Saturday, October 31, 2009

UBAT

Salam semua..

Aku pi KL hari Khamis. Seperti biasa lah sampai je mulalah kontek kawan2. Aku sampai pagi, kul 9 lebih. Zaqwan baru habis shift malam dia dan dia lah jadi drebar aku hari tu. Kesian dia tak cukup tidoq. Tapi bila ku korek lagi, kata dia dia ada gak tidoq 2/3 jam sementara dok tunggu kapai transit. Anyway, we end up kat Pelita Subang Jaya, walaupun Aziz Sattar ajak masuk pi makan kat Subang Parade. Tau lah aku ni, lidah aku dah lebih mamak dari Melayu dah, sebab tu aku ajak dia jumpa kat Pelita. Senang kat situ, makan minum pun best2 belaka dan harga berpatutan.

Ajis bawa anak dara dia mai makan nasik, aku ngan anak teruna aku, Madud juga hadir dengan Star paper dia dan "pagar" yg dicabut licin. Later, Chong pun mai setelah buat alasan yg dia kerja macam "Speedy Gonzalez" sebab dengaq suara aku. Hehehe..semua nak menyalahkan org.

Anyway, ada lah kawan2 yg dah nampak Nazri Tunjang buat statement kat TV tentang tragedi ni. Dia ni kan pegawai Bomba Negeri Perak..

Sembang pi sembang mai, seperti biasalah Koden nak kena balik rumah lapor diri cos General rumah dia baru balik setelah seminggu tak dak kat rumah. Terpaksalah dia meninggalkan kami..uhuk..

Malam, ada program lain lah pulak yang membabitkan aku, Chong dan Madud.. Apo Nak Dikato dah terlupa lirik pulak..hahahaha..Perubahan yang amat ketara pada Madud adalah :
1. Dressing smart habiisss..
2. Tak dak lagi dah pagaq2 yg roboh sana sini. Dia cabut semua sebab nak boh pagaq baru..
3. Hobi baru jadi photographer..Aku teringin sangat nak boh gambaq yg dia ambik tu dlm blog ni, tapi tak dapat kebenaran dari dia.. Sesiapa yg teringin nak tengok gambaq yg Dud ambik, check je lah fon dia.

Next day aku gi Seremban ngan Zaqwan. Dia off. Jumpa Nasir kat Majlis Perbandaran Seremban. Ada pameran kraftangan kat situ. Malam tu jugak akan ada konsertdan sebagainya kat Padang Perbandaran, jadi aku pun tak dok lama takut sangkut jam kat situ. Cadang nak balik KL, tapi in the end, aku suruh Zaqwan hantaq aku ke airport. 9:20pm flight aku dapat.

Hari ni aku memang di saman balik ke AS, jadi aku singgah lah sat kat Mega Mall Prai, jumpa Kamal. Call Mazlee, dia pun sampai. Kamal ngan Mazlee ni teringin sangat nak pi tengok tempat yang dicadangkan dlm blog IbnuS tu, De kelubi? Jadi most probably dalam 1/2 hari ni sampai lah kut kami di situ..Kelubi tu tang mana? Camana nak pi?

Teruja sungguh kawan2 dengan perjumpaan yang sedang di rancang nih..Form vs Tktn..Semoga berjaya dan dah nampak jugak usahawan ubat yang akan buat presentation nya pada hari tersebut..Baguih tu..hehehehe. Hai obat hai obat..mari beli obat..Sapa yang lambat, tak dapat...