Monday, January 21, 2008

4 HARI LAGI.....

Assalamualaikum.....

Hari ni 21hb. Januari 2008. Hari paling gembira dalam hidup aku sebagai Blogger sebab.....ada orang yang tak reti nak sms, tapi komen dalam blog..Alhamdulillah..bertambah lah komuniti ni gamak nya...

Ini lah komen nya....

Assallamualaikum.

Cobaan, cobaan. Kalau betui alhamdulliallah. Ini bukan kali pertama saya cuba nak `jenguk'tapi dah banyak kali tapi masih macam orang buta dok menggagau dalam gelap, nak tanya orang semua kata `pi kat bawah pas tu klik pas tu komen la. dia ingat senang. Semenjak dapat sms dari Dzambri hari tu dok baca tengok blog ni tapi tak reti nak komen. tapi kalau dah pandai tak nak la jadi macam koden kalau tak bukak terketak-ketak takut orang kutuk dia.
Sebelum ni memang dah banyak benda yang saya tulih tapi Dzambri tak dapat, nak email dia tak bagi jadi dengan penuh kesabaran saya dok cuba dan cuba lagi. Kalau dok melalut kali pertama ini jangan dok marah la dan dok kutuk. Lain kali tak pa.
Sekian dulu Dzambri kalau kali ni belui baru saya akan jenguk lagi, kalau tidak penat dok tulih.

Wassalam

Hasaza

Ooooiiii...Dahsyat tu...Tahniah...Berjaya jugak akhirnya. Koden dah tak leh mengata dah la ni. Sebab Hasaza dah terror masuk dan komen dalam blog. Aku harap gang yang lain yang baca ni pun hampa ucapkan lah tahniah kat dia.

Itulah kan...mau seribu daya. Apa pung tak kering gusi aku rasa pasai terkezut kat Hasaza.
Ada sorang lagi hamba Allah yang aku tak dapat nak check URL dia...Ada meninggalkan message dia yang berbunyi.....

keep it up girls n guyz.. way2go.. sorry, gotta go...

Ok lah tu kan..Biaq lah sapa pung tapi kawan2 lain nak tau juga identiti..Aku buat search pung tak dapat..Anyway, thank you for dropping by.

Dapat khabar berita yang baik dan tak berapa nak baik...Yang baiknya,Fadzil Hashim ( Din Koya ) n Abu Hassan is coming.. Yang tak berapa nak sedapnya, Saadiah pulak la sakit kaki. So macam Koden katalah, sapa sapa yang dok kat Sg.Petani ka, yang lalu kat Sg.Petani ka, pakat pakat lah singgah..beli lah buah2 apa ka..Aku kalau boleh pung nak bawa pi keropok lekor ka, keropok kering ka..Tapi apakan daya ...jauh nun disana.

Aku cuba call Roshita, tapi dapat dengar lagu dangdut semut merah. Tak jawab dia. Just to find out kut2 dia ada address Saadiah, aku nak boh kat hampa semua. Jalan Ampas dah tutup, mungkin lah kat tempat lain kut.

Aku ni terberhenti lama tak sat sebab tiba tiba aku jumpa game PAC-MAN dalam Google...aku main lah dulu..Syok gila..tengok2 dah 2 jam aku berhenti.

Koden pun jampuk gak:

