Showing posts with label Artikel 1. Show all posts
Showing posts with label Artikel 1. Show all posts

Saturday, February 28, 2009

ARTIKEL 1

Salam semua...

Artikel yg pertama aku terima dari seorang Hamba Allah yg tak mau dikenali...

TH JUMAAT RUSH

Bila Dz minta sumbangan bahan untuk dimuatkan di darah59, terasa sukar sekali utk mencari tajuk yg nak diuatarakan. Tapi sebenarnya ana amat terpanggil sebab adrenaline rush ana kepada blog ni agak sihat.

Keluar saja dari solat Jumaat semalam, ana terus mendapat satu tajuk yg terasa ingin sangat untuk dikongsi dgn sahabat2 semua.

Memandangkan ana bermestautin di USJ maka masjid khariah ana ialah masjid di Taipan USJ, juga dikenali dgn nama Masjid Biru ( harap maaf tak ingat nama nya). Masjid ini tersergam indah di tengah2 nadi pusat perdagangan (business centre) USJ.

Semalam semasa ana keluar dari masjid selepas tamat solat Jumaat, ana ternampak sebuah MyVi dgn pemandu nya termenung tersangkut dlm jam kereta2 yg di"park" oleh umat2 islam yg ke masjid utk mengerjakan solat Jumaat. Kat depan sikit, ana tengok sebuah kereta Honda City, nak masuk jalan yg sama tapi tersangkut juga dgn kereta2 yg di "park" demikian rupa. To rub salt to the wound, ada dua orang bermotosikal yg baru keluar masjid, dgn sombongnya memarahi pemandu yg nak memasuki laluan itu.

Pastinya pemandu2 yg terlibat adalah sahabat Malaysia kita yg bukan beragama Islam.
Persolaan yg timbul di kepala ana ketika itu ialah "Adakah ini ajaran agama kita?". Dlm berpusu2 kita ke masjid utk beribadah, perlukah kita double or tripple park sehingga menyusahkan orang lain. Pernah juga ana mendengar Tok2 Guru mengutarakan kisah2 sunah balik dari masjid mengikut jalan yg berbeza dari jalan yg diambil utk pergi. Selain itu, adalah dijanjikan yg setiap langkah ke masjid itu adalah pahala.

Yg aneh nya, pada hari ini, kita tengok keadaan yg sebaliknya. Kalau boleh orang kita nak drive kereta sampai depan mimbar. Ana benar2 tak kisah jika ada di antara kita tak mau "bonus" pahala dari setiap langkah ke masjid, tapi ana amat sedih dan malu melihatkan saudara Islam ana yg park kereta tanpa memikirkan implikasinya keatas lain2 pengguna. Bagaimana pula persepsi orang tentang agama kita ya?

Di mana perginya "sayangi sesama umah" yg dinukil di dalam al-Quran?
Ana sangat2 berharap saudara2 ana yg membaca blog ini, tidak termasuk dalam golongan yg memalukan ugama ini. Kalau nak bonus, sebarkan sentuhan rasa umat biasa yg tiada tittle Tok Guru or Ulamak ini utk dikongsi dan dipraktikkan bersama.

Artikel yang baik, bagus, memang selalu terjadi dimana2. Memang tak patut sangatlah perangai gang motor tu kan? Tak terpikiaq kah hampa yg kebanyakkan org kita menggunakan Hari Jumaat sebagai excuse nak tunjuk kuat? Tak mau pakai helmet naik motor sebab nak pi sembahyang...Mungkin pada pendapat depa kalau jatuh ka, kena langgaq ka, Allah akan menyelamatkan kepala depa..

Terima kaseh kepada Anonymous yang menyahut cabaran aku ni..KUDOS.

WASSALAM.