Salam...
Kuda Tua sumbang lagi....
CUBA TULIS CERITA PULA
Tak sangka ana telah mendapat sambutan bercampur2 dari kalangan bro/sis. Pro atau kontra, ana tetap mengalu-alukan komen bro/sis sekelian. Memang tujuan ana menulis pun sekadar menghidupkan Kg. siber kita semata2.
Hanya satu yg ana pohon kepada semua penggiat komen di Kg. siber kita yg tersayang ini, kalau bro/sis terasa terpanggil sangat2 untuk membuat SERKAP JARANG, jgn lah pula sampai terus menuduh dan "mengkhutbahi" si polan itu.
Sukalah ana meng"confirm"kan yg si polan yg disebut oleh salah seorang bro/sis kita itu sebangai KT adalah TIDAK TEPAT SAMA SEKALI. Malah tersasar jauh sebab personaliti kami berdua amat berbeza. Persamaannya hanyalah sekadar, di masa remaja kami bersama2 pernah bermain bola utk sekolah dan satu kelas hingga Form3.
Ana kagum dgn Mazlee yg kian dapat menghidu siapa ana. Memang benar, tidak ramai yg mengetahui nama Mazlee di eja begini rupa. Mungkin dia bersaudara dgn Bee Gees agaknya. Ana juga tahu nama gelaran Mazlee yg diberikan oleh rakan2 di Jitra. Ana yakin Dz pun tahu dan pasti tersenyum membaca.
Ana berpendapat, dari bro/sis terus menerus cuba memerah daya minda utk mengenali siapa KT, ada baiknya bro/sis sekelian memerah utk menghasilkan satu cerita utk dikongsi bersama.
Terkini kita sudah mendapat sumbangan tajuk2 keugamaan dan susila kehidupan. Sudah ada juga tajuk kemasyarakatan tentang parking di hari Jumaat, miang orang setengah abad dan nostalgia Jitra.
Jadi apa yg ditunggu lagi, mula lah pemerahan minda utk menghasilkan cerita pula.