Assalamuallaikum,

Hari ni aku nk jampuk strait to the point saja. sbb nya.... letih n stressful sikit.
Letih pasai kerja n p urusan merisik untuk anak abang aku Malek. Ni baru sampai balik.
Stress sbb anak aku Syazalina kena serious kes of kayap. Aku sayu tengok perit dia dok tahan bila sakit tu mai sesekali. Yg ni manja kat aku, n aku pun manja kat dia. Tu yg cubit peha kanan, kaki kiri nak terajang tu.
Anyway, Smlm Jit sms aku ckp Fadzil Hashim ( Din Koya ) n Abu Hassan kompom coming. So eksyen2 Jit pun, baguih tau dia ni. Aku sayang hang la Jit. Klau jadi KSU..... bisness tolak kat aku sikit k.
Tadi Mohydin Osman ( tak dak kena mengena dgn Mary OsmanD k ) sms minta maaf tak dpt join kali ni. Saadiah pun sms ckp dia tengah sakit kaki sampai tk boleh jalan. Jadi dia pun tak mai.
Kita doa lah agar dia cepat sembuh. Sapa2 bro/sis yg dok dekat2 Sg. Petani, kalau sempat, p la tengok dia k. Wakil kpd kita semua yg lain2 ni.
Aku yakin yg ni kalau kita p tengok, tak jadi dah kes yg "pesakit telah ghaib". Kurang2 pun dokumen pendaftaran n discharge akan ada lagi.
Tengok Dz ni, aku tuleh yg serious pun hang dok nak gelak. Ni yg aku nak marah kat hang ni.
Pasai aku marah, aku nak berenti dah la.
Gd nite semua.

Wssllam

CIOW

KODEN

Apa yang serios tu yang hang tuleh? Pasai permintaan kaum ibu ke? Aku pung serius lah tu..hahahaha..merajuk pulak. Aku tau kita semua cepat kecik hati bila tua2 ni...hahaha.

Kalau ikut kata Koden hari ni sepatutnya jemputan kita boleh kompom...aku harap pung depa kompom lah. Kita berdoalah semoga sapa2 yang sakit tu cepat baik, sapa2 yang laki tak bagi mai tu terbuka hati depa nak bagi mai..Itu lah saja harapan aku dan juga semua penganjur makan ni. Seramai mana yang mai pung kita terima saja.

Tak dak ka cikgu2 kita yang terbaca ka dan nak mai ka? Tak dak sapa ka yang hampa boleh kontek? Kalau ada best kan...Depa pung mesti dah tua dah...Kita pung dah nak 50,apa lagi depa...80?

At least 60+ lah kan?

Oklah sebagai pesanan terakhir untuk yang nak hadir especially jantan semua, ada 2 laranagn kat kelab tu...

1. No roundneck T-shirt.
2. No slippers.

Hak lain ok...Tau je lah..Kelab Shah Alam..

So aku chow dulu..Ngantuk juga aku pung. But whatever...HASAZA dah jengok...
WONDERFUL

cheers

wassalam
dz

4 comments:

Anonymous said...

salam.. hampa klau bleh convince rajan atau harjit mai aku bleh salutelah.. hasaza pun dah masyuk dah..tu ptanda baik. Pnat lelah Dz mmang bbaloi. tapi aku tak sure program apa dmalam 25 jan nnty. bleh bagi hint tak? ada boria ka, dikir barat ka, krk ka atau musical chair ka.. atau tunggu mr ainon panggil kita nyanyi choir.. klau nyanyi kna biaq kt hampalah.. kita org srender.. ain tu sapa.. sy norain ke.. fadzilah? asma? jasman? md lazim? ada mai ka.. sori, lost touch. k, gotta go..

Anonymous said...

Assalammualaikum. tahniah Hazaza. But at the same time rasa la juga terkilan sikit dihati ni, mana pi semua kawan pompuan kita hah? Masa sekolah dulu macam sama banyak or almost the same number of girls and boys kot. Tot-tot bila dah tua hilang semua. Awat jadi lagu tu. Sedih la juga dok jampok orang jantan saja sembang. Mr Ainon mai ka malam tu. Nak bagi dia buah tangan or flowers ka? Mai la kita kutip duit ambik hati dia. Habaq ok apa keputusan semua.By tge way, oleh kerana I terlalu banyak masa buat masa ni I dah masok blog Dz yang dua lagi. Amboi blog glassware tu sunyi senyap macam siuman ja. Hah tu dia blog Angsa pulak I macam dapat merasakan kemeriahan suasana pada masa tu. Macam terdengar rioh rendah music, peluh para peserta dan juga pengunjong yang berpesta dengan sepenuh hati. Wow SYABAS Dz. U are a good photographer. You captured tge real situation and I FELT AS IF I WAS SUCKED IN AND I COULD FEEL THE MOMENT. Seram tu. SAJA LA BUKAN APA, tennis season kan tak abis lagi. So bear with me la sat saja lagi. Dah cukup merepek for one day till next time....WASSALAM. GAH

Anonymous said...

