Showing posts with label OMAQ. Show all posts
Showing posts with label OMAQ. Show all posts

Monday, March 23, 2009

KENDURI


Bersama Omaq n wife

Depa kata hujan pun berhenti kan, tapi Kamal kalau boleh hirup sup, tke henti2, walaupun yg lain dah belahak 2/3 kali.

Foto ni menceritakan segalanya. Notice anything? Perasan dak dalam 3 org ni, 2 senyum dan yang satu lagi masam? TAL18 dah menceritakan segalanya..

Kan aku kata yang hujan pun berhenti? Dia dok hirup sup lagi. Actually ni dah second round punya lauk pauk, selepas dah clear yg mula tu. Menu : Ayam masak merah, gulai ikan kering, sup daging dan acar. Kamal dok pulun sup lah tu..

Salam semua..Reporting from Kuala Nerang:

Kuala Nerang, 22/3/09 :

Aku sampai rumah Fazie about 1:15 kut. Mazlee ngan Kamal dh sampai terlebih dulu. Bila aku cari Kamal tak nampak, rupanya dia dok menyorok belakang kerusi dok tengok blog. Pas tu tunggu sat, TAL18 pun sampai..tapi pakai keta lain, sebab tikus dah buat sarang dalam keta yg mahai berjuta tu....gerit wiring dia..Bukan takat burung je buat sarang, kawan Koden(tikus) pun buat sarang gak..Kalau duit boleh buat sarang best gak kan? Hahahaa..Anyway kami pi ngan dua keta. Kamal ngan Fazie naik BMW lah, Mazlee naik ngan aku. Jauh jugak Puncak Janing tu. 1 hrs drive gak.

Bila sampai je, aku pun dok terpikiaq lah rupa Omaq ni camana. Mazlee pun tak ingat. Lid pun tak ingat. Kamal je yg tau. Dari jauh bila aku nampak Lid ngan Kamal dok salam, aku ngan Mazlee dah kenai dia. Memang aku tau dia ni walau pun tak rapat sangat masa kat sekolah. Dia ni budak SATS gak kan? Anyway kami berpelukan masa jumpa dan ternyata dia memang lah nampak lemah sikit, tapi ceria sebab kenduri kan..dan poket baju melayu dia pun penoh kiri kanan.

Kami pun duduk dan start makang. Macam gambaq yang hampa tengok kat atas lah. Memang Kamal hirup sungguh sup daging tu. Menu dia memang best dan aku makan banyak..hahaha..

Aku ambik kesempatan untuk kirim salam kat dia bagi pihak kawan2 semua dan dia pun kirim salam untuk hampa semua..

Aku akan post gambaq lagi bila Kamal email gambaq dari cam dia nanti..

WASSALAM