Salam...
Gaza, Gaza, Gaza..Palestin, Palestin, Palestin...Allahuakbar....
Kisah serang menyerang depa ni dah berlanjutan 40 tahun dah? Perang, bunuh membunuh, bom mengebom dah tak jadi hal lagi dah kat depa ni..Cuma yang dok buat kita sedih bila depa dok paparkan gambaq budak2 kecik yang cedera.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat murah hati ni pung apa lagi, buat amal sana sini, kutip derma sana sini diatas nama GAZA/PALESTIN...Artis2 pakat jual lelong harta depa untuk bantu, disana buat konsert amal, disini buat perlawanan bolasepak amal, pendek kata apa saja yang boleh masukkan perkataan amal dan GAZA, pakai jalanlah. Sebagai rakyat biasa kita ni bila terjumpa benda camni, ada yang bagi sikit, ada yang bagi banyak dan ada yang tak bagi langsung. Dekat lorong Tol kat KL ni pun depa boh tabung bantuan untuk Palestin. Sejauh mana authentic nya kutipan ni semua hanya depa ngan Allah je lah yang tahu. Kita yang dah bagi dengan ikhlas, doa je lah duit tu sampai kepada yang dituju dan tidak bertaburan ke tempat lain.
FYI...depa ni yang aku pelik sikit ialah depa berbunohan sesama depa sendiri. Sesama bangsa, sesama ugama. Jenis manusia apakah depa ni. Gambaq kat sebelah tu menunjukkan Hamas bunoh pengikut Fatah. Habis tu camano?
Kita ni amat bernasib baik benda camni tak terjadi. kalau tidak jenoh bercempera lari...
Apa yang aku cuba nak memperkatakan kat sini adalah, kebanyakkan masanya, selalunyalah, kita ni lebih nampak penderitaan orang luar negara daripada negara kita sendiri. Banyak..ramai dari kita yang mempunyai visi sebegitu. Mungkin disebabkan glamornya lebih ke?
Kalau dah TV3 boleh buat rancangan BersamaMU untuk highlightkan kisah orang yang susah /miskin dan disiarkan setiap minggu, makanya ramailah keluarga miskin dalam negara kita ni. Awat kita tak mau pakat2 pi derma kat depa ni pulak. Kosmo hari ni melaporkan ..
Keluarga ni terpaksa pakai pelita untuk menerangi suasana malam pasai karan kena potong. Amacam? Depa dok Jln Gedebang, Aloq Setaq.
Mula sekali aku nak tanya ialah, Jln Gedebang ni kat mana ha? Aku ni nama jelah rumah kat Aloq Setaq, tapi jarang balik dan lama sangat dah tinggai A/S. Kalau hampa rasa kesian, lalulah kut situ dan huloq lah sepuloh dua..Kesian depa ni. Atau pun yang mana dah berada sikit tu, kut2 nak pakai sekuriti guard ke apa ke, bagilah kerja kat keluarga ni.
Keluarga ni ada 10 orang anak. Hairan kan? Selalu sangat bila kisah kesusahahn /kemiskinan di paparkan, keluarga mesti besaq. Kalau dah tak mampu pasai apa nak jadikan keluarga tu ramai. Bukan senang nak membesarkan kanak2 sekarang ni. Banyak belanja yang diperlukan. Kemungkinan jugak oleh kerana kemiskinan in lah maka membesarkan keluargalah satu satunya hiburan bagi mereka...who knows! Care to comment?
Aku interested sangat tentang organisasi ini..Nur Salam.. aku teringin sangat nak join dan buat community work.. What say u guys? Check out Nur Salam...Mula sekali aku nak tanya ialah, Jln Gedebang ni kat mana ha? Aku ni nama jelah rumah kat Aloq Setaq, tapi jarang balik dan lama sangat dah tinggai A/S. Kalau hampa rasa kesian, lalulah kut situ dan huloq lah sepuloh dua..Kesian depa ni. Atau pun yang mana dah berada sikit tu, kut2 nak pakai sekuriti guard ke apa ke, bagilah kerja kat keluarga ni.
Keluarga ni ada 10 orang anak. Hairan kan? Selalu sangat bila kisah kesusahahn /kemiskinan di paparkan, keluarga mesti besaq. Kalau dah tak mampu pasai apa nak jadikan keluarga tu ramai. Bukan senang nak membesarkan kanak2 sekarang ni. Banyak belanja yang diperlukan. Kemungkinan jugak oleh kerana kemiskinan in lah maka membesarkan keluargalah satu satunya hiburan bagi mereka...who knows! Care to comment?
WASSALAM....