Assalamuallaikum,

Ni sapa pula yg cita2 nk jadi Zorro ni???? Jampuk dia memang masuk daun punya tapi maintain anonymous. Tu yg tak karan sikit. Cek ni sapa cek? Habaq mai sat... Bang Ali sikit pun tak marah.
Aku baca blog ni before zohor tadi tapi ni dah nak masuk 'isya baru la aku boleh jwb.
Sbb nya aku tekejut baca Hsza jampuk.Kelu lidah, kaku jari, manggu mata,dungu otak akibat tekejut Hsza respon. Lepaih tu bila aku kembali sedaq d alam nyata yg memang benaq Hasaza Hanafiah dah jampuk,..... aku punya gelak tegulin gelantang sampai dahi yg jendoi ni terantuk kat kaki katel. Bincot dahi aku pasai Hsza jampok blog. Tapi aku puaih hati. Aku tabik betoi la kat sahabat aku ni.
Calon bakal KSU kita bila nak mola jampok????
Orait, the merapu must stop n kita balik ke tajuk yg sedang kita sama2 dok count down.
Jit kompom kat aku kemarin yg Amin Bahari @ Amin Bughong nak mai dgn kawan dia. Tadi Gah pula tanya nak bawa kawan dia. Jawapan nya..... Mai jgn tak mai!!!
Macam Dz kata la TU DIA ... DIA DOK MAI. DOK MAI DOK KATA TAK MAI.
(jgn mamai sudah)
Betoi la, Zorro tu tanya apa agenda kita mlm tu. Yg kompom dah is agenda i) gelak ii) kutuk iii) tanya background rmhtgga iv) tanya kerja apa v) makan/minum.
Takat la hat tu saja la, insyaALLAH mlm Khamis ni aku, Hsza n Dz akn jumpa utk finalise jumlah n agenda.
Mai la join kami bincang mlm tu nanti. Sapa nak mai, contec aku 021-3168555 n aku akn habaq kami jumpa d mana.
OK aku nak kena stop, Mrs dah 2X cekak pinggang d belakang ni, dia kata nak ajak makan pun susah semenjak gila blogging ni.

Wssllam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Assalamuallaikum,
Aku sekali lagi ni.
Tak mau jampuk. Cuma nak update respon gang kita.

Pasaran saham kehadiran tutup bercampur2 hari ini. Sentimen saham lebih ke arah kehadiran. Jumlah saham naik +- 7% lagi.

1. Fatimah Zaharin DAH KOMPOM MAI dgn hubby n anak.
2. Din Ahmad yg baru balik dari you know where akan mai dgn Des.
3. Amin Bahari akan sampai esok n most likely anak aku akn antaq dia n kwn ke Quality Hotel Sh Alam.
4. Ismail Syukor ada urusan d luar KL, so masih dok pujuk bos to exclude him from the assignment.
5.Amir Din yg dok d Kerteh, kirim salam sbb tak boleh mai. Tapi kalau d takdirkan mungkin dia sampai.
6. Rajan nak korbankan tuisyen anak demi persahabatan kita (paitikare...). Kompom mai tapi nak minta menu vegetarian.
Aku habaq kat dia kalau Dz tak buat menu vegetarian, aku akan kutip pucuk2 pokok bunga kot luaq kelab tu n pejamu dia.
7. Gang Yan/Tad dah jadi 9 instead of 7 sebelum ni.
Takat tu lah lapuran saham kehadiran yg dapat saya sampaikan.

Wssllam.

CIOW.

KODEN