Salam semua...
Aku seronok gak bila dah ada cadangan2 untuk BB50 kita nanti. Macam aku kata sebelum ni, kita serah kan pada majoriti. Perkara utama yang hampa semua patut tengok disini adalah idea untuk BB50 tu sendiri. Pertemuan untuk menyambut bersama sama 50 tahun berkeliarannya kita di dunia ini. Hahahaha..aku ni dah terikut ikut ngan kata2 puitis yang Manggis masukkan dalam blog dia tu..Tapi memang tak dak tokoh langsunglah aku ni nak keluarkan kata2 puitis..tis..tis..
Salah sekiranya hampa mengatakan yang kami ni tak pikiaq langsung pasai gang di Kedah. Posting aku yang mula tentang BB50 ni pun dah aku nyatakan yang tempat yang dipilih masih terbuka untuk cadangan dan kita akan mengikut kehendak ramai. Sekiranya ramai yang setuju kita sanggup terima cadangan semua. Yang membuatkan aku memilih tarikh dan juga tempat ni adalah atas persetujuan 4 kawan yang bertemu secara spontan dan aku pun throw the idea onto the blog. Mari kita pakat2 buat cadangan dan kalau hampa rasa perlu kita akan buat undian..amacam?
Aku akan masukkan peti undi ni sekiranya hampa mau..Mau ka?
WASSALAM