr.Inon dan harap2 depa taulah..Thats the best I can do.
Bila aku tengok portal SATS aku hairan la pasai apa tak dak badge dia..Aku selak merata rata tak juga jumpa...last sekali terpaksalah hantaq email kat administrator portal. Anyway hope for the best.
Oklah..inilah kata2 hikmat dari jampukkan kawang2:
Gah says...
ASSALAMMUALAIKUM. Ramai juga yang sudi sambut seruan kawan-kawan kita. Alhamdulillah. Tak dak ka guru-guru kita yang masih berupaya yang sudi meluangkan masa untuk bermesra kembali dengan kita . Amboi Koden nak pebetoi sikit cerita pagi tadi, ....dak aih bukan cek cemburu tapi pompuan tu tak betoi. Apa lagi jantan ni la jadi mangsa. Sekali sekala excercise my rights apa salah nooooo. Amboi segaknya mak Dz. Sayang dia tak ikut macam mak dia. Nak buat macam mana tapi jangan marah kawan melawak ja.Tapi kita semua tau hati kawan kita ni baik. Kalau tak pecaya cuba belah dada dia dan tengok. Betoi dak Dz. Kalau ada kawan-kawan kita yang nak mai dari Kedah and kalu tak da transport kalu cek boleh tolong ambil Please let me know. Insyaallah kalu nak I boleh tolong ambik juga. so last but not least if there is anything that I can do to assists please let me know. So thats it for now. See you all then. Bye. Gah
Thank you so much Gah....
Koden says:
Assallamualaikum,
Dah tak larat sangat2 ni sbb baru sampai balik dari KL dgn Mrs n daugther Syazalina. P pulun urusan nak pencen cepat la katakan.
Tapi sbb adik Saadiah (Khatijah - harap spelling betoi)sms tanya adress blog kita. Otak ni pun dah lembab dah, jadi kena refer baru boleh jwb sms tu. Alang2 refer, aku jampuk la sekali.
Memang le terharu kalau ada kwn2 yg tersepit d kedudukkan telan mati mak, luah mati bapak. Nak suruh kulum... takut dia sendiri yg mati pula. Buat la keputusan yg terbaik. Major or minor decision, doesn't matter.
Pelawaan Gah utk nak ambik kwn2 pun amat lah menyentuh hati aku sbb it reflects how akrab our bonds are.
Aku pun dah ckp kat my son Syafiq to free himself petang n mlm tu, kot kot ada yg perlu transpot.
Tapi apa yg lebih menyeronokkan aku is that my whole family mungkin join the dinner. Mungkin depa ciow awai sikit tapi enough time for me to introduce them (Anak2 dah kompom, Mrs saja nak pikiaq before nak buat major decision). Kan itu antara vision aku for our group. Syukur.
So cukup la for tonite. Ngantuk pun Ngantuk dah. Esok pagi aku kena p kais pagi makan pagi lagi.
So ingat kwn2 yg baca .........
WAR WARKAN N KEMPEN HABIS-HABISAN. MAI LA KITA BERJUMPA 25hb ni k.
Wssllam.
CIOW
KODEN
Yes...offer dah bagi dalam blog semalam, nasihat pung dah bagi, pandai2 hampa lah camana nak kelentong. Tapi walau apa sekalipung, mai ka tak mai ka...hampa semua kawang aku jugak..Love u all.
Bye...Cheers...
WASSALAM.
4 comments:
Assalammualaikum. Jampok lagi. Bukan apa, selalu nya buka computer ni sari sekali ja. Tapi la ni TV Zaki punya. Dia belek kotak bergambar dok tunjuk jantan dan bertina tungin tunggu bola nak hawin reket. I sampai tak boleh nak celah tengok manusia jalan tegak langsong. Dok tungin, tak lengoh ka pulak nooo.. Sory Koden no offence. Bukan apa geram rancangan kegemaran I pun terlepas. So, that is why lately I rajin jampok. Kena la pula dia banyak hari tak keja. Bila time reunion, kita pun tak mau tengok TV jam tu la dia baru nak pi kerja. Kalau tidak kan senang nak pi ada teman. Ni terpaksa la ugut kawan to accompany me malam tu.Ada ka patut. Tersentuh juga perasaan baca sejarah sekolah kita kan.Dulu sekolah papan and tingkap nacor. tak lupa dawai besi jerejak square.I dont know about you all, tapi bila hujan lebat I takut sangat kilat and guroh. Rasa masa tu macam tadak protection against the weather. Terkejut every time. La ni amboi tengok sekolah dah tak cam. Berlain langsong, takdak rupa macam sekolah dulu langsong. Macam tu la kita semua nooo. Dah banyak kali Allah Taala buat renovation atas diri kita dalam sedar tak sedar sampai rupa dan perangai kita jadi macam ni hari ni. Alhamdullilliah. Tapi foundation nya tetap sama kan. Sory la kalu I merepek banyak sangat, bukan apa selalu nya dah tak dak kerja opis la katakan. Orang pencen muda, its either tengok TV, hang on the phone or keluar dengan kawan. Ni banyak hari la pulak Zaki kat rumah semua kena tanggoh. so please bear with me. Promis not for long. Dz menyesai ka habaq kat I pasai blog dia. Kalau ya buka blog lain and dont tell me k. Ok lah. Kalau you all need any help in organaising the reunion please do not hasitate to let me know k. Thats it for now, bab Zaki dah keluar nak jemput anak I daripada main Tennis dengan idola dia Uncle Koden. BYe
Assalamuallaikum,
Amboi tak sangka aku ni dah 1/2 abad pun masih dok jadi idola tenis lagi. TQ la Gah.
Gah ni memang isteri mithali la. Zaki nak tengok tv saja, dia mengalah. Ya la Gah, dia dok terbang keluaq Malaysia, nak tengok tv pun tak dak mood. Lagi pun I would consider you as a very fortunate lady sbb dia tengok tv d rumah saja. Kalau dia libat dlm hobby di luar rumah yg you tak boleh tengok.... lagi la pening.
Asam garam suami isteri la... muncong memuncongi, geram menggerami, bebel membebeli, jealous menjealousy. Alamak aku dah cerita pengalaman pula ni. Sory la kena tukaq tajuk cepat2.
Balik ke cerita Dinner kita ni, tadi aku dapat call dari Yan (adik aku yg Dz kata dah berkeping2) habaq yg 7 orang dari badge depa akan join malam tu nanti. Makin meriah dah ni.
Ni, nak tanya Dz sat. Hang ni confuse sikit kot. Yg hang p bubuh badge SMJ kat cerita pasai Mat Tajudin, apa hai???
Tapi kira OK la tu. Kalau bubuh badge Sekolah Keb. Jejawi Perlis, lagi kacau. Kan?
Aku tak mau melalut malam ni sbb aku letih kerja hari ni n pening dok hambat peluang nak pencen cepat ni. Sampai tidoq pun tak ok semalam.
So malam ni aku nak masuk tidoq awai. Kalau ada permintaan kaum ibu pun mungkin kena KIV dulu kot ( kesian kat Dz... dia tak paham tajuk ni... piii rah!!! )
Wssllam.
CIOW.
KODEN
keep it up girls n guyz.. way2go.. sorry, gotta go...
Gambag 3 ladies tu.. Woman in black - Zaharah; in white Mahanum n yang lagi sorang tu takkan tak cam muka tu kot..cuma rambut tak kerinting macam abang dia, Rafi; she's Norliza Salleh Khan.
Post a Comment